Ahad, 8 Julai 2012

Umno Bergolak

Umno kembali bergolak apabila ada kumpulan kumpulan tertentu cuba berkempen mempopularkan diri sendiri untuk persediaan kempen pemilihan parti. Kumpulan pro najib dilihat amat marah kerana sepatutnya kumpulan tersebut lebih menumpukan kepada pru akan berlangsung pada waktu yang terdekat ini. Menurut sumber itu lagi kumpulan itu cuba menggunakan kementerian mereka untuk berbelanja tanpa merujuk kepada kementerian kewangan. Beberapa projek yang diluluskan hampir hampir tergendala kerana terpaksa dihalakan kewangannya kepada projek yang telah dijanjikan oleh kumpulan itu kepada kempen mereka sewaktu turun padang.

Sumber itu berkata lagi mereka tidak akan mendiam diri sekiranya perbuatan melampau ini diteruskan. Mereka akan memastikan kumpulan itu akan tewas teruk pada pemilihan ummo yang akan datang yang berlaku pada tahun hadapan.