Jumaat, 11 Januari 2013

Rakyat Boleh Berhimpun Di Stadium Merdeka Tetapi Dengan Syarat

HKR mendapat persetujuan polis untuk berhimpun secara aman apabila penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki melalui 27 syarat ketat. Menurut syarat-syarat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersetuju memberi kerjasama untuk berhimpun secara aman. Antara syarat yang ditetapkan polis adalah:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.

Blogger umno mendapat hidayat

Blogger blogger umno semakin gusar dan takut akan nasib diri mereka sekiranya mereka disaman atas cerita fitnah yang dihebahkan. Pihak kerajaan juga nampaknya seolah olah banyak mahu berselindung dan bersembunyi atas setiap isu yang diwar warkan. Malah pemimpin umno juga banyak mendiamkan diri dan tidak berani tampil kehadapan untuk menjawab dan menjelaskan satu satu isu.

Ada dikalangan blogger bloger pro umno yang sudah beralih arah dalam penulisan mereka dan kini lebih banyak menulis kepada artikel yang berbentuk lebih santai dan tidak lagi dalam tajuk politik. Mereka berpendapat usaha mereka yang selama ini membantu umno untuk mengekalkan kuasa hanyalah sia sia kerana usaha mereka tidak pernah dihargai dan pemimpin umno berterusan dengan aktiviti membahagikan kekayaan sesama kroni mereka.

Malah terdapat pemimpin umno yang masih meneruskan tabiat lama iaitu mencari populariti dan tidak mengendahkan nasib rakyat malah nasib blogger blogger yang berhempas pulas mempertahankan isu isu moral pemimpin juga tidak diambil peduli.

Ramai blogger berpendapat sekiranya nasib mereka diwaktu umno yang begitu terdesak inipun tidak dihargai, inikan pula selepas umno menang besar pada Pru 13 nanti. Malah pemimpin umno lupa bahawa para blogger juga adalah pengundi di waktu PRU nanti.

Sekiranya dilihat flow perubahan artikel blogger pro umno didalam mengeluarkan artikel kita dapat melihat kini blogger pro umno lebih menumpukan kepada artikel berkenaan dengan cerita cerita seks dan artis artis popular. Nampaknya mereka seolah olah mahu menunjukkan isyarat kepada pemimpin umno bahawa cerita seks lebih bernilai dan bermakna daripada cerita wakil rakyat atau pemimpin umno yang jauh lebih rosak.