Selasa, 30 April 2013

VIDEO INSIDE:- PENGAMPU!!! BUDAYA AMPU-MENGAMPU BN SEHINGGA MENJADI IRAMA....



SAMPAI TAHAP MACAM NI LAH KALAU NAK JADI CALON DALAM BARISAN NAZIONAL... KESIAN KT TENGOK DEME NI.....

APABILA SEORANG BEKAS YB BENGAP BERTEMU RAKYAT CERDIK....


Terbukti Hamidah yang tengin itu benar-benar tengin berganda.Tengin berganda tu bolehlah disama ertikan sebagai bebal yang melampau!

Kenapa aku kata macam tu? Sebab dia naik hangin kat aku pasal apa? Dia arahkan blogger bengapnya aka tukang jilatnya si Sahak bekas askar tu  menghentam aku pasal apa? 

Blogger Bengap @Tukang jilat bontot Hamidah

Aku bukan bertanding lawan dia di DUN N43 Sungai Rapat ini. Yang lawan dia,( biar aku bagi tahu dia supaya cerdik sedikit) ialah Ust Radhi Zainon dan bukan al-Husseyn! Itu pun nak kena bagi tahu ke? Kah! kah!

Beginilah jadinya apabila si Bebal dan si Bengap berhadapan dengan lawannya yang lebih cerdik! Macam mana Hamidah yang bebal melampau itu nak jadi wakil rakyat kalau aku dia anggap sebagai saingannya?

Ada orang bagi tahu aku, sebenarnya Hamidah tu tidak ada isu nak digunakannya terhadap lawan sebenarnya, Ust Radzi Zainon yang kelihatan lebih berketerampilan dan berwibawa.



Aku nak nasihatkan kepada Hamidah yang bebal melampau itu supaya banyak-banyak bersabar.Janganlah kerana suaminya berkahwin dengan anak dara tua, maka dia halakan kemarahannya kepada aku pula....berundinglah dengan baik dengan madu kau yang jauh lebih muda itu.

Sedarlah diri, bahawa kau tu dah semakin tua dan kendur tak bergetah macam muda-muda dulu.Tak guna kamu gunakan gambar 10 tahun dahulu untuk poster calon 2013.



    vs  

(DI POST OLEH BLOGGER AL-HUSSEYN)

TERKENA!!! YB MIDAH BAKAL BERHADAPAN HUKUMAN RAKYAT!!!

Hari ni ada ceramah nak diadakan di rumah blogger tegar umno sekupang dua. speaker dan sound sistem pun tak berpasang. Kesian tengok ceramah Midah di Pengkalan Pegoh tak dapat sambutan. Pengundi pengkalan pegoh dah menyampah dengan midah. Ketua cawangan umno pengkalan pegoh sendiri pulaukan ceramah yang diadakan di rumah penyokong tegar blogger sekupang dua.... INI BERMAKNA AHLI UMNO BAHAGIAN GOPENG & RAKYAT DI DALAM DUN SUNGAI RAPAT TIDAK MAHUKAN PERASUAH INI LAGI DIDALAM SIDANG DUN NEGERI PERAK... TAKBIR!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!!

PARAH!!!!!! UMNO BAKAL TERKUBUR!!!!!


Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.


Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

(Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya)

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

(Lim Kit Siang di Gelang Patah)

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.

Ketua Wira Perkasa Abg Long Kongsi Gelap?????

Ahad baru ni teman pergi berjalan-jalan di satu kawasan tempat ABANG LONG ni bertapak.. Jadi teman saje-saje bertanya tanya org tentang asal usul ABANG LONG ni.... Tp x ramai yg kenal dia... Terasa kecewa juga teman.... Dah x der hasil teman pon beransur la dari kawasan tu....

teman dalam perjalan ke kereta teman ada orang panggil teman.... Mamat ni mengaku dia anak buah ABANG LONG tu.... Dia bagitau kat teman orang dekat kawasan ni byk yang tak suka dia sbb tu diaorang buat-buat tak kenal.... ABANG LONG ni seorang yang kaki KENCING orang sebab tu org2 kat kawasan ni banyak yang buat-buat tak kenal dia.... Tak sempat teman tanya lebih mamat tu terus pergi.... Seperti takut sangat bagai ada yang memerhati....

Takat tu je la yg dapat teman sampai kan.... Tapi tolong sabar insya'Allah esok teman akan dapatkan detail-detail yg lebih mendalam tentang ABANG LONG ni....MANA ASAL-USUL KETUA WIRA PERKASA ni.....


Tunggu yer.....



Isnin, 29 April 2013

[VIDEO] 15,000 Rakyat Sabah Sambut Anwar..APE DAH NAK JADI NGAN BARISAN NAZIONAL??


APE DAH NAK JADI NGAN BARISAN NAZIONAL??



Tawau 29 April: Sambutan luar biasa rakyat Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Tawau semalam sangat mencemaskan Umno Barisan Nasional.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Sabah dan Sarawak tidak mampu ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Beliau menyatakan demikian susulan lautan 20,000 rakyat membanjiri ceramah Anwar di Sarawak Jumaat lalu.

Bimbang dengan sokongan rakyat itu, Najib turut bergegas bertemu penduduk Sarawak keesokan harinya.

Bagaimanapun, usaha Najib untuk meyakinkan penduduk Malaysia Timur itu gagal apabila kedatangan Anwar ke Sabah disambut ribuan rakyat.

Dua jalan menghala ke pejabat KEADILAN Tawau, iaitu lokasi ceramah Anwar berlangsung, terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada 15,000 penyokong yang tidak putus-putus hadir mendengar amanat pemimpin negara paling popular ketika ini.> (Lihat kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)).

“Dengan sambutan kepada Pakatan Rakyat sebegini, Najib boleh kata; ‘Saya yakin Umno Barisan Nasional boleh menang’.

“Sebab RTM, TV3 tak akan siar semua ini. Memang tak boleh pakai…Bila (kita) boleh tengok semula RTM, TV3? 6 haribulan (Mei 2013), InsyaAllah…(lepas kita menang ke Putrajaya),” kata Anwar malam tadi, disambut sorakan gemuruh rakyat di Jalan Kuhara, Taman Gek Poh, Tawau.

Sementara itu, Pengarah Program Kempen Pilihan Raya KEADILAN Tawau, Thressia M Umar menyifatkan, kehadiran ribuan rakyat adalah kerana faktor populariti Anwar sendiri, selain gerak kerja jentera yang mula berkempen tiga hari selepas Anwar mengesahkan kehadirannya.

“Datuk Seri Anwar memang popular, Perdana Menteri Najib Razak datang pun jalan tak ditutup macam sekarang.

“Generasi muda terutama yang sudah mendengar ucapan dan ceramah beliau di tempat-tempat lain menerusi internet, tapi semuanya mahu mendengar dan melihat sendiri beliau berucap,” kata Thressia.

Anwar kemudiannya bergegas pulang ke Semenanjung pada jam 8 malam, untuk dua lagi siri ceramah di Setiawangsa dan Subang, malam tadi.

Sebelum itu, beliau menjelajah Gum-Gum, Sikom, Silam, Semporna dan Lahad Datu untuk menyampaikan amanat terakhir pilihan raya.

KEADILAN meletakkan Datuk Kong Hong Ming sebagai calon di Parlimen Tawau (P190).


JANGAN TUNGGU-TUNGGU NANTI MELEPAS!!!!! PELUANG MUNGKIN SEKALI INI SAHAJA....

INI KALILAH... UBAH!!!!!! 

UMNO YANG MAKSUM, NAJIB YANG MUKHLISIN???

Ada pepatah Inggeris bermaksud " orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain.Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina.

Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.Lagi senang nak jawab.PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi.Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!

Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino.Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ.Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China.Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO.

Penulis berkeyakinan  Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau.Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai.

Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala.Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam.Lihat senarai berikut:

1.Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud .
2.Luluskan dan kembangkan industri judi
3.Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ.
4.Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion
5.Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya
6.Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim
7.Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur
8.Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar
9.Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras
10.Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion

Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan.Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib.Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa?

Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya  kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat..Apa buktinya?

Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang.Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya.Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram.Itulah punca taubat sukar terjadi.Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin.

Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.






Video Inside!! BN RAJA PROVOKASI??

Video Inside!! Pemuda MIC/BN Dalam Keadaan Mabuk Beri Ceramah Janji Di Tepati Barisan Nasional Kini Tersebar! | Era Pasca

BENARKAH CALON DUN SG. RAPAT ADA PENDINDING???



IPOH: PAS Perak mempersoalkan adakah Dato’ Hamidah Osman kebal daripada sebarang tindakan daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, sehingga hari ini bekas Exco Kerajaan Negeri Perak tidak disabitkan sebarang tindakan walaupun pelbagai insiden yang dilakukan olehnya sebelum ini.

Katanya, pihak Hamidah sering mengganggu ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat dengan mengadakan program bersebelahannya sehingga menyebabkan kacau bilau dan huru-hara.

Jelasnya, walaupun pihak Hamidah tidak mempunyai permit namun tindakan mereka direstui tanpa sebarang sekatan oleh pihak Polis.

“Kami hairan tiada sebarang tindakan daripada pihak Polis walaupun beberapa kali membuat laporan,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Salman Saleh, Mohd Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menjelaskan, pihak Polis berada ditempat kejadian dan merekodkan apa yang berlaku namun sehingga hari ini Hamidah tidak didakwa.

Jelasnya, pihak Polis sepatutnya memanggil Calon BN Dun Sungai Rapat itu bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Baru-baru ini Hamidah didakwa menyerang Calon PKR parlimen Gopeng, Dr Lee Boo Chye dan kekecohan berlaku menyebabkan ada pihak polis yang berada di tempat kejadian turun dikasari.

“Pihak Polis ada di tempat kejadian, kenapa tiada tindakan selanjutnya? Soalnya lagi.

Tegasnya, PAS Perak mendesak pihak polis berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Adakah pihak Polis tidak mampu untuk mendakwa beliau (Hamidah) kerana ada kuasa lain lebih tinggi?

“Adakah Hamidah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang,” soal beliau lagi.

- PerakiteDaily

JANGAN TERPEDAYA DENGAN HASUTAN SYAITAN YANG DIREJAM.....


insya'ALLAH.... JANJI AKAN DIKOTAKAN..... JANGAN TERPEDAYA DENGAN HASUTAN SYAITAN YANG DIREJAM.....

Umno hancur: 60 Cawanagn Umno di Selangor Akan Dibubar?


Mohd Sayuti Omar
Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Selasa, 23 April 2013

Haram Jadah 1Malaysia- Haram Jadah 1Malaysia



Mat Taib Lebih Ikhlas Dari Hasan Akidah


ULASAN PERISTIWA                                                                                                   

Panjang lebar Hasan Ali alias Hasan Akidah mengulas dan memberi pandangan ke atas tindakan bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang menyertai PAS dua hari lalu. Hasan melahirkan nada kesal atas tindakan Mat Taib itu yang dianggapnya sebagai tidak tepat. Dalam masa sama katanya Mat Taib tersalah pilih wadah?

Seperti biasalah Hasan Akidah menggunakan bahasa dan pelek motivatornya untuk memberi gambaran dan menginsafkan Muhamad Taib. Hasan memancing dan menidur orang dengan simpulan-simpulan kata-kata bergandanya.

Antara katanya untuk menyedar dan agar Mat Taib berfikir semula, PAS kini bukan lagi PAS di zaman aruah Mohd Fadzil Noor, tetapi PAS yang tunduk kepada nakhoda bernama Anwar Ibrahim dan jurumudinya Karpal Singh, Lim Kit Siat dan Lim Guang Eng (DAP). Hasan cuba menjual PAS hari ini sudah tidak mempunyai roh Islam lagi.

Perbezaan itu, keadaan PAS katanya menyebabkan ciat-cita murni Mat Taib untuk perjuangkan Islam bersama PAS akan sia-sia sahaja.

Hasan juga menyifatkan penyertaan Mat Taib itu ke dalam Pas tidak menguntungkan PAS dan tidak juga merugikan Umno. Tetapi yang rugi ialah umat Islam kerana beliau (Mat Taib) yang dianggap hebat tidak boleh melakukan sesuatu untuk Islam kalau bersama PAS? Di sini Hasan cuba gumba Mat Taib. Saya turunkan sedikit tulisan Hasan;

PAS sekarang bukanlah PAS seperti dahulu yang telah berjaya menambat hati saya untuk menyertainya hampir 15 tahun yang lalu. PAS sekarang adalah PAS yang sedang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pengkalan asalnya. PAS sekarang sanggup mengikut apa sahaja kehendak rakan-rakan Pakatan Rakyat hatta “menjualkan” kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut-penganut bukan Islam.

Itulah pandangan Hasan. PAS kemaruk kuasa kononnya. Apakah beliau bukan sebahagian ahli PAS yang pernah kemaruk kuasa tiga atau empat tahun lalu? Hasan tidak boleh menafikan yang dia ada agenda besar dan nafsu besar untuk jadi MB.

Disebabkan beliau tidak mencapai cita-cita itulah maka beliau menuduh PAS kini macam anggur yang masam seperti mana dilakukan oleh serigala yang tangan dan kaki pendek mengatakan anggur masam apabila ia tidak dapat mengambil anggur dikatakan aggur itu masam. Jadi Hasan Akidah ini samalah jenisnya dengan serigala.

Nescaya kalau Hassan menjadi MB, dia akan kekal bersama PAS dan tidak akan membuat onar  untuk PAS memecatnya. Hasan tidak akan beranggapan PAS kini sudah berubah kalau dia masih bersama PAS dan mendapat manfaat menjadi MB. Tetapi kerana tidak, maka Hasan jadikan Hasan seperti hari nini yang berakidah.

Pertautan dan pertalian Hasan dengan orang Umno akhirnya menenggelamkan dirinya. Hasan mulaya ingin berkawan dengan orang Umno tetapi kerana kelemahan Hasan tanpa disedari pemimpin Umno berjaya menyututik dogma Umno - Melayu Islam dan sekluar, dan akhirnya Hasan melalikan Hasan  kemudian membuntuti Umno.

Hasan hanya bijak cakap tetapi dia seorang yang mudah cair dan tidak kukuh dalam pegangan politiknya. Hasan dalam dunia politik seperti pendekar sumbang, belum bukan langkah kaki sudah terbelit selempang.


Justeru Hasan merayu kepada Mat Taib supaya menyemak balik keputusan menyertai PAS. Katanya dan akui Hassan Umno lebih baik dan Islamik.  Katanya;

Dengan rendah diri saya hanya dapat mendoakan supaya percikan-percikan hidayah yang telah menembusi hati Tan Sri terus dibaja dan disuburkan. Bagi saya proses pembajaan dan penyuburan itu sukar dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang PAS merupakan salah satu parti komponennya. 

Sebaliknya dengan pimpinan Umno yang ada sekarang yang telah menunjukkan tanda-tanda membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk membawa Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara mungkin boleh dilihat sebagai opsyen yang lebih munasabah bagi Tan Sri untuk menghabiskan sisa-sia usia berjihad untuk terus mengahungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Waduh waduh...Hasan barang kali tidak kenal Mat Taib atau kenal tidak mengetahui lurah dan sejarah perjuangan. Mat Taib bukan kecil anak dalam Umno. Beliau sama taraf dengan Hasan dalam PAS, pernah menjadi Naib presiden Umno. Bahkan penglaman dan sejarah Mat Taib lebih 'kengkang'  beliau pernah menajdi ketua penerangan Umno Malaysia, MB, menteri kabinet dan senator.  Manakala Hassan setakat exco adat istiadat Melayu saja.

Hasan tidak perlu pesimis dan kesal atas apa yang dilakukan Muhammad Taib. Sebagai mana Hasan masuk PAS 15 tahun dulu, begitulah fikirna dan iltizam Mat Taib kepada PAS hari ini. Beliau tidak mempercayai kepada Umno yang sudah busuk sampai ke usus dan berikan peluang dia berjinak dan mengenali PAS. Masa dan keadaan akan menentukan nasib untung seseorang.

Hendaknya pemikiran dan langkah Mat Taib tidak songsang seperti Hasan, dia maju ke depan dalam lanskap politik PAS dan negara kini menyakinkan. Sebaliknya Hasan mundur ke belakang untuk menebas tebang semula semak samun dalam Umno yang telah ditinggalkan Mat Taib. Hassan cuba menanam benih baru dalam Umno dengan harap dia dapat melihat hasilnya.

Syabas dan tahniah kepada Mat Taib. Dan untuk Hasan menebas menebanglah bersama Mat. Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Maslan apa khabar, Felda sihat ke?  [*** kl. 11:25 am 23/04/13]