Selasa, 29 Januari 2013

SURAT TERBUKA UTK NAJIB DARI AHLI UMNO JOHOR

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

29hb Januari 2013

Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.
Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?

Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.

Sekian

Warga-warga Johor

Jumaat, 11 Januari 2013

Rakyat Boleh Berhimpun Di Stadium Merdeka Tetapi Dengan Syarat

HKR mendapat persetujuan polis untuk berhimpun secara aman apabila penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki melalui 27 syarat ketat. Menurut syarat-syarat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersetuju memberi kerjasama untuk berhimpun secara aman. Antara syarat yang ditetapkan polis adalah:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.

Blogger umno mendapat hidayat

Blogger blogger umno semakin gusar dan takut akan nasib diri mereka sekiranya mereka disaman atas cerita fitnah yang dihebahkan. Pihak kerajaan juga nampaknya seolah olah banyak mahu berselindung dan bersembunyi atas setiap isu yang diwar warkan. Malah pemimpin umno juga banyak mendiamkan diri dan tidak berani tampil kehadapan untuk menjawab dan menjelaskan satu satu isu.

Ada dikalangan blogger bloger pro umno yang sudah beralih arah dalam penulisan mereka dan kini lebih banyak menulis kepada artikel yang berbentuk lebih santai dan tidak lagi dalam tajuk politik. Mereka berpendapat usaha mereka yang selama ini membantu umno untuk mengekalkan kuasa hanyalah sia sia kerana usaha mereka tidak pernah dihargai dan pemimpin umno berterusan dengan aktiviti membahagikan kekayaan sesama kroni mereka.

Malah terdapat pemimpin umno yang masih meneruskan tabiat lama iaitu mencari populariti dan tidak mengendahkan nasib rakyat malah nasib blogger blogger yang berhempas pulas mempertahankan isu isu moral pemimpin juga tidak diambil peduli.

Ramai blogger berpendapat sekiranya nasib mereka diwaktu umno yang begitu terdesak inipun tidak dihargai, inikan pula selepas umno menang besar pada Pru 13 nanti. Malah pemimpin umno lupa bahawa para blogger juga adalah pengundi di waktu PRU nanti.

Sekiranya dilihat flow perubahan artikel blogger pro umno didalam mengeluarkan artikel kita dapat melihat kini blogger pro umno lebih menumpukan kepada artikel berkenaan dengan cerita cerita seks dan artis artis popular. Nampaknya mereka seolah olah mahu menunjukkan isyarat kepada pemimpin umno bahawa cerita seks lebih bernilai dan bermakna daripada cerita wakil rakyat atau pemimpin umno yang jauh lebih rosak.

Selasa, 8 Januari 2013

Umno Bukit Gantang Juga Cempera Pasal Calon

Dari sumber yang digali,dikorek dan ditemui menyenaraikan 2 nama bakal calon UMNO untuk DUN Changkat Jering.

Mereka ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang,Cik Jamilah Binti Zakaria dan Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jama'ei Idris telah disenaraicalon oleh pimpinan UMNO Pusat bagi bakal calon DUN Changkat Jering dalam PRU13 nanti.

Ini bermakna UMNO mengenepikan calon tua bangka mereka yang tewas pada PRU 12 iaitu Datuk Mat Isa begitu juga YB katak yang melompat kerana dikatakan diupah oleh UMNO diibaratkan jauh panggang dari api dari disenaraikan.

Cik Jamilah Zakaria yang disenarai calonkan untuk bakal calon ini ialah isteri kepada seorang yang dikenali oleh penduduk disini sebagai "Ali Balak".

Nampaknya banyaklah balak-balak sekitar Changkat Jering bakal dibalak mereka...haha...

Manakala Setiausaha UMNO Bahgian Bukit Gantang pula masih dikatakan tercari-cari rentak dan sokongan dek kerana Ketua UMNO Bahagian YB Rosli masih dalam dilema yang besar tentang arena politiknya bakal diakhirkan oleh rakan-rakan seUMNOnya...hahaha....

Apapun dilaporkan kedua-dua nama ini masih belum turun padang dan masih belum diketahui masyarakat tentang mereka ini bakal calon...elok-lah dok diam-diam pada pendapat aku, sebab masaalah dalaman UMNO Bukit Gantang masih bergantang-gantang belum diselesaikan...hahaha.....

DUN Changkat Jering didalam Parlimen Bukit Gantang ini menimbulkan konterversi yang menjadi salah satu punca tercetusnya sejarah hitam negeri Perak pada feb 2012 yang mana tiga ekor katak telah melompat parti menjadi Adun Bebas.

Tiga katak tersebut termasuklah YB Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang menang didalam PRU 2008 diatas tiket PKR bagi DUN Changkat Jering dengan mejoriti 1102 menewaskan calon UMNO BN Datuk Mat Isa Ismail.

Nampaknya setelah habis madu sepah dibuang begitulah keadaan-nya Osman Jailu yang mengesahkan tidak akan bertanding lagi untuk PRU akan datang.

Siapa lagi mau ambil katak...hahaha...UMNO Bahagian Bukit Gantang pun tak berani nak letak Osman Jailu sebagai calon,apatah lagi Pakatan Rakyat khususnya Bukit Gantang.

YB yang lompat ini dikatakan terus meminggirkan diri serta dipinggirkan oleh semua lapisan masyarakat disini.
Itulah hukuman yang selayaknya bagi individu yang bergelar YB katak di Changkat Jering.
Semoga tiada lagi katak akan muncul di Changkat Jering, se-elok dan semoleknya bakal calon Changkat Jering dari parti yang teruji sejak sekian lama.
* Sepekara lagi Aku juga berharap Menteri Besar Perak yang sah (DS Nizar) bertanding disitu dan berdepan dengan Bini Tokey Balak merebut dan memenangi Dun Changkat Jering untuk dibersihkan dari najis pengkhianatan YB Katak dan kroni-nya....hahaha... (Sekadar pendapat aku...).

Rujuk blog orangni.spot



Ahad, 6 Januari 2013

Umno Beruas Cempera Pasal Calon

Kalau dikira kedudukan dalam hiraki UMNO Beruas, sangat mungkin Dato’ Abd Manaf Hashim akan jadi calon sebab dia adalah Ketua UMNO Bahagian. Khabarnya Dato’ Manaf juga akrab dengan Perdana Menteri kerana mereka sama seangkatan sewaktu masih dalam Pergerakan Pemuda sekitar awal tahun 90an dulu. Dato’ Manaf adalah Ketua Pemuda UMNO Beruas ketika Dato’ Seri Najib memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Namun begitu, kalau diperhatikan iklim politik seharian, kelibat Datuk Azhar Ahmad lebih menampakkan gaya langkah seorang calon. Panglima-panglima setia Datuk Azhar pun masih yakin boss mereka akan jadi YB. Pegawai Khas MB Perak ini dikatakan ada kelebihan kerana keakrabannya dengan orang nombor 1 UMNO Perak yang merupakan majikannya itu. Kalau Dato’ Seri Dr. Zambry ada power memutuskan nama calon yang akan diperakukan oleh Presiden UMNO, maka Datuk Azhar akan jadi pilihan. Begitulah cakap-cakap di merata kampung. Selain itu Datuk Azhar juga dah berjaya menjadikan ramai orang kuat UMNO akar umbi terhutang budi kepadanya. Datuk Azhar kelihatan sentiasa ‘pemurah’. Macam-macam bantuan dah disumbangkan oleh Datuk Azhar kepada warga N36 atas kapasiti Pegawai Khas MB atau Pejabat MB. Dato’ Manaf tak ada senjata ini.

Oleh kerana di kawasan Parlimen Beruas hanya ada satu kerusi untuk UMNO masuk gelanggang iaitu N36 ini, maka sekira-kiranya saingan untuk hanya satu kerusi itu bolehlah dikatakan terhad perebutannya di antara dua nama ini sahaja (Dato’ Manaf dan Datuk Azhar). Namun petanda yang ada tidak menunjukkan begitu. Ada lagi nama-nama yang dikatakan turut serta dalam saingan kali ini iaitu Cikgu Azman Noh (Naib Ketua Bahagian) dan Mohamad Ali Mansor (mantan Ketua Pemuda). Penyandang ADUN iaitu Dato’ Hamdi Abu Bakar juga nampaknya seperti masih berhajat.

Cikgu Azman Noh adalah sekutu Dato’ Manaf Hashim sejak zaman Pemuda sehingga kini. Bekas guru yang sekarang merupakan ahli perniagaan ini telah memenangi post Naib Ketua Bahagian pada tahun 2008 dalam satu pakej bersama Dato’ Manaf Hashim. Ketika itu Datuk Azhar Ahmad juga dianggap sebagai calon Timbalan Ketua Bahagian dari pakej Dato’ Manaf, namun statusnya hanya bersifat ‘terjun’ setelah Mohamad Ali Mansor menolak lamaran Dato’ Manaf dan beralih menyertai pakej Dato’ Hamdi Abu Bakar di saat akhir.

Bisik-bisik politik di kampung-kampung menggambarkan 2 keadaan tentang Cikgu Azman Noh. Naib Ketua Bahagian ini dikatakan memberi sokongan kepada Dato’ Manaf untuk jadi calon DUN Pengkalan Baru. Tetapi sekiranya Dato’ Manaf bersedia untuk jadi senator di Dewan Negara atau Dewan Rakyat seperti yang diura-urakan, maka Cikgu Azman adalah pengganti yang direstui oleh UMNO Bahagian untuk bertanding di kerusi N36. Ketua Bahagian tidak merestui Timbalannya untuk jadi calon pilihanraya kerana tindak tanduk timbalannya itu selama ini kelihatan seperti ‘lebih sudu dari kuah’.

Di celah-celah sorong tarik lobi dan kempen di antara penjawat utama UMNO Bahagian Beruas itu, penyokong setia Mohamad Ali Mansor sehingga kini masih percaya bahawa mantan Ketua Pemuda itu tetap berpeluang cerah untuk jadi calon kerana dia memiliki kriteria ‘winnable candidate’ yang riuh rendah didendangkan mutakhir ini. Walau pun Mohamad Ali tidak memegang sebarang jawatan di peringkat Bahagian namun dia dikatakan turut berpeluang kerana ada hubungan baik dengan pemimpin UMNO peringkat Pusat khususnya Dato’ Seri Hishamudin dan Dato’ Khalid Nordin. Kedudukannya sebagai Pengerusi UITM Perak dan Ahli Lembaga Pengarah UITM dikatakan menjadi modal besar bagi nilai reputasinya untuk diketengahkan sebagai calon YB. Selain itu, faktor tambahan dalam usaha melobi pihak atasan agar memilih Mohamad Ali Mansor ialah sokongan padu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Pesaing nombor 5 ialah Dato’ Hamdi Abu Bakar. Veteran ini juga tak wajar diperkecilkan kemampuannya untuk muncul sebagai pemenang (jadi calon pilihanraya). Penyandang kerusi ADUN ini merupakan veteran politik yang sangat berpengalaman dalam sepak terajang politik dalaman parti. Sekarang ini dia di penggal ke 5 sebagai ADUN sejak tahun 1990. Antara faktor menarik tentang YB veteran ini ialah jasa besarnya ketika episod ‘rampasan kuasa’ kerajaan negeri Perak pada awal tahun 2009. Adegan pujuk memujuk dan culik menculik melibatkan ADUN Bota yang menyeberang ‘pergi-balik’ dalam hanya beberapa hari ketika itu disempurnakan dengan baik oleh Dato’ Hamdi. Dia adalah pelakon utama yang sebenar. Begitulah yang dilaporkan di merata media maya.

Ringkas cerita, salah seorang daripada 5 pemimpin dan bekas pemimpin UMNO Beruas ini akan jadi tandingan Dr. Khairudin dalam pilihanraya yang dah semakin dekat.

Oleh kerana nama calon yang sebenar hanya akan diketahui di saat akhir sebelum hari penamaan calon maka semua yang bercita-cita masih boleh menaruh harapan. Masing-masing nampaknya terus berusaha gigih untuk terpilih. Pasukan penyokong setia terus menghebahkan kelebihan boss masing-masing. Memang menarik cuaca politik UMNO Beruas sekarang ini.

Kem Dato’ Manaf Hashim ditunjangi oleh Cikgu Azman Noh (Naib Ketua Bahagian), Mokhali Mohd Noor (AJK Bahagian), Cikgu Azizi (AJK Bahagian), Ariffin Jaafar (AJK Bahagian), Abd Manaf Layman (Ketua Kampung Tebuk Yan), Cikgu Badrul (Gunung Tunggal), Mustafa Yawaris (Beting Luas), Razali Mat Nayan (Akauntan MPM), Anuar Busu (Ketua Kampung Tengah) dan beberapa orang bekas AJK Pemuda di era Dato’ Manaf mengetuai pergerakan itu.

Kem Datuk Azhar Ahmad dibarisi oleh Ishak Ismail (Ketua Kampung Matang Kerian), Ahmad Wanchih (AJK Bahagian / Ketua Kampung Panchor), Mustafa Yon (Ketua Cawangan Tanjung Burung) dan beberapa orang Ketua Kampung yang asalnya dari kem Dato’ Hamdi.

Kem Mohamad Ali Mansor disertai oleh Ali Zainal Abidin (Ketua Pemuda Bahagian), Asma Zaki Mohd Saleh (AJK Bahagian / Naib Ketua Pemuda), Mohamad Kamal Majid (AJK Pemuda Bahagian), Kamal Husein (Ketua Cawangan Parit Amarikan), Abd Kadir Salleh (Ketua Kampung Sungai Batu, Cikgu Halim (Matang Acheh) dan bekas AJK Pemuda yang sezaman dengannya.

Kem Dato’ Hamdi dianggotai sebahagian veteran UMNO Beruas termasuk Zainal Abidin Mustafa (AJK Bahagian / Ketua Kampung Pengkalan Baru), Omar Sharif (AJK Bahagian / Ketua Kampung Tanjung Ara, Hasan Ismail (Ketua Kampung Matang Acheh), Ahmad Shukri Ismail (Ketua Cawangan Kampung Indah) dan beberapa orang bekas ketua kampung.

Persaingan 5 penjuru ini memang sengit. Macam-macam janji dan harapan didendangkan. Rekod pencapaian boss masing-masing dihebahkan sedaya mungkin. Cacat cela pesaing didedahkan semahu-mahunya. Sebahagian daripada peluru yang ditembak oleh 5 kem yang bersaing ini nampaknya macam fitnah. Ada yang berfakta, ada yang kabur.

Serang menyerang ini sudah bermula sejak sekian lama sehingga laman blog penyokong Pakatan Rakyat dituduh mengambil kesempatan.









Sabtu, 5 Januari 2013

Tinta Dr Hj Khairuddin Dato Abd Malik

DOA DOA MANGSA KEZALIMAN MULA TERKABUL

Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013. Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah). Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan.

Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'.

Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti.

Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak. Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN.

Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor.

Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh.

Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi.

Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya.

Kezaliman tak mungkin berterusan.Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan. Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam.

Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ? Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga.Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.

Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia.

oleh Dr.Haji Khairuddin Dato' Abd. Malik

Jumaat, 4 Januari 2013

Orang Melayu UMNO Tipu, Raja2 Melayu pun UMNO Tipu!

Padan muka orang Melayu. 
UMNO tipu mereka selama ini. orang Melayu ditakutkan supaya percaya kalau UMNO tidak ada, musnah lah orang Melayu. Apalah yang sangat kita boleh harapkan UMNO kalau para pemimpin rasuah dan bermuka muka menolong bangsa Melayu. Lebih lagi jika pemimpin UMNO koro dan kurang cerdik.

Klik link dibawah

SAKMONGKOL AK47: Orang Melayu UMNO Tipu, Raja2 Melayu pun UMNO Tipu!

Khamis, 3 Januari 2013

Kerajaan Malaysia Songlap Wang Pampasan Buruh Paksaan Zaman Jepun?

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an. "Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu." Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu. Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya. "Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa ke Burma 1942 hingga 1946.

Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini. "Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal. - Sumber Sisi Bukit.

Orangni: Sezalim-zalim Jepun zaman dulu dibayar juga pampasan RM207 bilion dan secelaka-celakanya UMNO dari dulu sampai sekarang disapunya RM207 bilion tersebut...UMNO sememang mengalahkan kezaliman Jepun sejak dahulu kini dan selama-nya...

Dari blog orangni.com