Lebih baik mata itu buta, jika tidak menghargai keindahan Allah. Lebih baik lidah itu bisu, jika tidak menyebut nama Allah. Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar ayat ayat Allah. Lebih baik anggota badan itu mati, jika tidak melakukan suruhan Allah. Kalau matahari memancar cahayanya siang hari sahaja, maka Nur(cahaya) Allah itu sentiasa cerah siang dan malam. Sebaik-baik manusia ialah apabila ia redha menerima bala dan Allah Taala menetapkan Imannya
Sabtu, 28 Julai 2012
Azhar Idrus Dari Rockers Menjadi Ustaz
Penghijrahan yang beliau pilih telah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz azahar adakan, pasti penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti- aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.
Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life.
Jadikan Islam cara hidup kita!
Jangan bertangguh lagi!
*Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda dahulu.:-).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan