Isnin, 31 Disember 2012

Siapa Blue Eye Boy Najib?

Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan bergelar YB.

Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO, terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu rezeki semakin terbuka dengan luas.

Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula, bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah kemewahan.

Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.

Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui perubahan.

Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.

Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya kali ini.

Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.

Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama Biro Tatanegara serta pihak lain yang dilantik seperti YSM menjadi kepercayaannya.

Selain itu beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu.

Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah Datuk Al Amin.

Sejumlah peruntukan bermillion ringgit disalurkan kepada unit ini untuk menggerakkan jentera keseluruh negara bagi mendapat informasi.

Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan kesetiaan mereka.

Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam pemilihan calon pilihanraya kali ini.

Beliau seboleh-bolehnya cuba meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.

Sehingga ini unit "tanpa nama" yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.

Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.

Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.

Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di mana-mana sekarang ini.

Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies Nor.

Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon yang pasti dalam pilihanraya kali ini.

Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah mahu menjadi calon pilihanraya.

Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.

Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor dan Al Amin yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian.

Ahad, 30 Disember 2012

YB Hamidah Perempuan Puaka

Orang ni: YB Hamidah Zalimi 18 Penulis anak negeri Perak: 30 Dis 2012: Pasaraya MYDIN Ipoh Perak berlangsung majlis pelancaran buku dan pesta buku Perak 2012 yang menghimpunkan seramai 18 penulis d...

Najib Tunjuk Lambang Kristian

Carian Yong mengenai isyarat tangan itu menemui soalan dan jawapan berikut dari Wikianswer:

What does a right hand closed in a fist with the index finger pointing up mean on a tombstone?

Answer:
There is one way, there is one God and Jesus is his son. The gesture was common in the 70′s for the Christians often referred to as the “Jesus Freaks” akin to the hippies with a Christian bent.

Terjemahan jawapan:
Ada satu cara, ada satu Tuhan dan Isa adalah anaknya. Isyarat ini adalah kebiasaaan bagi orang Kristian dalam tahun 70-an yang sering dirujuk sebagai “Yesus Freaks” serupa dengan hipi yang berhaluan Kristian.
Tok Mufti, ulama ameno dan tak ulama, tetiba minta PAS tarik balik amanat Hadi. Terima kasih ameno kerana “menghidupkan” Amanat yang telah diarkibkan itu.

Komer tengok diri sendiri dulu sebelum tunjuk jari pada orang lain! Adakah komer benar?

Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/30/panas-asal-usul-isyarat-1-malaysia-najib/



Pegawai Khas Zambry dapat projek

Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Kadir.

Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Persidangan DUN Perak semalam tentang satu perjanjian diantara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd yang dimiliki oleh pegawai khasnya, Asmadi Teh.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata, Asmadi adalah pegawai khas Dr Zambry di DUN Pangkor yang juga merupakan AJK Umno Bahagian Lumut.

Menurutnya, Perjanjian tersebut berdasarkan BOT (Build-Operate-Transfer) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.

"Pemberian tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah guna kuasa yang dianggap berat," katanya ketika membuat sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Perak, Ipoh.

- PerakiteDaily


Sabtu, 29 Disember 2012

YBUDR: Zambry sengaja buat tak faham

IPOH: PAS Perak menyifatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir sengaja buat-buat tidak faham saranan agar kewangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) diperlihatkan kepada seluruh rakyat.

Koordinator Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, ianya penting demi ketelusan pengurusan sekaligus dapat membendung salahguna peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada YBUDR selama ini.

Menurutnya, jika kepimpinan Dr Zambry bersih dan telus, mengapa takut untuk memastikan ketelusan kewangan YBUDR dipaparkan setidak-tidaknya di dalam laman web rasmi sepertimana dilakukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) kini.

Menurutnya, sebelum daripada Datuk Zainal Abidin Omar memegang jawatan Ketua Eksekutif YBUDR, telah ada desakan agar Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang menyandangnya ketika itu agar digantikan.

Dan dalam masa yang sama katanya, Khairul Azwan masih sebagai Timbalan Ketua Eksekutif YBUDR dan juga sebagai nakhoda kepada anak syarikat YBDUR iaitu YBU Holding Sdn. Bhd. dan ini amat mencurigakan.

“Atas beberapa faktor inilah kami lihat ketelusan kewangan YBUDR perlu dilihat telus malah mesti dilihat lebih telus kerana jutaan ringgit disalurkan oleh kerajaan negeri kepada YBUDR sebagai salah satu institusi milik kerajaan negeri yang paling banyak diberikan peruntukan saban tahun.

“Kami sifatkan Datuk Seri Zambry tiada ketelusan dan integriti jika masih lagi menyembunyikan kebenaran kerana tiada apa yang perlu ditakuti jika tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Salman berkata, Dr Zambry juga pernah dicabar agar mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor supaya semua EXCO Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta dan dipamerkan di dalam laman web rasmi kerajaan negeri namun hanya memberikan pelbagai alasan sahaja tetapi tidak mahu melaksanakannya.

“Bagi kami, jika sesuatu perkara itu baik dan menunjukkan ketelusan wajarlah Dr Zambry sebagai ketua sebuah kerajaan melakukannya demi kepentingan rakyat,” ujarnya.

Harakahdaily




Jumaat, 28 Disember 2012

Rasuah seks syarat pinjaman- Najib dituntut bertindak keatas orang kuatnya

PENGAKUAN ibu tunggal ini cukup menggemparkan. Beliau mendakwa telah menjadi mangsa kepada sikap buaya darat salah seorang Ketua UMNO Bahagian.Nasib malangnya datang bertimpa-timpa, lain yang beliau harap,lain jadinya, bantuan yang dipinta,sekujur tubuh jadi taruhannya.

Apalah daya seorang wanita yang tidak bermaya seperti dia untuk menghalang tindakan ganas seorang lelaki dan apalah daya untuk beliau menolak kemahuan seks Ketua bahagian tersebut kerana dibimbangi beliau akan ditinggalkan sendirian di luar negara.

(Wanita malang ini diperdaya Ketua Bahagian)
Semuanya bermula daripada sebuah perkenalan yang disengajakan kerana belaiu memerlukan modal untuk memulakan perniagaan dan sebagai rakyat biasa tempat yang paling sesuai untuk menaruh nasib untung adalah kepada Ketua Bahagian tersebut.Beliau mengakui bahawa beliau sedar bahawa Ketua Bahagian ini sering mengambil kesempatan tetapi atas keyakinan hanya kerana beliau ibu tunggal, dia juga berkeyakinan nasib malang yang pernah menimpa beberapa orang mangsa sebelum ini tidak mungkin terulang ke atas dirinya.

Mereka bertemu dalam pertemuan yang diatur antara rakyat dan pemimpin dan wanita malang ini menceritakan masalahnya untuk mengembangkan perniagaan tetapi tidak cukup modal, beliau merayu kerjasama dan pertimbangan pemimpin ini untuk membantunya dan beliau merasa bangga tanpa was was bahawa bantuan yang akan diberikan itu akhirnya memaksa dia menggadai tubuh dan maruahnya apabila Ketua Bahagian tersebut sanggup membantunya melalui pinjaman TEKUN.

Wanita malang ini memasang angan-angan untuk berjaya seperti ibu tunggal yang lain atas bantuan kerajaan dan parti yang beliau sokong tapi malangnya datang bertimpa apabila beliau diajak untuk menemani Ketua Bahagian ini keluar negeri dengan alasan untuk mengisi boring permohonan dan wanita malang yang lurus bendul ini tidak mengsyaki apa-apa menurututi permintaan tersebut namun sesampainya di salah sebuah hotel, dia mendakwa telah diminta habuan seks bagi mempercepatkan permohonan itu.

Berbagai janji dan pujuk rayu dan wanita ini tidak ada pilihan selain menyerahkan tubuhnya untuk diratah oleh Ketua bahagian yang sudahpun telanjang bulat di depan matanya.bak katanya ``apalah daya saya untuk menghalangnya, saya berada di luar Negara dan andainya saya menolak kegilaan seksnya itu, saya berkemungkinan akan ditinggalkan sendirian dii sebuah Negara yang saya tidak punyai sesiapa.”

Kisah wanita malang ini telahpun jadi sebutan tetapi lebih malang lagi, baik pemimpin tempatan ataupun atasan tidak mengambil tindakan ke atas Ketua bahagian tersebut dan ini disifatkan juga oleh wanita ini sebagai satu persubahatan daripada pihak tertentu untuk menganiyai dirinya dan belaiu telah nekad untuk mendedahkan segalanya serta bersedia untuk berdepan dengan Perdana Menteri sekiranya dipanggil berbuat demikian.

“Saya tidak menyangka dia sanggup menipu saya.mengambil kesempatan atas kesulitan saya.saya tidak percaya, saya boleh jadi mangsa dia seterusnya walaupun saya diberitahu bahawa dia memang seorang lelaki hidung belang dan suka mengambil kesempatan.Selama ini saya hormatinya sebagai pemimpin di tempat saya tetapi rupanya dia pemimpin berwajah setan,” dakwa wanita malang ini yang saya rahsiakan namanya untuk peringkat ini.

“Pemimpin sebegini tidak sepatutnya berada dalam mana-mana parti sekalipun.Parti boleh rosak dan dipandang hina.Cukuplah saya jadi mangsa, saya tidak mahu ada lagi mangsa lain selepas saya.Saya tidak mahu isteri orrang,anak dara orang serta ibu-ibu tunggal seperti saya ini diambil kesempatan oleh beliau yang menggunakan jawatan sebagai Ketua bahagian itu<’ dakwa wanita ini lagi yang nyata sudah nekad pendirian dan ketegasannya untuk membongkar salah laku seks Ketua Bahagian ini.

“Saya tahu maruah saya tercemar dengan pendedahan ini tetapi saya rela, biar saya seorang jadi korban seksnya dan saya berdoa selepas ini tidak ada lagi mangsa lain dan saya juga yakin aklan ada mangsa-mangsa lain akan buat pendedahan yang sama kalau mereka ini benar-benar sayangkan parti dan memperjuangkan agama,bangsa dan Negara,” dakwanya lagi.

Wanita ini bercerita lanjut.Kadang-kadang beliau mengesat airmatanya tapi diwajahnya ada tabah tersendiri walaupun dia sedang berdepan dengan satu kuasa yang memungkinkan dia akan menerima beban atau tekanan.

Kisah kegilaan seks Ketua Bahagian ini khabarnya sudah sampai kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri tersebut tetapi sehingga kini pelaku masih bebas dan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai Ketua dan bak kata wanita ini seperti di atas tadi, dia akan menggunakan saluran apa sahaja untuk mendedahkan segala keburukan daripada pemimpin yang beliau sifatkan sebagai manusia bertopengkan syaitan.

“Sepatutnya ahli dan pemimoin atasan malu mempunyai pemimpin seperti ini dan beliau harus disiasat dan diambil tindakan sejajar dsengan segala perbuatannya,” kata wanita ini lagi yang juga mendakwa bernasib baik kerana keguguran hasil persetubuhan rela dalam paksa dengan Ketua Bahagian tersebut.

“Saya juga pelik, beliau katanya akan mendakwa saya kalau saya dedahkan segala perbuatannya terhadap saya.Sepatutnya saya yang bercakap begitu, mungkin kerana saya ini wanita kampong yang sekolah tidak tinggi mana, dia cuba mengugut serta memperbodohkan saya.

“Sudahlah dia menyetubuhi saya, janji asal nak bantu saya untuk dapat pinjaman sampai sekarang ini saya tak tahu kesudahannya,” dakwa wanita ini lagi.

Wanita ini juga melahirkan rasa kesalnya ( nasib baik tak melahirkan anak) kerana tidak ada pembelaan daripada ahli jawatankuasa bahagian itu walaupun dia telah menemui beberapa orang untuk membantu beliau menyelesaikan masalahnya dan mengadu apa yang telah Ketua Bahagian itu lakukan terhadap dirinya.


Lagi Ketidakpuasan cai cai umngok pada pemimpin umno

Manjung Mari: UMNO yang Hebat - Ketua Bahagaian Penyamun, Ketua ...: Cerita ni bukan aku sengaja nak memandai,,, aku sekadar menyampaikan apa yang berlaku... he he he.

Umno Perlu Dijatuhkan

Malaysia mengamalkan demokrasi. Setiap rakyat mempunyai hak untuk memilih. Bagi rakyat yang merasakan mereka tidak mendapat keuntungan barang sedikit pun di bawah kerajaan barisan nasional maka mereka berhak untuk memilih parti lain sebagai gantinya. Cuma adakah dengan memilih parti lain mereka mampu untuk mendapat keuntungan sebagaimana yang mereka harapkan?

Rakyat dan pengundi sebenarnya sudah muak, kerana mereka sendiri melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana setiap kali berlaku perbalahan di dalam umno pastinya akan keluarlah cerita busuk dan buruk. Yang memburukkan pemimpin umno adalah orang umno itu sendiri.

Rakyat melihat seolah olah umno sememangnya sudah busuk dan busuk ini akan berbau selepas pemimpin umno tidak lagi mendapat kepentingan di dalam umno. Rakyat yang masih tidak mendapat pembelaan dari pemimpin umno akan merasa kecewa apabila berita dan cerita pemimpin umno menjadi jutawan segera dicanangkan setiap hari.

"Kadang kala ada benarnya juga kata kata pembangkang", bisik hati si rakyat yang telah sekian lama terpinggir oleh menteri korup barisan nasional.

Rakyat melihat setiap gagasan yang kerajaan anjurkan hanya menguntungkan pemimpin dan orang orang sekeliling pemimpin sahaja. Misalnya dasar kerajaan mengenai pendidikan. Umum mengetahui sekolah berasrama penuh adalah untuk orang melayu sahaja. Namun rakyat merasa agak terkilan kerana sekolah sekolah berasrama ini dijadikan sekolah bertaraf elit apabila anak anak pemimpin umno dibenarkan masuk walaupun keputusan peperiksaan mereka tidak lah sebaik mana.

Manakala anak anak rakyat marhain terpaksa meminta belas kasihan daripada pemimpin umno untuk memasukkan anak anak mereka ke dalam sekolah berasrama penuh walaupun mereka berhak dan layak.

Agaknya pemimpin umno sudah lupa bahawa tujuan sekolah berasrama ini diwujudkan adalah untuk membantu orang melayu yang tidak berkemampuan untuk memastikan anak anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna. lihat saja bagaimana mahathir sendiri menghantar anaknya mukhriz kesekolah berasrama MRSM dan menafikan hak anak rakyat yang lebih layak daripadanya.

Begitu juga bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan banyak diberikan kepada anak anak menteri umno. Semua rakyat nampak dan menyampah melihat gelagat anak anak menteri yang berpeleseran dengan kereta mewah disamping mempunyai moral yang teruk. Lihat sahaja anak anak Najib Razak, Nazri Aziz, Zahid Hamidi, Mahyudin Yasin dan Ramli Ngah Talib. Kesemuanya berperangai syaitan. Mereka menyediakan segala peluang bagi memastikan anak anak mereka menjadi jutawan tanpa perlu berusaha sedikit pun.

Ini cuma lah antara beberapa contoh yang sering di sebut sebut oleh rakyat. Umno perlu dijatuhkan. Rakyat perlu bangkit menentang hipokrasi pemimpin umno.

Khamis, 27 Disember 2012

Anak Tun Razak Yang Angkuh Dan Lupa Diri


ANGKUH sungguh Nazir Razak mencerca Dasar Ekonomi Baru. Di depan masyarakat Cina dalam Kongres Ekonomi Cina beliau tergamak menyelar DEB ini hanya semata-mata mahu menarik perhatian golongan Cina.Nazir lupa barangkali yang beliau seorang Melayu dan DEB itu diwujudkan untuk membantu orang-orang Melayu dan bukannya orang-orang seperti Nazir.

Istilah`bastardisation’ yang lahir dari mulut Nazir Razak yang tidak pernah mengenal erti kemiskinan.kelaparan dan kebuluran merupakan satu istilah yang cukup mengecewakan dan apakah DEB ini telah melahirkan `anak-anak haram’ dalam semua bidang yang mereka terokai.Itukah maksud sebenar Nazir di sebalik ucapannya hingga hampir 500 orang Cina bertepuk tangan kerana Nazir sanggup menghina bangsanya sendiri?

Apakah kontraktor-kontraktor Melayu yang lahir daripada polisi DEB ini adalah kontraktor-kontraktor anak-anak haram seperti yang Nazir maksudkan? Apakah Nazir faham secara menyeluruh mengapa polisi DEB ini dibentuk?Bagaimana buruk sekalipun DEB ini dpandang oleh anak-anak bangsawan seperti Nazir, DEB inilah yang melahirkan ramai usahawan-usahawan Melayu walaupun peratusnya tidak setinggi mana.

Baik yang berada di dalam kerajaan ataupun yang menyokong kerajaan dan akhirnya memilih untuk menentang kerajaan mereka ini sebenarnya telah mengecapi nikmat DEB ini.Walaupun mereka akhrinya memilih untuk menikam kerajaan daripada belakang  tetapi DEB inilah sebenarnya yang telah menukar corak hidup mereka daripada dibelenggu kemiskinan hingga bebas sepenuhnya,menjadi jutawan dan kaya raya.

Bagaimana kita boleh bayangkan anak kepada bekas Perdana Menteri dimana bapanya yang merencanakan dasar atau polisi ini tergamak menggunakan perkataan yang sedemikain rupa dan sebenarnya Nazir tidak tahu apa-apa pun tentang dasar ekonomi yang selama ini dijadikan tempat Melayu berpaut.Nazir bercakap tentang sesuatu yang tidak pernah menyentuh jiwanya.

Siapa Nazir untuk bercakap tentang DEB ini?Nazir bukan anak peneroka,beliau tidak pernah ke sekolah berkaki ayam,tidak pernah tinggal di ruma flat berbelas tingkat dan beliau lahir dengan sudu emas di mulutnya.Nazir tidak pernah mengenal erti susah dan kepayahan malah beliau tidak layak sama sekali untuk bercakap tentang kemiskinan rakyat kerana beliau tidak pernah melaluinya.Tiba-tiba sahaja Nazir menjadi insan yang hipokrit.

DEB ditubuhkan adalah untuk membantu golongan miskin yang bercita-cita tinggi untui memajukan diri.Dasar ini diwujudkan untuk membantu golongan yang disebutkan diatas tadi.Nazir jangan bongkak,kemewahan yang beliau perolehi hari ini hanya kerana beliau anak Tun Razak.Nazir tidak akan berpeluang memduduki jawatan tertinggi dalam Public Bank sebelum CIMB sekiranya Cina yang menguasai bank tersebut tidak mengambil kira Nazir sebagai anak bekas Perdama Menteri Malaysia.Nazir perlu muhasabah diri

Nazir perlu memahami DEB itu secara lebih jelas,tuntas dan mengkritik DEB perlu dengan rasa jujur dan bertanggungjawab dan bukannya menggunakan DEB itu untuk mempopularkan diri ataupun mengambil kesempatan untuk memberikan ruang kepada pembangkang menempelak kerajaan dan usaha arwah bapanya. 

Nazir perlu ingat,DEB dibentuk bukan untuk membantu anak-anak beliau,anak-anak Najib,Hishamuddin ataupun Tun M ataupun anak-anak orang yang sudah kaya raya tetapi DEB ini adalah untuk golongan petani,pesawah.peladang dan sekelompok Melayu yang harus diberikan peluang untuk bersama dalam pembangunan ekonomi Negara dan mengecapi nikmat sebagai Warganegara Malaysia.

Keceluparan mulut Nazir merupakan satu penghinaan kepada orang-orang Melayu yang mendapat faedah ataupun munafaat daripada hasil penggubalan ataupun perlaksanaan dasar tersebut.Walaupun Nazir ingin menjadi Cina di depan masyarakat Cina tetapi beliau tidak boleh menjadikan Melayu sebagai kambing hitam bagi mempopularkan dirinya ataupun membantu mengangkat sokongan Cina terhadap abangnya Perdana Menteri Najib.Cina memang suka bila ada Melayu yang menghina Melayu.

Dalam suasana orang-orang Melayu yang didera dengan sikap kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dengan orang-orang Cina dan India kenyataan yang Nazir luahkan ini juga satu `bomerang’ kepada orang-orang Melayu sendiri yang semakin hilang pembelaannnya daripada kerajaan.Apakah Nazir juga memasang impian untuk meruntuhkan kerajaan ini?

Nazir terlalu buta dengan sejarah DEB.Bila orang buta seperti Nazir bercakap tentang DEB maka jadilah orang buta yang cuba meneka tentang warna yang disentuhnya dan sebagai seorang Melayu (barangkali) Nazir perlu mencari teks DEB ini supaya lidahnya tidak terlalu lancang menghina dasar Ekonomi Baru ini.Nazir kena cerminkan dirinya sebelum mahu menjadi jaguh DEB.


Jho Low- anak Cina yang dikatakan kawan baik anak lelaki Perdana Menteri

SIAPAKAH di belakang syarikat 1 Malaysia Development Berhad ( 1MDB)? Nama syarikat ini mula timbul dan hangat diperkatakan apabila PM Najib mengumumkan Lapangan terbang Sungai Besi akan dibangunkan sebagai salah satu hub termoden dalam Negara. Dan syarikat ini katanya telah diluluskan untuk membangunkan kawasan yang lebih daripada 100 ekar itu dengan nilai empat (4) billion ringgit.

Sudah ramai yang mempersoalkan tindakan kerajaan itu dan ada yang menyifatkan keputusan kerajaan untuk tunduk kepada permohonan syraikat ini kerana ada tangan-tangan ghaib yang menyokong supaya diluluskan kepada syraikat ini meskipun ada tiga syarikat konglemerat Melayu yang turut memberikan tawaran untuk membangunkan kawasan tersebut.

Kita difahamkan bahawa syarikat milik Tun Daim, Syed Mokhtar Bukahry dan TIA pernah memajukan cadangan untuk membangunkan kawasan tersebut tetapi ditolak oleh kerajaan namun kesediaan kerajaan untuk memberikan projek pembangunan lapangan terbang ini kepada 1MDB mula diragui ketelusannya dan menyifatkan langkah kerajaan ini benar-benar mengejutkan serta penuh misteri.

Malah sudah ada yang mendakwa secara langsung dan turut dibahaskan dalam sidang Parlimen bahawa di belakang syarikat ini adalah Teak Jho Low, anak muda Cina yang berumur dalam lingkungan 29 tahun dan tidak pernah mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Namun beliau menggunakan hubungan baik beliau dengan anak lelaki Rosmah dan kisah hidup mewahnya telah dipaparkan secara meluas di media dalam dan luar Negara.


Gerakan yang sedang dimainkan oleh anak muda Cina ini cukup merbahaya dan dengan mempotraitkan dirinya sebagai seorang lelaki mewah yang sedang berdamping dengan anak lelaki Rosmah boleh memberikan serta mengundang fitnah daripada rakyat. Bagaimana anak seorang Perdana Menteri boleh berkawan rapat dengan kaki arak,,playboy dan hidup berfoya-foya sedangkan tidak ada sebarang latar belakang perniagaan di miliki anak muda Cina ini.


( Iklan yang menimbulkan kontraversi dan didakwa telah dibayar oleh Jho Low)

Adakah dia seorang `power broker’ yang sedang memperalatkan anak lelaki Perdana Menteri ini untuk kepentingan peribadi beliau dan rangkaiannya? Untuk ketika ini jawapan kepada persoalan ini masih belum ternoktah.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat 1MDB katanya telah ditubuhkan secara tergesa-gesa bagi mendapatkan projek pembangunan ini dan disebutkan juga bahawa seorang Datuk yang ada hubungan dengan Jho Low ini sebagai penaja kewangan untuk pembangunan projek ini setelah mereka berjaya memperolehi projek untuk pembangunan tanah di tapak bekas Penjara Pudu dan juga KTM.

Persoalan mula timbul,adakah kerana kesan campurtangan pihak keiga sehingga kerajaan meluluskan tanah tersebut untuk dibangunkan sedangkan ada kenyataan daripada Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa lapangan tersebut akan kekal seperti sediakala tanpa berhasrat untuk membangunkan dengan apa-apa sahaja projek pembangunan dalam masa terdekat ini.

Malah ada juga yang mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman diberikan kelulusan untuk membangunkan tanah tersebut dan kalau benarlah andaian, syarikat ini ditubuhkan hanya untuk mendapatkan projek tersebut, adakah wujud rasuah dan penyelewengan?

Pun bagaimana seorang anak muda seperti JhoLow yang langsung tidak berpengalaman dan tidak pernah terbabit dalam projek-projek seperti ini diberikan peluang untuk memiliki pembangunan yang bernilai empat puluh ribu juta itu dan apakah kerana beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan anak lelaki Rosmah dan pernah meraikan isteri Perdana Menteri di atas kapal mewah dimana pernah terjumpa barangan berharga sebelum ini.maka dia menjadi pilihan untuk membangunkan kawasan itu?

Keputusan yang diumumkan oleh PM Najib diakhir mesyuarat kabinet itu memberikan kejutan kepada banyak pihak dan keterlibatan secara langsung anak beliau dgn Jhow Low sudah mula menimbulkan fitnah bahawa ada kumpulan-kumpulan tertentu di sekeliling keluarga Perdana Menteri ini sedang mengambil peluang untuk mempengaruhi bagi memperolehi sesuatu yang berkepentingan sendiri tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat terbanyak.

Kalau benar juga syarikat Malton yang berperanan di sebalik penggunaan hubungan antara Jho Low dengan anak PM ini maka akan membuktikan kepada masyarakat di luar sini bahawa kumpulan ini bukan sahaja berniat untuk mengaut keuntungan peribadi tetapi dalam masa yang sama sedang berusaha untuk mencemarkan nama baik PM dan isteri. Adakah PM Najib terlepas pandang dalam soal ini?

Salah seorang orang kuat syarikat Malton, Dato Desmond dikatakan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan isteri Perdana Menteri manakala Jho Low juga adalah kalangan keluarga beliau dan setiap kali anak cina ini pulang ke Malaysia, beliau dijemput dengan kereta rasmi dan singgah di rumah perdana menteri dahulu sebelum pulang ke Pulau Pinang.Inilah cakap-cakap yang sedang hanta kedengaran ketika ini dan cakap=cakap ini kalau terbukti ada benarnya, maka sekali lagi memberikan tamparan yang cukup hebat kepada keluaga Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan nama Datin Cindy, Mumtaz Jaafar dan terbaru Flora Ong, nama Rosmah diheret dalam semua yang membabitkan keperluan keputusan segera kononnya itu adalah arahan daripada isteri Perdana Menteri sedangkan ada yang mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri tidak pun terlibat secara langsung atau tidak dalam sebarang keputusan kerajaan dan Perdana Menteri. Saya pernayh mendedahkan dalam tulisan saya sebelum ini.

Apakah 1MDB ini merupakan syarikat gabungan nama-nama ini dan apakah nama-nama ini sedang mengambil kesempatan atas nama gagasan 1 Malaysia sebagaimana nama Islam Hadhari digunakan sewenang-wenangnya bagi mengaut untung satu pihak?

Masalah pembangunan di tanah Lapangan terbang Sungai Besi dan Pengkalan Tentera Udara ini juga harus ditangani sebaiknya oleh kerajaan dan sebarang keputusan yang silap ianya bukan sahaja memberikan kesan kepada Perdana Menteri malah akan turut menyinggung perasaan rakyat di mana ketika ini sudah ada rakyat memprotes, berapa banyak lagi tanah-tanah yang sepatutnya kekal milik Melayu dan Negara terlepas kepada kaum Cina.


Siapa Mumtaz Jaafar?

SIAPA Mumtaz Jaafar?Siapa pula Ghazali Saibo yang sering dilihat keluar masuk pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahlan? Kalangan pemerhati politik sudah mula bercakap tentang nama ini.Bisik-bisik kedai kopi sudah mua menjaja nama ini yang dikatakan begitu berpengaruh dalam menentukan tender,penempatan pegawai-pegawai termasuklah sesiapa yang ingin dilantik untuk mengetuai syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC).


Malah ada juga yang menyifatkan mereka ini adalah broker politik yang memainkan peranan cukup licik dan tersingikirnya nama Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji juga dikatakan kerana pengaruh tangan-tangan ghaib yang dimiliki oleh nama-nama yang disebutkan.Pun mereka ini jugalah yang dikatakan menjadi kata pemutus sebelum sebarang keputusan di buat.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri tahu peranan yang mereka mainkan ini? Adakah PM Najib merestui segala tindakan mereka sedangkan Ghazali Saibo hanya dekat dengan SUPOL beliau dan Mumtaz pula mesra gila dengan isteri Perdana Menteri yang kebetulannya ada kaitan dengan Yayasan Kebajikan Athlet Negara (YAKEB)). Dan kenapa tiba-tiba Mumtaz, bekas pelari pecut negara tiba-tiba menjadi satu nama penting di sekeliling Pejabat Perdana Menteri.

Apakah juga SUPOL Perdana Menteri juga turut terlibat dengan percaturan-percaturan yang dimainkan oleh Ghazali Saibo dan juga Mumtaz Jaafar ini?Siapa mereka ini hingga mereka berperanan begitu besar dan penting sehinggakan SUPOL atau Perdana Menteri sendiri terpaksa akur kepada kehendak mereka.

Adakah mereka ini pegawai yang dilantik ataupun jenis-jenis ulat yang mencari peluang dengan bertebaran di pejabat Perdana Menteri itu?Apakah juga SUPOL Perdana Menteri mengetahui dengan lebih jelas peranan yang dimainkan oleh Ghazali ini dan memberikan restu kononnya bagi pihak Perdana Menteri. Dan sesiapa yang pernah berurusan dengan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri akan sentiasa melihat kelibat Ghazali ini.

Ghazali Saibo ini dikatakan pernah menguasai Aziz Shamsuddin sewaktu bergelar Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan hubungan beliau hari ini dengan SUPOL PM, Dato Sahlan begitu akrab dan di mana sahaja, kelibat mereka dilihat sering bersama. Malah ada yang mendakwa beliau menguasai Pejabat Setiauasa Politik ini dan sentiasa mempengaruhi Pejabat Perdana Menteri dalam membuat sebarang keputusan termasuklah yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindak tanduk mereka ini menimbulkan kebencian pemimpin dan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan PM Najib kerana mereka ini telah dikatakan menggunakan sekatan untuk pemimpin-pemimpin atau bekas-bekas pemimpin UMNO untuk berurusan dengan pejabat Perdana Menteri dan kalau benar apa yang dikatakan mereka ini juga mengambil komisin-komisin tertentu, jelaslah mereka ini sedang ligat memperalatkan hubungan mereka dengan pejabat Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi.

Walaupun kedengarannya seperti cakap-cakap di kedai kopi namun bak kata orang tua, masakan pokok bergoyang kalau tidak ditup angin dan temu janji beberapa pemimpin ataupun bekas pemimpin dengan Perdana Menteri perlu melalui proses tapisan ataupun saringan mereka ini sebelum kebenaran diberikan dan sekiranya melibatkan keputusan ataupun tender-tender tertentu, mereka ini jugalah yang menguasainya dengan melantik syrarikat-syarikat kroni yang ada kaitan ataupun mereka mempunyai kepentingannya.

Mumtaz Jaafar pula dikatakan mengambil kesempatan menggunakan hubungan baiknya dengan isteri Perdana Menteri untuk mengaut keuntungan peribadi dan sering menggunakan nama isteri Perdana menteri itu dalam urusan-urusan yang berkaitan dan apakah tindakan Mumtaz ini diketahui oleh isteri atau PM sendiri ataupun Mumtaz adalah `duta’ yang diutus khas untuk bertindak atas arahan mereka?



Rabu, 26 Disember 2012

Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek

KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari , Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.

Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."

"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.


(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)

Harakahdaily

Umno Bukit Gantang Huru Hara

YB Rosli Hussin Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang yang sekarang menjadi ADUN bagi N.15 Trong bakal dicantas oleh umno pusat.

Sudah-lah hasrat nak bertanding merebut kerusi Parlimen P.059 Bukit Gantang terbantut kerana di cantas bakal calon muka baru iaitu Haji Rosli Isa.

Hasil sumber yang digali dan dikorek menyatakan bahawa kerusi yang dimiliki YB Dato Rosli Hussin N.15 Trong kini heboh diperingkat UMNO negeri dan pusat menyatakan ada 2 nama mengantikan tempat beliau yang akan bertanding mewakili UMNO di N.15 Trong.

Bermakna “alamat melepaslah….” YB Rosli kali ini..hahaha…

Nama pertama yang disenaraikan untuk bakal calon ialah mantan Penghulu Trong Tahir ND Dan.

Kedua ialah Shamshul Alias yang sekarang memengang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Kedua-dua mereka yang disenarai calon ini dikatakan sedang diperhatikan dan di teropong pihak UMNO pusat sebagai bakal calon yang layak bagi kerusi N.15 Trong untuk PRU akan datang.

Patutlah MB Zambry Kadir baru-baru ini ada memberi kepada YB Rosli Anugerah Bahagian yang paling aktif di Perak, hakikatnya hanya anugerah tersebut sebagai ucapan “Anugerah Selamat jalan buat YB Rosli dalam bidang politik”. Zambry sedaya upaya mahu menyelamatkan kroninya daripada dicantas oleh najib.


Khamis, 6 Disember 2012

Mahathir Bukan Cerdik Sangat

Gendang Perang: Ku Li — Mahathir Bukan Cerdik Sangat: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalaha...

Selasa, 4 Disember 2012

Musa akui diekori SB

Gendang Perang: Musa akui 'tak goyang' diekori SB - wakaka (bahasa...: PETALING JAYA: Mungkin ironis bunyinya, bekas Ketua polis Musa Hassan  mendakwa bahawa beliau kini diekori oleh pegawai cawangan khas. I...

Sebelum Kiamat Kristian Akan Memeluk Islam?

Berbagai pendapat boleh ditafsirkan namun ulamak boleh memberi pendapat dengan lebih berfakta dengan dibantu dengan nas nas. Mungkinkah apabila kiamat semakin hampir dan Nabi Isa diturunkan ke dunia kembali maka nabi Isa akan memerintah semua pengganut kristian agar mengambil syariat Nabi Muhammad saw iaitu agama islam dan akhirnya baru lah pengganut kristian percaya bahawa ajaran islam adalah ajaran yang sebenar.

Cerita seterusnya boleh dirujuk disini. Klik

Isnin, 3 Disember 2012

Yakjuj Makjuj Berbangsa Turki

Yakjuj dan Makjuj itu berketurunan Nabi Nuh as. Mereka adalah anak cucu Yafits bin Nuh, nenek moyang bangsa Turki. Mereka dahulunya hidup di muka bumi seperti layaknya manusia biasa namun selalu membuat kejahatan. Kemudian mereka dikurung oleh Zulkarnain di balik dinding penghalang yang dibuatnya, sehingga Allah swt mengizinkan mereka keluar dari sana kelak untuk menyerbu bangsa bangsa sekitarnya.

Hadis berkenaan cerita yakjuj dan makjuj ini ada di link ini.

Selasa, 27 November 2012

Pengamal seks akan berkumpul di pwtc

Saban tahun pengamal pengamal pengamal seks dan arak akan berkumpul di pwtc untuk mendengar amanat daripada ketua bagi segala kemungkaran. Ketua ini yang di gelar sebagai presiden akan mengapi apikan pencacai pencacainya yang sedang kemabukan untuk berjihad menentang umat islam malaysia. Berbagai ugutan akan di dipersembahkan supaya para pencacai memikirkan mereka sudah tiada peluang untuk hidup dan berseronok sekiranya parti islam memerintah negara. Kemaksiatan adalah darah daging para pencacai ini. Tanpa maksiat dan rasuah mereka tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.
Mereka mungkin mampu untuk menipu rakyat dengan lakonan yang berpura pura baik tetapi mereka takkan berjaya menipu rakyat apabila keluarga mereka dilihat hidup didalam kesesatan dan penuh dengan kemungkaran. Anak anak mereka yang dilihat bebas mengamalkan segala kemungkaran adalah berpunca dari didikan pemimpin umno itu sendiri.
Sepanjang perhimpunan pengamal maksiat ini rakyat pastinya dapat melihat bagaimana disko, pub, bar dan rumah urut akan dipenuhi oleh ahli ahli parti sesat itu. Para perwakilan parti seks itu juga pastinya akan berpantun pantun membodek dan memuji muji presidennya dan ada juga akan terpekik terlolong memaki ulamak ulamak yang tak sekata dengan parti mereka.
Wanita wanita mereka juga akan bertepuk tepuk dan terjerit jerit tanpa segan silu sambil menayang gelang emas ditangan sebagai tanda mereka beejaya menyamun di negeri masing masing.
Pemudanya pula tanpa segan silu akan mengugut ugut untuk dipilih sebagai calon pilihanraya dengan penuh perasan bahawa pengundi muda mahukan mereka menjadi wakil rakyat.
Semua peristiwa ini boleh kita tonton didalam mesyuarat agong umno yang bermula pada malam ini.

Wakil Rakyat Umno Pinggirkan Rakyat

Batu Gajah Mari: Kak Midah pinggirkan rakyat

Jumaat, 23 November 2012

LUCAH DAN UMNO TAK BOLEH DIPISAHKAN

Mat Indera Sipejuang: KALAU YA PUN LUCAH DENGAN UMNO TAK BOLEH DIPISAHKA...: Agak-agak lah beb kalau ya pun SUKA sangat dengan benda-benda LUCAH... tak kan sampai dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pun na...

Khamis, 15 November 2012

Berapa Kali Pemimpin Umno Nak Main Wayang?

Cabaran utama UMNO hari ini ialah bergelut dengan persepsi. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.

Beliau berkata selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno.

Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 28 Nov hingga 1 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semua pihak sedang menanti apa perkara baru yang dikatakan perubahan yang UMNO akan pamerkan kelak.

Jika kenyataan Tengku Adnan dihayati dengan mendalam ia membawa mesej bahawa UMNO belum lagi bersedia dengan sepenuhnya untuk menghadapi PRU13 ini. Mereka masih lagi tidak berjaya menghakis persepsi kronisme, elitis dan korup.

Melalui organ propaganda media, ceramah dan pertemuan akar umbi, UMNO masih lagi bermain lagu lama dengan menyeru sepaya pengundi-pengundi jangan menilai individu tetapi harus menilai parti keseluruhan.

Dalam erti kata lain ‘vote the symbol not individual’, pilihlah Dacing walau siapa juga calunnya itu tidak penting. Dendangan slogan ini telah lama bermain dalam setiap kali kempen pilihanraya sehinggalah berlaku kejutan dalam PRU12 2008 bilamana pengundi sudah tidak yakin lagi dengan slogan ini khasnya pengundi baru.

Mereka melihat banyak individu yang dicalunkan yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian memenangi jawatan dengan bergelut kuasa dengan politik wang, ‘lavish’, elit dan ego. Mereka tidak dapat menerima individu seperti ini. Akhirnya parti menjadi korban.

Hari ini untuk ‘sedap diri’ UMNO cuba menangkis dengan mengatakan kenyataan itu adalah tohmahan semata-mata dan hanya persepsi sahaja tetapi realitinya mereka masih tidak bersungguh-sungguh mengikis persepsi ini yang ternyata sukar kerana sudah sebati dan menebal dalam kepimpinan mereka. Rakyat sudah boleh menilai di antara keikhlasan dan hippokrasi mereka.

Ada sumber menyatakan bahawa terdapat ura-ura mereka yang telah kalah kerana ditolak rakyat dalam PRU12 akan dicalunkan kembali dalam PRU13 yang akan datang.

UMNO tidak boleh dilihat sebagai ketandusan pemimpin. Jika ini berlaku maka terbukti bahawa perubahan hanyalah janji retorik UMNO dan kepercayaan pengundi kepada UMNO akan terhakis sedikit demi sedikit akhirnya UMNO akan berakhir seperti parti LDP di Jepun.

Khamis, 8 November 2012

Dato Alies Pencatur di Belakang Najib

Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO, terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu rezeki semakin terbuka dengan luas. Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula, bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah kemewahan.  Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.  Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui perubahan.  Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.  Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya kali ini.  Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.  Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama Biro Tatanegara serta pihak lain yang menjadi kepercayaannya. Selain itu beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu.  Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah bekas Menteri Pelancongan, Sabbaruddin Chik.  Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan kesetiaan mereka.  Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam pemilihan calon pilihanraya kali ini. Beliau seboleh-bolehnya cuba meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.  Sehingga ini unit tanpa nama yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.  Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.  Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.  Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di mana-mana sekarang ini.  Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies Nor.  Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon yang pasti dalam pilihanraya kali ini.  Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah mahu menjadi calon pilihanraya.  Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.  Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 6 November 2012

Aset Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi

Umno berpura pura marah kepada DAP bila isu islam dan hudud di panaskan. Mereka sebenarnya syaitan yang dikenali yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan kuasa. Pendedahan ini sebagai bukti dimana penasihat kanan kepada perdana menteri najib al tantuya menjadi proksi dalam syarikat judi.

Gendang Perang: Aset Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi-- kenyan...: Judi: Pemimpin Umno! Elias Hj Idris Kepentingan Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi. i) Magnum Corporation Sdn Bhd: a. Bekas EXCO ...

Ahad, 28 Oktober 2012

Bank Yahudi kini Bertapak Di Malaysia


Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.
klik dibawah
http://alamdunia066.blogspot.com/2010/07/bank-rothschild-bertapak-di-malaysia.html

Sabtu, 27 Oktober 2012

Anak Nadzri Aziz ...Pembunuh,Kasanova & Gangster?

Malaysia sebuah negara yang mampu melakukan segalanya dan memang kita sinonim dengan slogan "MALAYSIA BOLEH". Memang slogan ini memberikan gambaran realiti yang sebenar di Malaysia. Cakap sahaja apa yang diperlukan dan semuanya Malaysia Boleh!!


Semangat Malaysia Boleh!!!!!!!!...

Orang Asing Boleh Jadi Rakayat Malaysia
Tiada Permit Boleh Buat Permit
Masuk Haram Nanti Boleh Diputihkan & Diampunkan
Rogol Boleh Nanti Tiada Pendakwaan
Bunuh Pun Boleh Nanti Orang Yang Lain Kena Tangkap
Pukul Pun Boleh Nanti Orang Lain Juga Kena Tuduh
Nak Aniaya Siapa Pun Boleh Cakap Sahaja
Nak Kontrak Boleh Diuruskaa
Nak Pilih Kubur kat Kiara Pun Boleh
Nak Padam Rekod Imigresen Pun Boleh
Nak Kena Bom C4 Simpanan Tentera Pun Boleh
Nak Tutup Kes Pun Boleh
Ada Video Seks Pun Boleh Didewakan
Malaysia Flip Flop Pun Boleh

Mari-mari pilih apa yang anda mahu dan segalanya Malaysia Boleh!! Nak Apa Sahaja Malaysia Serba Boleh.

Sedang berseronok beliau di kota London pada saat ini agaknya!!

Aku bunuh orang pun tak ada apa pun..
Aku pukul orang pun tak apa pun..
Aku rogol orang pun tak ada apa pun..
Aku kaut harta rakyat tak ada apa pun..
Aku kaut rasuah bagi bapa aku tak ada apa pun ..
Aku perangai serupa syaitan pun tak ada apa pun..
Sebut sahaja senarai ditas, terpanggil mengambil contoh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai contoh terbaik.Lantang bersuara dan petah berkata tetapi hakikatnya terlalu dinilai bodoh di mata rakyat. Pengakuan berani seorang ibu bapa yang dimalukan oleh aksi seks anaknya harus dihormati kerana berani mengaku salah dan menghukum anaknya kerana tidak mahu bersekongkol dengan sifat sedemikian.


Itu contoh seorang bukan Islam yang kita dalam Islam memanggil mereka sebagai Kafir.Tetapi malangnya dalam budaya "Malaysia Boleh" pihak yang berkuasa dan ahli politik terlepas dari segalanya samaada di mahkamah kehakiman ataupun bila dihakimi oleh rakyat melalui Peti Undi.

Mereka serba boleh kerana kuasa atau kerana pandai memutar belit hakikat dan fakta dengan sandiwara yang terus mampu perbodohkan rakyat Malaysia.


Siapa tidak kenal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz? Manusia yang tidak sayang mulut bila berkata dan mudah berkata apa sahaja yang difikirkannya betul tetapi bila hal peribadi mereka segalanya orang lain yang salah..

Pelbagai kisah anaknya jelas menunjukkan bagaimana kuasa membolehkan mereka memperbodohkan rakyat. Anak beliau Nedim,ialah pengerusi syarikat Harrison (M) Berhad, selain seorang pengarah Charisma Positief, sebuah syarikat yang menjual kereta mewah terpakai.

Harrison yang dimaksudkan ialah yang beroperasi di Sabah yang fokus perniagaannya di Timur Malaysia membuat “pemasaran, jualan, pergudangan dan pengedaran barangan pengguna bergerak pantas, bahan binaan, produk kejuruteraan dan bahan kimia pertanian; penghantaran dan pelancongan.”

Salah satu pelanggan Harrisons di bawah kategori barangan pengguna bergerak pantas (fast-moving consumer goods) ialah Asia Pacific Brewery yang membekalkan jenama minuman seperti Tiger Beer, Heineken, Anchor,Guinness, Anglia and Malta.


Selain itu anak syarikat Harrison, Harrisons Marketing and Services Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk perniagaan khusus wine (arak) bertempat di Jalan 222, Petaling Jaya.

Siapakah Nedim? Jiak kita lihat dari kisahnya tidak dapat dinafikan boleh dikategorikan sebagai seorang Pembunuh, Kasanova & Gangster..Seorang yang begitu muda dan mampu menajdi Pengerusi sebuah syarikat antarabangsa?

Mampu memiliki kemewahan luar biasa dan hidup dengan segala kemewahan yang tidak mungkin mampu dikecapi oleh anak-anak melayu muda pada usianya.Kemampuan luar biasa memiliki koleksi kereta mewah.

Jika bukan hasil rompakan & rasuah dari mana datangnya segala kemewahan ini. adakah mereka ini jutawan sebelum menyertai politik atau menjadi jutawan selapas menjadi ahli politik?

Dan segalanya mereka gunakan slogan Malaysia Boleh dalam meemutihkan cara mengumpul kemewahan melalui perniagaan keluarga kononya anak mereka berdikari sendiri dan berusaha keras mencapai kejayaan.

Kemewahan Nedim Nazri

Tidakkah ini jelas membuktikan rasuah melalui seorang bapa yang memiliki jawatan dalam politik? Tidak mampukah SPRM menilai manusia-manusia seperti ini dan kenapa mereka masih terlepas dari hukuman yang seharusnya dikenakan terhadapa mereka?

AKU PEMBUNUH...


Adakah logik untuk kita mempercayai rakyat Thai & pekerja restauran yang memukul dan membunuh Darren? Kisah ini telah membabitkan anak Nazri Aziz namun beliau dengan senang lenang bebas dari segala tuduhan.

Yang menajdi mangsa segalanya adalah mereka yang lemah seperti pekerja restauran kerana mereka bukan anak ahli politik.
Inilah yang dikatakan Malaysia Boleh.

Pukul & bunuh sahaja sesiapa yang anda suka jika anda anak pemimpim politik atau anak raja dan segalanya boleh dengan mudah diselesaikan dengan semangat Malaysia Boleh.


AKU GANGSTER..


Sekali lagi terlibat denagn pergaduhan di kawasan yang sama dimana merupakan kawasan kegemaran Nazri Nedim. Adakah ini juga salah Pakcik Guard yang menjaga kondo?

Paling menarik dalam kes ini apabila kes ini diselesaikan tanpa mendakwa mana-mana pihak. Pelik, kes yang mungkin budak sekolah tadika mampu siasat tetapi tidak mampu disiasat oleh PDRM Malaysia yang sebenarnya tahu kebenaran dan realiti sebenarnya.

AKU KASANOVA..

LGBT pun aku nak jugak, Malaysia Boleh Aku Pun Boleh!!

Mana tahu ini LGBT? pengakuan Nedim dan lihat hawa nafsu terhadap kaum LGBT yang diperlihatkan olehnya..



Pengakuan Nedim Nazri..Bang Bang, siapa lagi kalau bukan kaum LGBT.


Jika hari ini kita sibuk dengan kisah Pelajar Singapura melakukan adegan seks kenapa harus kita persoalkan perkara tersebut? Mereka lakukan dengan kemahuan sendiri tanpa paksaan dan mereka berkongsi tanpa dipaksa.

Mereka juga tidak menyuruh kita tengok tetapi kita memilih untuk memperbesarkan isu ini kerana ianya bukan anak seorang menteri atau raja.

Itulah realiti sebenarnya dan jika ianya anak seorang ahli politik atau raja sudah tentu tiada sebarang publisiiti untuk kes seperti ini.

Segalanya mereka lakukan dan akhirnya mereka di putihkan oleh segala kuasa ditangan mereka.Inilah yang amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Jika anak kita bergaduh dan menampar anak seorang menteri, sudah tentu anak kita bakal merengkuk di penjara kerana kononya melakukan jenayah .

Tetapi apabila anak kita menjadi mangsa, mereka terlepas dari segala perhitungan samaada dari segi undang undang atau pun di peti undi.


Siapakah pula bakal dibunuh , dipukul, dianiaya dan diperlekehkan selepas ini? Kita tungu siapa pula mangsa seterusnya.
Percayalah kami, kami telah melakukan yang terbaik dan dia tidak bersalah. Malaysia Boleh!!


Credit to Author MalaysiaCrisis

Selasa, 23 Oktober 2012

SELEPAS SOI LEK HINA ISLAM!!! Najib lulus peruntuk...

PASPB: SELEPAS SOI LEK HINA ISLAM!!! Najib lulus peruntuk...: Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM 30juta atas permintaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika berucap merasmikan ...

Ahad, 21 Oktober 2012

Fathul Bari Mahu Umno Keluar BN

Addin: Fathul Bari Suruh Umno Keluar BN: SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.Pengerusi Jaw...

Selasa, 9 Oktober 2012

Hanez Suraya : Saya Peluk Cium Kawan Lelaki Yang Rapat Saja


Satu gambar yang memperlihatkan pelakon wanita, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki tersebar meluas di ruang internet ketika ini.Gambar itu jelas menunjukkan Hanez sedang berseronok di kelab hiburan sambil memeluk lelaki.Bagaimanapun, Hanez menerangkan gambar yang tersebar itu adalah gambar lama iaitu lima tahun yang lalu.Untuk tidak mahu membuatkan ramai pihak salah faham mengenai dirinya, Hanez menerangkan semua lelaki itu adalah teman-teman rapatnya.Malah, dia yang sekarang ini juga sudah tidak berperangai seperti dalam gambar itu.“Itu semua gambar lama. Kalau tidak silap saya, gambar tersebut telah dirakamkan 5 tahun yang lalu. Semua lelaki yang ada dalam gambar itu adalah kawan lelaki saya yang rapat dengan saya.“Ada juga antara mereka adalah teman lelaki kepada kawan baik saya. Saya memang mengaku dipeluk lelaki itu. Namun, itu semua zaman dulu saya waktu buat silap. Sekarang saya sudah bersih dan tidak lagi sebegitu.“Antara banyak-banyak lelaki itu, tiada seorang pun yang pernah menjadi boyfriend saya. Gambar itu memang dirakamkan di Malaysia. Masa gambar ini tersebar pun saya sudah tidak lagi sebegitu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.Kata Hanez, gambar-gambar yang tersebar adalah bukan milik peribadinya.Dia juga berpendapat penyebaran gambar-gambar kontroversi itu bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang kian meningkat naik.Hanez mengakui gambar itu menyebabkan dirinya tertekan tetapi tidak lagi kini kerana dia berjaya mengatai tekanan itu kerana memikirkan kontroversi yang timbul adalah lumrah hidup sebagai pelakon.“Kebanyakan gambar itu bukan milik saya. Mungkin ada pihak tertentu yang sengaja siarkan gambar itu kerana mereka dengki. Alhamdulillah, saya dah boleh kawal perasaan saya dengan cerita kontroversi mengenai gambar ini.“Sebelum ini, saya ada sedikit tertekan. Sekarang ini pun, saya hanya ada rasa terkejut kerana gambar-gambar tersebut masih terus disebarkan dan dikemaskini seolah-olahnya ianya adalah gambar terbaru saya,” katanya.

Sabtu, 6 Oktober 2012

World & Malaysia Ranking: syabas Kelab Greenboc

WORLD RANKING

No Website Ranking Dunia
1 Tranungkite 29,445
2 Kelab Greenboc 58,462
3 Addin 72,749
4 Anak Sungai Derhaka 78,411
5 Tukar tiub 87,688
6 Cenangau                  96,609
7 Milosuam 102,347
8 Anwar Ibrahim 139,584
9 Duniacacamarba 180,340
10 Blog-list Malaysia 182,504


MALAYSIA RANKING

No Website            Ranking M'sia
1 AmenoWorld              182
2 Kelab Greenboc      307
3 Anak Sungai Derhaka  371
4 Addin                      436
5 Milosuam              584
6 Tukar tiub              659
7 Cenangau                      672
8 Era Pasca                      957
9 Shalehuddin            1076
9 PasPB                    1091


Jumaat, 5 Oktober 2012

Ketua Pemuda umno Yang bernama Anwar Ibrahim

Artikel ini diambil dari Homepage Pemuda Umno yang dari dahulu mengakui kegemilangan dan perubahan DS Anwar Ibrahim.

DS Anwar Ibrahim dengan corak kepimpinan dan kecenderungan beliau dalam proses islamisasi telah dilupakan oleh pemimpin yang angkuh dan takut kehilangan tempat dalam UMNO.

Mereka sanggup terlibat mendokong konspirasi kerana takut kehilangan jawatan sebagai Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan tempat dalam Majlis Tertinggi UMNO. Ini kah kewibawaan sebenar pemimpin kita yang mendokong kesongsangan perlaksanaan sistem perundangan kita dan kezaliman yang dilaksanakan.

SAYA YAKIN HISHAMUDDIN @ KHAIRY TIDAK MUNGKIN MENANDINGI ANWAR SEMASA MENJAWAT PEMUDA UMNO

Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda terus silih berganti apabila terdapatnya pertandingan untuk merebut jawatan tersebut.

Proses yang dilakukan secara demokrasi oleh UMNO dan sayap kanannya ini merupakan satu perkembangan yang sihat kerana ianya dapat memastikan badan tersebut diketuai oleh mereka yang benar-benar berwibawa dan berkelayakan. Saudara Anuar Ibrahim merupakan salah seorang Ketua Pemuda yang berjaya menjawat Jawatan tersebut setelah berjaya mengalahkan Datuk Suhaimi Kamaruddin.

Bab ini akan cuba mengkaji bagaimana Anwar yang sebelum ini menjadi penentang kerajaan yang paling lantang menjalankan tanggungjawabnya. Bagaimanakah beliau membawa Pemuda yang dipimpinnya mengikuti arus peredaran semasa dan citarasanya yang berlandaskan nilai-nilai Islam.

Kebangkitan Islam pada awal-awal 1980an di Malaysia serba sedikit telah mempengaruhi ahli-ahli Pemuda memilih Anwar untuk memimpin pergerakan itu. Kemenangan beliau juga banyak dipengaruhi faktor perubahan pucuk pimpinan parti dan kerajaan yang hendakkan nilai-nilai Islam diterapkan dalam pentadbiran parti dan negara. Melalui era ini kita akan dapat melihat bagaimana Pemuda menjalankan program kemiskinan sebagai dasar kepada perjuangannya untuk menaikkan taraf hidup orang-orang Melayu terutamanya mereka yang di luar bandar.

Era kepimpinan Anwar merupakan era terakhir perjuangan Pemuda yang ditubuhkan pada 1949. Ini kerana pada tahun 1987 UMNO dan sayap kanannya telah diistiharkan sebagai sebuah parti yang tidak sah dari segi undang-undang. Peristiwa yang menyedihkan orang-orang Melayu ini memang tidak diduga berlaku pada saat negara mencapai taraf kemajuan yang membanggakan. Namun peristiwa ini tetap menjadi lipatan sejarah bangsa dan negara yang harus direnungi oleh generasi akan datang.

Anwar Ibrahim : Pembawa Perubahan
Perjuangan Menerapkan Nilai-Nilai Islam

Keputusan Anwar untuk aktif di dalam UMNO pada bulan Mac 1982 merupakan satu keputusan yang memeranjatkan banyak pihak terutamanya ahli-ahli politik. Keadaan ini timbul kerana beliau yang pernah menjadi pemimpin Angkatan Belia Islam (ABIM) merupakan seorang tokoh yang sering mengkritik dengan keras kepimpinan UMNO dan kerajaan. Menurut beliau kemasukannya ke dalam UMNO adalah kerana terdapatnya sikap keterbukaan dan ikhlas kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya sebelum inipun Anwar pernah ditawarkan menjadi kabinet oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974 iatu ketika Tun menjadi Perdana Menteri. Datuk Harun Idris juga pernah mengajak Anwar Ibrahim supaya menyertai Pergerakan Pemuda semasa beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda tetapi pelawaan tersebut telah ditolak oleh Anwar. Hubungan baik yang wujud di antara beliau dengan Dr Mahathir telah terjalin sejak mereka sama-sama mengkritik pimpinan Tunku Abdul Rahman selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu faktor mengapa beliau mengambil keputusan untuk aktif di dalam UMNO.

Kemasukan beliau ke dalam UMNO telah mendapat sokongan bukan sahaja daripada ahli-ahli UMNO malahan daripada pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. Misalnya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan kemasukan Anwar akan membantu UMNO dan kerajaan melaksanakan dasar-dasarnya. Sokongan serta perhatian yang diberikan oleh rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO dan komponen BN yang lain telah terbukti apabila beliau memenangi pilihanraya umum pada tahun 1982 bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan mengalahkan calon Pas, Zabidi Hj Ali dengan majoriti 14,352 undi.

Kemenangan ini telah mengkagumkan banyak pihak kerana beliau baru saja aktif di dalam UMNO. Malahan dalam susunan kabinet, beliau telah dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum aktif di dalam politik UMNO, Anwar telah memimpin ABIM selama sepuluh tahun.

Di bawah kepimpinanya, ABIM telah banyak mendapat perhatian daripada masyarakat, terutamanya di kalangan belia Islam yang terpelajar. Penumpuan kegiatan pertubuhan ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai Islam dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti usrah, ceramah, forum, simposium dan penerbitan khusus bagi meningkatkan penghayatan dan penglibatan ummah terhadap Islam. Kecenderungan ABIM memperjuangkan nilai-nilai Islam serta tindakan-tindakan Anwar yang lebih menekankan konsep keIslaman di dalam arena politik, beliau akan memilih PAS sebagai wadah perjuangannya. Keputusan untuk aktif dalam UMNO telah menghampakan beberapa orang pemimpin PAS dan rakan-rakannya di dalam ABIM. Menurut J.V. Morais, ahli-ahli syura ABIM terlalu berat untuk melepaskan Anwar untuk aktif di dalam UMNO.
Menjelang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda bagi penggal 1982/84, Datuk Suhaimi yang pada ketika itu sebagai Ketua Pemuda sudah dianggap tidak sesuai dengan corak pentadbiran Dr. Mahathir dan Timbalannya, Datuk Musa Hitam. Malah menurut Saidin Tamby, bekas Setiausaha Kerja Pemuda sejak zaman dari Datuk Harun Idris sehinggalah zaman Datuk Suhaimi, jika Pemuda tidak mengubah corak bertindaknya, Pergerakan itu akan tercicir kebelakang dan imejnya sebagai sayap kanan UMNO akan terjejas. Dalam situasi ini Pemuda perlu mencari seorang tokoh yang lebih dinamik untuk memastikan Pergerakan tersebut akan dapat bergerak dengan lebih cemerlang.
Antara tokoh-tokoh baru yang dirasakan sesuai mengambilalih jawatan tersebut ialah Datuk Rais Yatim dan Abdul Rahim Bakar. Seorang lagi calon yang dirasakan berkebolehan dan layak untuk memimpin Pemuda ialah Anwar Ibrahim.

Beliau popular di kalangan ahli-ahli UMNO kerana tindakannya yang lantang dan agresif semasa memimpin ABIM. Menurut laporan daripada akhbar Berita Harian, 17 Jun 1982, tiga bulan daripada tarikh pemilihan dibuat, Anwar telah mendapat pencalonan daripada enam buah bahagian Pemuda. Bahagian-bahagian tersebut ialah Ipoh, Jelutung, Kuala Selangor, Nibung Tebal, Temerloh dan Tanjung. Dalam kerancakan kempen-kempen menjelang pemilihan tersebut, Datuk Rais telah menarik diri daripada bertanding dan beliau telah menyatakan sokongannya kepada Anwar.

Melihat kepada keadaan di mana terdapatnya persaingan di antara Anwar dan Datuk Suhaimi untuk mendapat sokongan daripada bahagian-bahagian Pemuda, Hang Tuah Arshad yang juga merupakan salah seorang tokoh Pemuda telah menyatakan kesediaannya untuk bertanding.

Oleh yang demikian pertandingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda pada 9 September 1982 adalah merupakan pertandingan tiga penjuru di antara Anwar, Datuk Suhaimi dan Hang Tuah Arshad.
Dalam Kempen-kempen yang dijalankan, Anwar menegaskan tujuan beliau menerima pencalonan untuk bertanding adalah untuk membawa perubahan sama ada dalam parti mahupun perjuangannya. Perubahan yang beliau maksudkan ialah dari segi penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, kecekapan pentadbiran, isu-isu Islam yang lebih tegas dan jelas, pembelaan nasib bangsa Melayu dan tiada tolak ansur dalam membenteras rasuah. Beliau telah bertungkus-lumus untuk menentukan kejayaannya dan telah menjelajah ke seluruh negara dan menemui lebih kurang 70 bahagian Pemuda untuk menyatakan pendiriannya. Semasa berkempen beliau telah menasihatkan penyokong-penyokongnya supaya berkompromi dengan cara yang bersih dan jangan memburuk-burukkan serta mencemarkan keperibadian lawan mereka. Slogan yang beliau gunakan semasa berkempen ialah Undi Untuk Perubahan dengan tema Era Baru yang menekankan soal bersih.

Bagi Datuk Suhaimi pula, tujuan beliau bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda yang disandangnya ialah untuk menawarkan khidmat kepada Pemuda. Untuk mengimbangi Anwar yang menonjolkan ciri-ciri keislaman dalam usaha memimpin Pemuda, Datuk Suhaimi juga telah menyatakan akan mempergiatkan usaha-usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Datuk Suhaimi mempunyai kelebihan semasa berkempen kerana ketika itu beliau sedang memegang jawatan Ketua Pemuda; maka beliau lebih mudah untuk berjumpa dengan ahli-ahli Pemuda sebelum persidangan diadakan. Hang Tuah Arshad pula menyatakan tujuan beliau bertanding adalah untuk membawa kepimpinan yang berkecuali, sama ada dari organisasi belia ataupun lain-lain pertubuhan. Kenyataan ini beliau buat kerana antara Datuk Suhaimi dan Anwar, masing-masing mewakili ABIM dan persatuan-persatuan belia.
Di dalam persidangan Pemuda yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada September 1982, Anwar telah berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda. Beliau telah mendapat 183 undi mengalahkan Datuk Suhaimi yang mendapat 173 undi dan Hang Tuah Arshad hanya berjaya mendapat tiga undi sahaja. Kelebihan sepuluh undi yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim daripada Datuk Suhaimi menunjukkan beliau belum mendapat sokongan yang padu dari anggota-anggota Pemuda. Bagaimanapun kemenangan beliau ini telah mengkagumkan ahli-ahli UMNO. Ini memandangkan beliau baru lebih kurang enam bulan (Mac – September) aktif di dalam UMNO. Untuk jawatan Naib Ketua, Datuk Najib Tun Abdul Razak telah memenanginya tanpa bertanding.

Dengan kemenangan tipis yang diperolehinya, Anwar telah mengorak langkah untuk mengkotakan janji-janji yang dibuatnya sehari sebelum pertandingan itu. Beliau berjanji akan membawa perubahan dalam Pemuda terutamanya dalam perjuangan dan pentadbiran tersebut. Beliau telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam Pemuda dan menjadikan Pergerakan itu lebih dinamik selaras dengan dasar UMNO dan kerajaan. Sehari selepas kemenangannya, beliau telah memberikan jaminannya sekali lagi bahawa Pemuda akan menerapkan nilai-nilai Islam dengan cara yang berkesan dan akan menjalinkan persefahaman dengan anggota-anggota BN.

Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam terhadap perjuangan dan cara bekerja, Pemuda di bawah kepimpinannya telah mempergiatkan usaha-usaha meningkatkan program-program berbentuk keislaman serta memberikan penerangan seluas mungkin kepada masyarakat Islam dan bukan Islam melalui proses pendidikan yang berterusan. Menurut beliau, walaupun penerapan nilai-nilai Islam merupakan salah satu soal pokok yang akan dilakukan oleh Pemuda tetapi ianya tidak akan mencapai matlamatnya jika tidak ada ketahanan jiwa, aqidah dan kekuatan semangat di kalangan ahli-ahli Pemuda. Untuk itu, Pemuda telah menubuhkan Biro Dakwah untuk melicinkan perlaksanaan program-program tersebut. Biro ini telah dipengerusikan oleh Haji Awang Jabar dan ahli-ahli jawatankuasanya adalah terdiri daripada wakil-wakil Biro Dakwah Pemuda dari setiap negeri.

Antara kegiatan-kegiatan yang dijalankan melalui biro ini ialah ijtimak kepimpinan dan dakwah peringkat negeri dan kebangsaan, seminar dan penerbitan jurnal dakwah. Jurnal Dakwah yang diterbitkan pada bulan Ogos 1983 adalah merupakan satu-satunya jurnal yang diterbitkan oleh Pemuda sejak ianya ditubuhkan.
Anwar tidak mengalami sebarang masalah besar untuk menggerakkan Pemuda yang dipimpinnya dalam usaha untuk menyerapkan nilai-nilai Islam. Ini kerana sebelum menjadi Ketua Pemuda beliau telah pun terlibat dalam gerakan-gerakan Islam seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam (PKPIM), Perhimpunan Belia Islam Se Dunia (WAMY) dan ABIM. Sewaktu memimpin ABIM beliau sering memberi ceramah kepada belia-belia Islam sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Sebagai seorang pemimpin gerakan Islam, beliau juga sering bertemu dengan pemimpin-pemimpin Islam dunia seperti Presiden Ghadaffi dari Libya dan Pemimpin Iran Ayatollah Khomeini. Beliau juga pernah mendapat jemputan khas daripada kerajaan Islam Iran.

Usaha-usaha Anwar untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbirannya tidak menghadapi masalah kerana usaha ini adalah selari dengan hasrat dan cita-cita Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Dr Mahathir mengambilalih teraju pemerintahan negara, soal penerapan nilai-nilai Islam juga telah diberikan penekanan yang serius oleh beliau. Beliau telah melancarkan dasar tersebut di dalam pentadbirannya. Oleh itu, usaha yang dilakukan oleh Anwar adalah merupakan pengisian terhadap dasar yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri itu.

Kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan kerajaan telah banyak membantu pihak kerajaan menjayakan dasar tersebut. Bahkan dalam merealisasikan penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa, tanggungjawab ini telah diberikan kepada beliau. Kejayaan kepada penubuhan kedua-dua institusi tersebut merupakan satu bukti bahawa usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran merupakan satu usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan.

Penekanan terhadap nilai-nilai yang murni ini juga diketengahkan oleh Anwar dalam pentadbiran serta cara bertindak Pemuda telah berjaya melahirkan serta mengenengahkan pemimpin-pemimpin pelapis yang lebih cenderung kepada konsep dan cara bekerja Islam.

Perkara ini merupakan satu kejayaan yang besar kerana gelombang kebangkitan serta kesedaran terhadap Islam yang berlaku di dalam negara memaksa pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui pimpinan parti dan negara mestilah seorang yang mempunyai pegangan Islam yang teguh dan mendalam.
Faktor Islam di dalam politik Malaysia merupakan satu faktor yang dapat menyatupadukan penduduk terutamanya orang-orang Melayu.

Selain daripada ketokohan, pengetahuan serta pengalaman yang ada pada Anwar, faktor kebangkitan Islam di dalam negara, merupakan salah satu faktor yang telah membantu beliau dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam Pemuda. Gaya serta pendekatan beliau telah mula diterima oleh anggota-anggota Pemuda. Ini dapat dibukti apabila beliau dapat mengekalkan jawatannya untuk penggal 1984/86 dengan mengalahkan Datuk Suhaimi dengan majoriti yang lebih besar daripada pemilihan tahun 1982.

Generasi Penggerak Zaman
Di bawah kepemimpinan Anwar, Pergerakan Pemuda telah memberikan keutamaan kepada semangat perjuangan meliputi kekuatan daya tahan, imam, kemurnian jiwa dan peningkatan akhlak dalam kegiatan-kegiatan yang dijalankannya. Corak serta gaya bertindak Pemuda dalam era ini lebih mirip kepada gaya bertindak Senu Abdul Rahman dan Sardon Jubir yang lebih menyokong serta mendukung segala dasar-dasar parti dan kerajaan. Keadaan ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Pemuda di dalam era Anwar yang menjadikan perjuangan serta dasar Pemuda selari dan selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh parti dan kerajaan.

Anwar tidak menjadikan Pemuda sebagai Pressure Group kerana ketika itu para pemimpin UMNO mempunyai sikap yang terbuka dan sedia mendengar teguran serta pandangan daripada anggota-anggota Pemuda UMNO. Segala teguran-teguran boleh dibuat melalui perjumpaan-perjumpaan dengan pucuk pimpinan parti. Oleh itu tidak ada sebab mengapa Pemuda perlu membuat kenyataan-kenyataan terbuka yang boleh menyinggung perasaan pemimpin parti dan akan mewujudkan konflik di antara Pemuda dengan badan induknya.

Pemuda dalam era ini lebih menumpukan kepada perlaksanaan tanggungjawab untuk meninggikan moral rakyat serta usaha-usaha mempertahankan maruah bangsa dan negara. Menurut Anwar kejayaan Pemuda ketika ini tidak diukur daripada kelantangan bersuara tetapi ianya terletak pada kebijaksanaan akal serta bertindak untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan dan memastikan agar jaminan serta dasar yang dijanjikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Malahan Anwar secara terbuka telah menyatakan pendirian Pemuda dan dirinya apabila terdapat suara-suara sumbang yang menyatakan Pemuda dalam era ini sudah kehilangan bisanya.

Menurut beliau;
“…..Jangan minta saya serang Presiden parti kerana saya merasakan perjuangan Pemuda UMNO mesti seiring dengan pucuk pimpinan dan jika ada sebarang teguran, ia hendaklah dibuat mengikut saluran tertentu sama ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri atau Majlis Tertinggi…”

Walaupun Pemuda di bawah kepimpinan Anwar sentiasa mendukung serta bertindak selari dengan badan induknya, ini tidak bermakna Pemuda mengiakan sahaja apa yang berlaku. Dalam hal-hal rasuah, keangkuhan dalam kuasa, kemiskinan masyarakat, kebebasan bersuara dan soal perpaduan sering mendapat perhatian dan teguran daripadanya. Segala teguran-teguran dan cadangan daripada Pemuda akan diselesaikan melalui perjumpaan-perjumpaan dan perbincangan dengan badan induknya dan kerajaan. Kadangkala dialog serta perbincangan yang diadakan itu telah menimbulkan suasana yang tegang tetapi ianya akan kembali reda setelah satu-satu keputusan diambil.
Pada pertengahan tahun-tahun 80an, Pemuda telah menjadikan soal membasmi kemiskinan sebagai dasar utama perjuangannya.

Mengikut angka-angka hasil penyelidikan Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU), Jabatan Perdana Menteri, kadar kemiskinan bagi tahun 1982 ialah 42.8 peratus. Mereka ini adalah terdiri daripada para petani, nelayan dan pekebun kecil. Kajian ini juga menunjukkan duapuluh daerah yang paling miskin di Semenanjung ialah kawasan-kawasan desa yang didiami oleh orang-orang Melayu. Sebagai langkah awal Pemuda telah mewujudkan Biro Khas Kemiskinan pada bulan Julai 1983. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan sendiri oleh beliau. Tujuan utama jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan memerangi kemiskinan selaras dengan matlamat DEB.

Melalui Jawatankuasa Khas Kemiskinan ini satu Bengkel Kemiskinan dan Peranan Pemuda telah diadakan di kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, dari 16 – 18 Disember 1983. Bengkel ini telah dihadiri oleh 280 orang peserta yang mewakili 76 bahagian Pemuda. Hasil daripada bengkel ini, satu ketetapan diambil untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Kemiskinan di setiap bahagian Pergerakan Pemuda. Satu perjumpaan dan perbincangan telah diadakan dengan badan-badan kerajaan yang terlibat dengan masalah kemiskinan seperti SERU, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kesihatan. Setiap saranan serta teguran telah dibuat di dalam perjumpaan-perjumpaan tersebut.

Berlandaskan resolusi bengkel tersebut Pemuda telah memilih dua buah kampung sebagai kampung angkat kepada rancangan itu. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Tengkek, Ulu Jempol, Kuala Pilah dan Kampung Air Deras, Sungai Manik, Perak. Segala pengurusan mengenai kampung angkat ini adalah dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Khas Kemiskinan. Segala bantuan dan keperluan yang dikehendaki telah diberikan.

Untuk melicinkan perjalanan Jawatankuasa Khas Kemiskinan tersebut, pada 1 Mei, 1984, Yayasan Gerak Bakti yang bertindak sebagai dana kepada Jawatankuasa tersebut telah dibentuk. Wang yang diperolehi daripada yayasan ini akan digunakan oleh ahli jawatankuasa ini melakukan program-program kajian dan penyelidikan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk miskin di negara ini. Program-program serta usaha-usaha yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini telah berjaya mendekatkan lagi Pemuda dengan penduduk desa yang rata-rata memerlukan bantuan untuk meningkatkan pendapatan serta memperbaiki kehidupan mereka.

Perjuangan untuk membasmi kemiskinan ini bukanlah satu yang baru kerana sejak dari zaman Datuk Harun lagi, Pemuda telah membangkitkan soal ini tetapi pendekatan yang digunakan oleh mereka di dalam era Anwar ini sahaja yang berbeza.
Semasa memperjuangkan soal-soal ekonomi orang-orang Melayu, Datuk Harun lebih banyak menumpukan kepada perkara-perkara mengenai penglibatan mereka dalam bidang perniagaan dan iktisas. Manakala di bawah kepemimpinan Anwar pula perhatian Pemuda lebih ditumpukan kepada peningkatan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu di kawasan luar bandar yang rata-rata merupakan golongan petani, nelayan dan pekebun kecil. Soal Kemiskinan ini juga merupakan soal dasar yang diperjuangkan oleh Pemuda dan ianya menjadi pengukur kepada kemampuan dan kejayaan Generasi Penggerak Zaman di bawah kepimpinan Anwar.

Sikap berkompromi dan bekerjasama Pemuda dengan pucuk pimpinan parti yang dijalankan di dalam era ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan peranannya untuk membenteras gejala rasuah dan politik wang yang melanda UMNO pada pertengahan tahun-tahun 1980an. Pada Perhimpunan Agung ke 34 pada 26 September 1985, Anwar telah mendedahkan bahawa terdapatnya tokoh-tokoh politik di dalam UMNO yang membeli undi, menipu, mengugut dan hidup berpura-pura. Mereka telah menggunakan jentera kerajaan untuk memelihara kepentingan sukuan dan sanggup melakukan kegiatan rasuah untuk memastikan kemenangan mereka.

Untuk ini Pemuda menyeru pihak kerajaan melalui Badan Pencegah Rasuah menjalankan siasatan terhadap mereka yang terbabit dalam melakukan perkara tersebut. Menurut Anwar, tindakan haruslah diambil ke atas mereka sama ada mereka pemimpin politik, pegawai kerajaan, pengusaha ataupun orang-orang tertentu yang memegang teraju kerajaan. Beliau dan Pemuda telah berusaha untuk menyingkirkan pengaruh golongan tersebut kerana jika dibiarkan ianya akan menghancurkan parti.
Pemuda juga melalui Ketuanya, Anwar telah memberikan perhatian kepada kegiatan pembaziran yang dilakukan oleh pihak kerajaan terutama kerajaan-kerajaan negeri.

Perang menentang projek-projek mewah dan membazir telah diumumkan oleh Anwar semasa beliau mengadakan Mesyuarat Kerja Pemuda pada 27 Mei 1985. Menurut Pemuda, kerajaan-kerajaan negeri telah menjalankan projek-projek mewah yang kurang memberi keuntungan kepada rakyat. Anwar telah membuat teguran-teguran terbuka kepada pihak berkenaan agar tidak menjalankan satu-satu projek yang hanya menguntungkan golongan tertentu semata-mata.

Teguran terbuka oleh Anwar terhadap kerajaan-kerajaan negeri ini telah mendapat reaksi daripada Menteri-menteri Besar di semua negeri. Mereka mendakwa projek-projek mewah seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda itu tidak pernah wujud di negeri-negeri mereka. Walaupun teguran yang dilakukan itu telah dinafikan oleh semua Menteri-menteri Besar, tetapi melalui teguran tersebut Pemuda telah menyedarkan kerajaan-kerajaan negeri agar lebih mementingkan projek-projek yang dapat menguntungkan rakyat dan bukan hanya menguntungkan segelintir rakyat sahaja.

Dalam menangani soal-soal antarabangsa, Pemuda di bawah kepimpinan Anwar telah menubuhkan Biro Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa. Melalui biro ini Pemuda telah mengadakan program lawatan ke negara-negara jiran, negara-negara Islam dan lain-lainnya. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membantu pihak kerajaan mengeratkan hubungan dengan negara-negara luar. Ianya juga dapat memberikan pendedahan kepada anggota-anggota terhadap isu-isu antarabangsa.

Beberapa siri lawatan ke luar negara telah diadakan. Antaranya lawatan ke Indonesia pada 20 hingga 30 Oktober 1983. Lawatan ini telah diketuai sendiri oleh Anwar di samping Exco-exco Pemuda yang lain. Selain daripada perbincangan-perbincangan yang telah diadakan termasuk perbincangan dengan Presiden Suharto, beberapa persetujuan dan kerjasama telah pun dicapai untuk merapatkan hubungan melalui aktiviti sukan, kebudayaan dan pertukaran belia.

Manakala dalam lawatan ke Libya yang dilakukan dari 19 hingga 23 Januari 1984, beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah bantuan dan kerjasama kerajaan Libya terhadap Pembangunan Islam di Malaysia, pembinaan Universiti Islam Antarabangsa, pembinaan pusat dakwah, pertukaran belia-belia dan lain-lain kerjasama antara kedua-dua negara. Pemuda juga telah menerima kunjungan-kunjungan daripada Christian Democratic Union (Youth), Jerman Barat; Liberal Democratic Party (Youth), Japan dan rombongan Dr Abdul Ghafur, Menteri Negara Pemuda dan Olahraga Indonesia. Perbincangan-perbincangan serta kerjasama di antara kedua-dua negara telah dilakukan.
Pemuda di bawah kepimpinan Anwar juga sering menghantar ahli-ahlinya menyertai seminar serta forum-forum antarabangsa di luar negara. Antaranya ialah seminar penyatuan rakyat Korea yang diadakan di Tokyo. Seminar ini telah diwakili oleh Mohd. Nazri Tan Sri Abdul Aziz Yeop.

Selain daripada itu, Pemuda juga telah menghantar saudara Nazri dan saudara Abu Bakar Dewa untuk menyertai seminar mengenai dunia ketiga yang telah diadakan di Prague. Bagi membantu perjuangan Rakyat Palestin dan Mujahiddin Afghanistan pula Pemuda telah mengadakan tabung kutipan derma untuk disalurkan kepada perjuangan mereka. Melalui kegiatan-kegiatan antarabangsa yang disertai oleh Pemuda dalam era ini, mereka telah berjaya memperkenalkan Pergerakan tersebut kepada dunia luar, di samping pendedahan-pendedahan yang diperolehi oleh anggota-anggota Pemuda.

Satu lagi kejayaan besar yang dicapai oleh Pergerakan Pemuda dalam era ini ialah kejayaannya mengadakan hubungan yang baik dengan pemuda-pemuda Barisan Nasional. Hasil daripada kerjasama ini, satu Jawatankuasa Tertnggi Pemuda Barisan Nasional telah dibentuk dengan Anwar sebagai Pengerusinya. Kerjasama serta semangat perpaduan yang terjalin ditunjukkan semasa berlakunya rapat umum anti Russia yang diadakan di Kuala Lumpur dan semua negeri di Malaysia. Rapat umum yang dilakukan adalah reaksi daripada amaran terbuka yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar Soviet Union iaitu Mikhail Kapitsa di Singapura. Dalam kenyataan terbukanya, beliau telah memberi amaran agar negara-negara Asean menamatkan konfrontasi terhadap negara Vietnam dan sekiranya negara-negara Asean tidak berbuat demikian negara-negara Asean akan menghadapi kemusnahan melalui tindakbalas daripada Vietnam dan sekutu-sekutunya.

Amaran yang dilakukan oleh Mikhail Kapitsa ini telah mencabar negara-negara Asean termasuk Malaysia dan ianya dirasakan boleh menjejaskan keutuhan hubungan di antara negara-negara Asean. Sebagai membantah terhadap apa yang diperkatakan oleh pemimpin Soviet itu, maka pada 16 April 1983, Pemuda Barisan Nasional telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Anwar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Duta Besar Soviet di kedutaannya. Anggota-anggota lain rombongan itu adalah terdiri daripada Datuk Lee Kim Sai (Pemuda MCA), Haji Lampong Yahya (Pemuda Berjaya), Muthupalianiapan (Pemuda MIC), Dr Koh Tsu Koon (Pemuda Gerakan) dan beberapa orang exco-exco Pemuda Barisan Nasioanl.

Barisan pemuda-pemuda komponen Barisan Nasional juga telah mengadakan satu majlis sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke 29 pada 6 September 1986 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Majlis ini telah dihadiri oleh Pemuda-pemuda Barisan Nasional dari seluruh negara. Kerjasama serta semangat perpaduan yang tinggi yang telah ditunjukkan itu telah membantu pemuda-pemuda Barisan Nasional mengadakan perbincangan-perbincangan apabila berlakunya perselisihan pendapat di antara parti-parti komponen.

Yang nyata, Pemuda di bawah era Anwar telah menunjukkan kematangan, terutama dalam perjuangannya serta corak bertindak yang dilakukan terhadap satu-satu isu yang timbul. Tiada lagi kritikan-kritikan terbuka yang dilakukan terhadap isu-isu yang timbul.

Keadaan ini bukan bererti Pemuda sudah kehilangan bisa atau kurang berperanan tetapi segala masalah yang wujud telah dapat diselesaikan dengan cara yang baik bersesuaian dengan kematangan yang berlaku terhadap Pergerakan ini. Penyelesaian masalah yang dilakukan dengan cara diplomasi itu telah dapat mengurangkan ketegangan di antara Pemuda dengan badan induknya.

Kurangnya ketegangan yang timbul di antara parti induk dengan sayap kanannya telah membantu UMNO menumpukan perhatian terhadap kemajuan serta kekuatan parti. Pemuda pula dapat menumpukan kegiatan mereka untuk membantu parti dan kerajaan membasmi kemiskinan serta menaikkan lagi taraf kehidupan orang-orang Melayu terutamanya di desa-desa.

Semasa Anwar mengambilalih teraju kepimpinan Pemuda, negara sedang mengalami kepesatan pembangunan dan ini telah membuatkan Pemuda terpaksa melakukan banyak kerja. Oleh itu, di awal kepemimpinannya beliau telah menggariskan perjuangannya untuk mengembalikan maruah bangsa, meningkatkan taraf hidup orang Melayu, meningkatkan kesungguhan bekerja dan mengemblengkan tenaga muda ke arah mencapai cita-cita negara.

Cabaran Serta Rintangan Pemuda Era Anwar Ibrahim

Kelembapan ekonomi negara akibat kemelesetan ekonomi dunia telah menjejaskan usaha penyusunan semula masyarakat melalui DEB.

Keadaan ini telah menunjukkan bahawa matlamat kerajaan untuk meletakkan Bumiputera memegang sekurang-kurangnya 30 peratus kegiatan ekonomi negara tidak akan tercapai. Kesan daripada kelembapan ekonomi ini juga telah menyebabkan penyusunan semula guna tenaga turut terencat, malahan ianya telah memburukkan lagi keadaan.

Pada tahun 1985, pengangguran di kalangan Bumiputera ialah 8.7 peratus berbanding dengan Cina 5.5 peratus dan India 8.4 peratus.
Berdasarkan kepada pencapaian DEB sehingga 1986 jelas menunjukkan matlamatnya tidak akan tercapai apabila tempohnya tamat pada 1990. Oleh itu Pemuda telah mengambil ketetapan mendesak agar semangat serta falsafah DEB dilanjutkan sesudah tahun 1990 bagi meneruskan perjuangan membela nasib golongan miskin serta menyusun semula masyarakat Malaysia.

Pemuda di akhir kepimpinan Anwar telah menghadapi masalah krisis kepemimpinan di peringkat pucuk pimpinan UMNO.

Pada 16 Mac 1986, UMNO telah mengalami kejutan besar apabila Datuk Musa Hitam, selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri telah meletakkan semua jawatannya di dalam parti dan kerajaan.

Kesan daripada tindakan Datuk Musa itu, menyebabkan UMNO berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menjadi penyokong kepada regu Dr Mahathir-Ghafar Baba dan regu Tengku Razaleigh-Musa Hitam.
Perpecahan yang berlaku di dalam UMNO itu telah mempengaruhi Pergerakan Pemuda.

Krisis yang berlaku dalam badan induknya itu telah menyebabkan Pemuda berada didalam dilema. Anggota-anggota Pemuda telah berbelah bagi ketika itu, sama ada menyokong perletakan jawatan Datuk Musa atau berusaha mnegusahakan supaya Datuk Musa kembali memegang jawatannya. Anwar secara terang-terang telah menyatakan sokongannya kepada Dr. Mahathir.

Lanjutan daripada krisis yang berlaku itu, di dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda bagi penggal 1986/88, Anwar telah ditentang oleh seorang calon yang dikatakan mewakili regu Tengku Razaleigh-Musa Hitam iaitu Syed Hamid Syed Jaafar Albar. Akan tetapi menurut Syed Hamid, faktor yang menyebabkan beliau bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda adalah kerana beliau telah mendapat pencalonan yang banyak daripada Pemuda UMNO. Dalam pertandingan tersebut, Anwar Ibrahim telah berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda dengan mengalahkan Syed Hamid Albar dengan kelebihan 194 undi.

Kemenangan Anwar mengekalkan jawatan Ketua Pemuda yang disandangnya menunjukkan beliau telah berjaya meyakinkan anggota-anggota Pemuda terhadap kepimpinannya di dalam Pergerakan tersebut. Malahan semasa kempen-kempen sebelum Persidangan Pemuda itu diadakan, beliau telah mendapat sokongan daripada hampir keseluruhan bahagian Pemuda. Bahagian-bahagian Pemuda itu mengharapkan agar Anwar terus memegang jawatan Ketua Pemuda.

Ketua-ketua Pemuda Kedah, Perlis dan Pulau Pinang semasa menyatakan sokongannya kepada Anwar telah menegaskan bahawa Anwar telah berjaya mewujudkan suasana mesra di kalangan anggota-anggota Pemuda. Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Dr Sulaiman Mohamad, menyatakan Anwar telah berjaya membawa satu perubahan besar terutama dalam menerapkan nilai-nilai Islam sejajar dengan perjuangan Pergerakan Pemuda serta telah berjaya menanamkan semangat nasionalisma dan ketahanan Melayu di jiwa anggota-anggota Pemuda.

Kepimpinan Anwar di dalam Pergerakan Pemuda berakhir apabila beliau meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda dan bertanding untuk jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada 24 April 1987. Keputusannya bertanding jawatan tersebut adalah kerana beliau merasakan pengaruhnya di dalam UMNO telahpun kukuh jika dibandingkan semasa beliau menerima pencalonan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda mula-mula dahulu. Semasa ucapan terakhirnya di dalam Persidangan Agung Pemuda pada 23 April 1987, beliau telah menegaskan kepada anggota-anggota Pemuda tujuan beliau bertanding jawatan Naib Presiden.

Menurut beliau:
“…Keputusan yang saya ambil ini (iaitu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO) dibuat memandangkan rakan seangkatan dengan saya telahpun menganggotai badan induk UMNO dan di sini saya fikir sudah sampai masanya saya mengikuti jejak langkah mereka…”

Selama lima tahun memimpin Pergerakan Pemuda Anwar telah berjaya membawa perubahan kepada pergerakan itu dengan menonjolkan ciri-ciri keislaman dan menjadikan perjuangan Pemuda selari dengan perjuangan badan induknya.

Kesimpulan

Kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan seterusnya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan beberapa orang pemimpin UMNO. Walau bagaimanapun setelah memimpin Pemuda lebih dari dua penggal dan berjaya menjadikan Pergerakan tersebut sebuah Pergerakan yang disegani, akhirnya Anwar Ibrahim telah diterima oleh anggota-anggota Pemuda dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Dalam era ini satu perkembangan baru dapat dilihat iaitu peranan Islam telah diserapkan dalam tindakan-tindakan Pergerakan Pemuda. Program-program seperti membasmi kemiskinan, membenteras rasuah, politik wang, pembaziran dan sebagainya yang dijalankan sepanjang era ini adalah berlandaskan penerapan nilai-nilai Islam. Ketokohan yang ada pada Anwar Ibrahim telah berjaya menaikkan semula imej Pemuda di mata masyarakat setelah sering dipertikaikan peranannya di akhir kepimpinan Datuk Suhaimi Kamaruddin.

Anwar juga telah berjaya membuktikan bahawa tanpa bertindak secara lantang dan melakukan kritikan-kritikan secara terbuka, Pergerakan Pemuda masih dapat menjalankan peranannya dengan berjaya.