Jumaat, 15 Jun 2012

Najib Mahu Pak Lah Bersara

Pak Lah tidak memberi apa-apa kenyataan bahawa dia akan bertanding untuk kerusi parlimen Kepala Batas yang dipegangnya sejak tahun 1978. Namun demikian, media Umno telah sibuk menspekulasi siapakah yang akan diumum untuk menggantikan tempatnya.

“Ini memang cara Umno memukul beduknya. Sekalipun Pak Lah mahu bersara, dialah yang akan mencari orang yang sesuai untuk kerusi kuatnya itu. Kita tidak membina kubu kuat seperti itu lantas melepaskannya begitu sahaja. Jika dia mahu, Kepala Batas akan diwariskan kepada Khairy- itu yang pasti,” kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Dia merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang berada dalam tekanan di kawasannya sendiri iaitu Rembau dan berkemungkinan juga, Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin dari PKR akan mengalahkannya untuk kerusi Negeri Sembilan itu.