Jumaat, 28 September 2012

Asal Usul Raja, Ilmu adalah Raja yang sebenar

Untuk kesekian lamanya, manusia dikuasai oleh sekumpulan elit yang bergelar Raja atau Sultan. Untuk membezakan dua kumpulan manusia yang menguasai dan dikuasai ini, maka satu terma digunakan iaitu Raja dan rakyat. Raja adalah kumpulan yang berkuasa dan rakyat menjadi kumpulan yang dikuasai.

Raja bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa kerana ilmunya. Ilmu yang diikitiraf pada masa dulu ialah ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu ghaib. Sesiapa yang penuh dengan ilmu didada akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan ilmunya.

Maka berlakulah peperangan dan pertentangan diantara mereka yang berilmu ini, dan sesiapa yang mampu mengusai jin dan makhluk ghaib yang lain, maka dialah menjadi juara. Ganjaran daripada kemenangan ini ialah kuasa yang cukup luas untuk menguasai manusia.

Rakyat menjadi takut kepada Raja kerana kuasa yang dimiliki oleh Raja. Raja pula terus berusaha untuk memastikan dia terus berkuasa.

Maka dilantiklah beberapa orang untuk mengisi jawatan sebagai cop getah, hanya untuk mengiyakan apa yang dititahkan oleh Raja. Seorang Pawang Diraja dilantik yang kononnya untuk mengesahkan keturunan diraja. Pawang diraja juga sebenarnya bukanlah orang yang berkuasa atau tinggi ilmunya, tetapi hanyalah untuk menjadi orang suruhan diraja.

Penyimpan Mohor kemudian dilantik sebagai Menteri Penerangan dan satu "kabinet" dilantik yang diberikan gelaran Raja Bergelar. Undang-Undang Tubuh diwujudkan untuk memastikan kuasa itu tidak terlepas ketangan orang lain.

Dalam masa yang sama, "rakyat" tidak berpeluang untuk menuntut ilmu yang dipelajari oleh golongan Raja ini. Rakyat perlu dibodohkan untuk memastikan tidak ada yang berani menentang kuasa diraja.

Tetapi satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja-Raja ialah sikap leka, berpoya-poya dan malas belajar dikalangan anak-anak mereka. Anak-anak Raja tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana merasakan bahawa masa depan mereka akan sentiasa cerah hanya kerana mereka "anak Raja". Mereka boleh hidup dengan elaun dan pencen yang dibiayai oleh rakyat.

Inilah yang kepada ramai anak-anak raja di Tanah Melayu dulu, dimana anak-anak raja hidup dengan berpoya-poya.

Apabila British datang ke Malaya, sebahagian besar orang Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukanlah hebat sangat. Raja Melayu hanya hebat dikalangan orang Melayu yang terus mendewakan mereka

Kuasa ghaib, kesaktian dan jin penunggu tidak mampu menewaskan British. Raja-raja Melayu yang dianggap berkuasa dan berdaulat terpaksa tunduk kepada British dan menjadi boneka British.

Selepas merdeka dari British, sebahagian orang Melayu yang berilmu merasakan bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Raja-Raja atau Sultan tetapi sebahagian besar pula masih menganggap bahawa Raja dan Sultan perlu dikekalkan.

Orang-orang Melayu yang berilmu pada masa itu yang kebanyakannya menyertai Umno sedar bahawa orang Melayu masih ramai yang menghormati dan mahukan Raja-Raja, mungkin kerana masih menganggap bahawa Raja-Raja ini sebagai warisan yang perlu dipertahankan. Ramai yang menganggap, kalau tiada Raja, maka akan hancurlah umat Melayu didunia ini.

Kebangangan orang Melayu ini dieksploit sepenuhnya oleh cerdik pandai didalam Umno. Raja-Raja Melayu diberikan kemewahan sehingga mereka lupa daratan. Kehidupan keluarga diraja diselimuti kemewahan manakala tanggungjawab kepada rakyat hanyalah ketika upacara-upacara rasmi.

Rakyat terputus hubungan dengan keluarga diraja. Raja-raja tidak peduli kesusahan rakyat, manakala rakyat pula tidak tahu pembolotan kekayaan keluarga diraja.

Itu sebabnya, apabila jatuh seseorang anak raja itu, maka tidak ada sesiapa yang tahu nasibnya. Hari ini, ramai anak-anak raja yang dulunya hidup dengan kemewahan, tetapi sekarang terpaksa merempat. Jangan terkejut kalau ramai diantara anak-anak raja ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, setaraf dengan pendatang Myanmar atau Bangladesh.

Bagaimana Azlan Shah yang bukan berdarah Raja boleh menjadi Sultan, manakala anak-anak raja yang berdarah raja sudah tersingkir?

Evolusinya tetap sama dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mereka yang bijak dengan ilmu kebatinan, berupaya menguasai alam ghaib, akan mampu menguasai manusia lain dengan perang dan strategi, hari ini mereka yang mampu menguasai ilmu perundangan dan boleh memanipulasi keadaan akan diangkat menjadi Raja.

Sesiapa pun boleh menjadi raja sekiranya mereka berilmu. Dan apabila berkuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada. Kuasa hampir mutlak terhadap rakyat ini menjadikan Raja itu bersikap tamak, rakus dan kadangkalanya zalim terhadap rakyat sendiri.

Allah swt telah menunjukkan kuasanya bahawa walaupun tanpa berdarah raja dan hanya berasal dari rakyat biasa namun Azlan shah boleh menjadi sultan Perak.

Sumber uncleseekersIII

Isnin, 24 September 2012

Cerita Anak Orang Pas Meminang Anak Orang Umno


Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya.Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.Teruna : Boleh ke?Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiapMenyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.Teruna : Assalamualaikum.Bapa Gadis : Waalaikumusalam.Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.Gadis : Mari, duduk kat kerusiTeruna : Eh.Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah.Bapa Gadis : Oh.Teruna : ??Hampir 5 minit senyap tanpa suara.Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.Teruna : Segan cik. HeheBapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?Teruna : Ehh. Duit takde lagi. HeheBapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.Bapa Gadis : Boleh takde masalah.Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu.Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.Teruna : Berapa tu mak cik?Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.Teruna : Erm. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya.Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah).Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?Bapa Gadis : hmm. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.Ibu Gadis : Abahnya!Teruna : (kah kah kah. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.Teruna : Kali terakhir bila?Ibu Gadis : Err.Darjah 1 agaknya.Teruna : hmm.Ibu Gadis : Kenapa?Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak? Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa.Lagilah saya berdosa sangat-sangat.Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!Teruna : Lama lagilah camtu.Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pulaTeruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.... berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.Bapa Gadis : Hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makanTeruna : Hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.Bapa Gadis : Serius lah sikit.Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe....Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok.Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu.Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.Bapa Gadis : Hmm. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,aku redha dan akan terus bersama mu,aku juga akan terus pada agama yang ada padamu." :)”“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.” TAMATSumber fitri hadi

PEMILIHAN PRESIDEN KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA ( KOM )!!!!

Omak Kau!!!!: BERITA BAIK DAN GEMBIRA UNTUK PARA ATLIK NEGARA!!!... AKHIRNYA SHAHIDAN KASSIM TUMBANG DALAM PEMILIHAN PRESIDEN KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA ( KOM )!!!!

Khamis, 20 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (4)

Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (4): ( Sebelum kami meneruskan siri Misteri Sultan Azlan Shah, kami juga mahukan pembaca menilai satu lagi sudut pandang dari seorang yang menunt...

Selasa, 18 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (3)

Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (3): Datuk Seri Ramli Ngah Talib samasekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan, apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat...

Ahad, 16 September 2012

Kencing banner Nik Aziz. Hishamudin temberang!

Kencing banner Nik Aziz. Hishamudin temberang!

Najib minta semua rakyat berkorban. Dia bila pula nak berkorban?

Saya ingin menyambung posting saya siang tadi dan saya masih mahu menyebut tentang bagaimana pentingnya perlembagaan negara dihayati dan dijunjung oleh semua. Perlembagaan itu memberikan jaminan kepada semua rakyat untuk hidup aman dan damai dikalangan semua rakyat berbilang kaum.

Perlembagaan itulah yang menjaga segala-galanya untuk sebuah negara dan rakyat yang merdeka. Apabila ada kerajaan yang berpelembagaan maka tentulah ada undang-undang untuk menjamin keselamatan bagi semua pihak untuk melakukan apa yang boleh dilakukan oleh perlembagaan serta undang-undang itu sendiri maka ia bukanlah negara yang bertamaddun.

Hishamuddin Hussein semalam berkata yang kerajaan tidak menjamin keselamatan penggerak dan penjelajahan pembangkang. Sebagai seorang menteri yang menjaga keselamatan negara, jika keselamatan untuk menjauhi tindakan membaling cat dan kerja mensabotaj kegiatan siasah mana-mana pihak maka beliau adalah seorang menteri yang tidak bertanggungjawab atau pun tidak mengetahui tanggungjawab yang terbeban keatas bahu beliau.

Hisham tahu yang melakukan kerja-kerja hina itu adalah penyokong UMNO yang beliau menjadi pemimpin besarnya. Jika untuk menjaga keselamatan sebuah bas dan program parti-parti politik pun tidak ada kesanggupan bagaimana rakyat hendak meletakkan harapan untuk keselamatan negara keseluruhannya? Hisham tahu yang penyokong UMNO akhir-akhir ini mempunyai moral yang rendah. Beliau sepatutnya bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan ini. Hisham tahu yang UMNO memang suka mensabotaj. perbuatan pihak lain termasuk mensabotaj calon mereka sendiri.

Sebelum pilihanraya ahli-ahli UMNO akan sabotaj program parti-parti pembangkang, tetapi apabila sampai waktu pilihanraya mereka akan sabotaj parti dan calon partinya sendiri. Ahli-ahli UMNO serta penyokongnya sememangnya mempunyai ‘attribute’ yang buruk ini. Justeru adalah tidak wajar lagi parti ini untuk terus di berikan mandat kerana parti ini tidak mahu menjamin keselamatan rakyat yang ingin melaksanakan kehidupan biasa dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada hari ini elok kita melakukan segala introspeksi terhadap kita sendiri samada kita ini benar-benar berada di dalam sebuah negara yang aman dan selamat untuk hidup.

Semalam juga kita mendengar ucapan PM Najib semasa merasmikan perwakilan UMNO bahagian Pekan. Beliau melandaskan ucapan beliau kepada agama dan tuntutanNya. Kata beliau jika UMNO tidak bersatu segala usaha UMNO tidak akan di berkati Tuhan.

Najib berkata pemimpin wajib berkorban untuk kepentingan negara dan bangsa. Najib juga memberi ingatan yang Melayu hancur lebur jika UMNO diketepikan dan banyak lagi nasihat yang beliau berikan. Semuanya bersandarkan kepada kehendak Tuhan dan agama.

Tetapi persoalannya adakah Najib dan kumpulan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban? Bersediakah Najib berhenti dan bersara kerana kepimpinan beliau merupakan kepimpinan yang paling di ragui oleh rakyat. Jika dulu orang berkata yang kepimpinan Pak Lah merupakan kepimpinan yang paling buruk tetapi kita sekarang sedar yang kepimpinan Najib sendiri adalah yang lebih buruk dalam sejarah negara. Kalau tidak masakan beliau sendiri mengakui yang pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang di hadapi oleh UMNO.

Tidak kah pimpinan Najib dan kumpulan mereka ini sedar yang mereka perlu melakukan pengorbanan seperti yang di sebutkan Najib itu? Apa yang rakyat mahu Najib berkorban ialah untuk menahan nafsu menggunakan kedudukan beliau untuk memerah rakyat. Jika harga kontrak MRT Ampang itu berharga RM1.1 billion biarkan lah harga itu bertahan setakat itu. Janganlah memberikan kontrak itu kepada kroni beliau dengan harga yang di tambah sampai RM1.8 billion.

Kerja seperti ini bukan Najib yang berkorban. Kerja ini merupakan kerja mengorbankan rakyat. Begitu juga dalam isu Scorpene yang pada asalnya berharga lebih kurang RM3.8 billion akhirnya dibeli barangan pertahanan itu dengan harga RM7.6 billion. Apakah ini pengorbanan Najib. Sebaliknya rakyat lah yang selalu berkorban untuk pemimpin-pemimpin rakus di negara ini.

Cakap-cakap berkorban yang diluahkan oleh Najib itu memedihkan telinga yang mendengarnya kerana Najib beranggapan yang semua rakyat boleh di perbodohkan dengan retorik liar dan kata-kata seperti ini tidak lagi laku kepada mereka yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin beliau boleh bercakap di Pekan tetapi janganlah hendak beliau bercakap di tempat lain.

Dalam dua isu dari yang banyak-banyak itu, saya ingin bertanya kepada Najib samada Tuhan marah atau tidak kepada beliau. Jika beliau berkata Tuhan marah kepada pimpinan yang tidak jujur, agaknya Tuhan marah atau tidak kepada siapa yang bertanggungjawab memerah wang rakyat dalam jumlah berbillion untuk kroni dan diri mereka. Tidak ada pula dalam sedikit yang saya tahu tentang agama ini Tuhan memberikan ‘exemption’ kepada setengah manusia seperti PM dan Menteri Pertahanan negara Malaysia.

Adakah Najib berfikiran membeli kelengkapan untuk pertahanan negara dengan harga yang tinggi dengan menggunakan wang rakyat dan mendapat komisyen yang ratus kali ganda itu hanya salah kepada orang lain dan tidak terhadap beliau dan kroni beliau?

Itulah sebabnya rakyat tidak lagi memberikan penghormatan kepada kepimpinan sekarang. Alasan yang Melayu akan hilang di dunia ini jika UMNO tidak dikekalkan berkuasa itu merupakan retorik yang sudah basi. Najib mesti berfikir yang Melayu wujud lebih lama dari UMNO. Sebenarnya keadaan itu adalah terbalik. Jika UMNO masih mahu memimpin Melayu UMNO mesti berubah secara ‘drastic’. Barisan pimpinan sekarang wajar meletakkan jawatan dan serahkan kepada ahli-ahli untuk memilih barisan kepimpinan baru.

Sekaranglah waktunya kalau Najib benar-benar hendak menunjukkan yang beliau melakukan apa yang beliau katakan iaitu BERKORBAN! Jangan hanya pandai mengorbankan rakyat sedangkan beliau sedikit pun tidak mahu berkorban untuk negara dan rakyat yang sangat diperlukan oleh mereka sekarang.

Bagaimana pun rakyat tetap mahu menjaga negara yang merdeka ini dan mereka (rakyat) bertanggungjawab untuk memilihara negara dengan memberikan peluang kepada kumpulan pilihan. Ini sahajalah caranya untuk kita memilihara negara dan rakyat dan hentikan memberikan sokongan kepada pihak yang telah terlalu lama memerintah yang kini boleh dikatakan sebagai kumpulan yang kufur nikmat itu. Ramai yang percaya jika Najib melakukan pengorbanan bersama-sama berisan kepimpinnya dengan bersara sahaja maka ia merupakan satu nikmat yang bakal di alami oleh rakyat yang sedang dalam pencarian sekarang ini.

Kita pelihara negara kita dan di ucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke 49 tahun.

Oleh Aspan Alias

DS Nizar Berani Kerana Benar

Sebelum merungkai seterusnya siapa Ku ann@Raja Amran@Tengku Amran yang menuntut waris Kesultanan Perak, kami ingin membawa pembaca untuk melihat satu lagi misteri yang mempunyai hubungkait dengan istana. Ia melibatkan seorang yang tiba-tiba menjadi popular selepas Pilihanraya Umum 2008. Beliau adalah Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin.

Dalam isu WWW1 yang melibatkan Sultan Johor, DS Nizar telah membabitkan dirinya dalam isu tersebut dengan mengkritik pembaziran yang dibuat kerana menghabiskan sejumlah wang yang banyak hanya untuk membeli nombor plet kereta. DS Nizar adalah satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik pembaziran tersebut manakala pemimpin yang lainnya hanya mendiamkan diri.

Tindakan DS Nizar itu telah mendapat kecaman bukan saja dari pihak istana, pemimpin Umno malah pemimpin Pas sendiri mengecam tindakan DS Nizar tersebut. Mengapa DS Nizar begitu berani menegur istana sedangkan pemimpin lain semuanya takut?

DS Nizar tidak kesaorangan dalam mengkritik istana Johor. Dalam masa yang sama, Uncleseekers tiba-tiba menjadi blogger terkenal kerana pendedahan beliau tentang istana Johor. Uncleseekers bukan saja berani, malah mencabar sesiapa saja yang boleh membuktikan apa yang ditulisnya adalah salah.

DS Nizar akhirnya disiasat polis dan komputer beserta handphonenya dirampas oleh polis. Sehingga kini, semua barangan yang dirampas masih lagi belum dipulangkan.

Uncleseekers juga mengalami nasib yang sama dimana dia ditangkap, dituduh menagih dadah, komputernya juga dirampas tetapi akhirnya dibebaskan. Sehingga kini, kedua-dua mereka, DS Nizar Jamaludin dan Uncleseekers masih lagi tidak didakwa.

Umum mengetahui bahawa Uncleseekers bukanlah sebarang rakyat biasa.Bapanya ialah Syed Hussien Al-Attas dan mereka berasal dari orang besar Johor. Malah, Sultan Johor sepatutnya menghormati keluarga Al-Attas kerana keluarga inilah yang banyak membantu Istana Johor.

Tetapi apa kaitan keluarga Al-Attas dengan DS Mohd. Nizar?

Perlu juga diingat, isteri Sultan Johor adalah Raja Zarith Sofia yang merupakan anak kepada Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke 33.

Dalam krisis Perak pada tahun 2009, DS Nizar berhadapan dengan Sultan Azlan Shah.

Pada 4 Februari 2009, DS Nizar telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Azlan Shah untuk memohon supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga orang ADUN yang melompat. Keesokan harinya, DS Nizar dipanggil mengadap, bersaorangan. DS Nizar beranggapan bahawa dia berhadapan dengan seorang Sultan yang arif tentang undang-undang dan berharap agar Raja Azlan dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya baru diadakan.

Apa yang berlaku adalah mengejutkan dimana Raja Azlan telah menitahkan DS Nizar supaya meletakkan jawatan. Apa yang dilakukan oleh Raja Azlan adalah bertentangan dengan undang-undang, malah bertentangan dengan apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri bahawa Menteri Besar tidak boleh disingkir oleh Sultan.

DS Nizar berhujah dan akhirnya berkata, "Ampun Tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Patik mohon sembah derhaka."

DS Nizar menggunakan bahasa istana yang bermaksud, "saya tidak bersetuju." tetapi ayat yang digunakan telah diputarbelit oleh Umno untuk menggambarkan bahawa DS Nizar adalah seorang penderhaka. DS Nizar tumbang tetapi sehingga hari ini beliau tidak menerima apa-apa surat untuk membuktikan bahawa beliau telah disingkir sebagai Menteri Besar.

Semasa krisis Sidang DUN, Speaker V.Sivakumar telah diheret oleh anggota polis yang menyamar sebagai pegawai Dewan supaya seorang Speaker baru dilantik. Kejadian ini berlaku semasa Raja Muda, Raja Nazrin Shah sendiri berada didalam Dewan. Apabila semua kekalutan reda, Raja Nazrin mengiktiraf Speaker baru yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mengapakah Raja Azlan begitu marah kepada DS Nizar dan menyuruh DS Nizar meletak jawatan? Mengapakah Raja Nazrin sama-sama bersubahat menyingkir Speaker dari kerusinya dan mengiktiraf Speaker baru dalam sekelip mata?

Apakah terdapat isu lain yang menyebabkan Sultan mahukan DS Nizar disingkir? Siapakah DS Nizar sebenarnya?

Credit to Uncleseekers III blog

Sabtu, 15 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (2)

Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (2): Beberapa tahun selepas menghilangkan diri, Ku Ann telah kembali kerumah mereka di Canning Garden, Ipoh. Ketika itu, Raja Azlan bertugas seb...

Jumaat, 14 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (1)

Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (1): Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari Tengku Amran, yang merupakan saudara sepupu tetapi berla...

Ahad, 9 September 2012

Mahathir perosak

Sesungguhnya saya begitu terasa dan yakin bahawa kegagalan pimpinan UMNO dalam menterjemahkan kejayaan sebagaimana yang telah terancang dan dipersetujui bersama di kalangan semua kaum dahulu, terbantut kerana masing-masing hendak menunjukkan kelainan gaya dan stail kepimpinan mereka.

Oleh itu kerana pucuk pimpinan post Hussein Onn mengambil kepentingan untuk menunjukkan kelainannya telah membantutkan perancangan jangka panjang untuk mengimbangi penguasaan kekayaan negara di antara kaum seperti yang telah dirancang oleh kerajaan itu.

Saya menyebut kenyataan ini dengan fakta dan statistik rasmi kerajaan yang penguasaan bumiputra dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah meningkat di zaman kepimpinan Tun Razak dan Hussein Onn. Peningkatan penguasaan bumiputra dari 2.7 peratus pada tahun 1970 kepada 18.4 peratus pada 1984 itu adalah sangat memberangsangkan kita semua semasa itu. Tetapi sejak 1984 sehingga Mahathir bersara pentadbirannya hanya mampu untuk menambah sebanyak 1 peratus sahaja di atas 18.4 peratus yang di capai sebelum Daim mengambil alih teraju pembangunan ekonomi negara. Sehingga sekarang peratusan itu tidak melebih 20 peratus. Apakah itu kejayaan Mahathir? jawablah sendiri.

Tetapi semuanya terbantut setelah Dr Mahathir mengambil alih tampuk kepimpinan, kerana beliau telah mengalihkan arah dan proses pembangunan negara ke arah yang jauh dari apa yang telah dianjurkan oleh DEB. Semasa beliau mengambil alih hanya tinggal 10 tahun jangkamasa pencapaian matlamat pegangan 30 peratus bagi bumiputra dalam kekayaan negara dan memang masih mempunyai masa untuk mencapainya menjelang 1990 dahulu. Tetapi sasaran itu tidak juga tercapai sehinggalah hari ini.

Mahathir mangambil masa hampir lima tahun untuk menukar segala-galanya dari memberikan fokus kepada perlaksanaan DEB kepada dasar pembangunan jangka panjang. Mahathir tidak boleh membelakangkan DEB secepat yang beliau inginkan kerana di dalam kepimpinan beliau pada awalnya masih ramai lagi ahli-ahli kabinetnya yang masih mempunyai budaya dan cara berfikir yang mendasarkan segala tindakan yang bersistem yang kekal dan kuat.

Maka DEB masih terlaksana sehinggalah Tengku Razaleigh dialihkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Tempat beliau di Kementerian Kewangan diambil alih oleh Daim Zainuddin, sahabat Dr Mahathir. Mahathir melantik Daim secara ‘unorthodox’ kerana beliau bukanlah ahli Legislatif yang dipilih oleh rakyat tetapi hanya seorang Ahli Dewan Negara semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Jun 1984 itu.

Sejak dari itulah DEB diabaikan kerana peneraju dan pemandu kepada DEB, Tengku Razaleigh sudah tidak lagi memegang MOF dan mempunyai pengaruh dalam kabinet kerana Mahathir sudah mempunyai sahabat kepercayaan beliau untuk mengubah hala tuju perjuangan kita untuk melaksanakan DEB. Maka DEB terbantut dari saat itu.

Segala-gala yang kita lihat sekarang ini bermula dari saat itu. Apakah dia perubahan-perubahan yang saya sebutkan itu tadi?

Buat pertama kalinya negara dipimpin oleh orang biasa malahan semasa itu gandingan Mahathir dengan Musa dipanggil sebagai gandingan 2M. Ia telah menjadi ‘brand’ pentadbiran kita. Kita semasa itu mendengar dalam kaca TV dan radio bercakap pasal 2M. Di sana 2M di sini 2M. Tak kering tekak 2M..2M dan 2M. tetapi gandingan 2M ini berkecai juga dan perpecahan Musa dengan Mahathir bukan tidak dijangkakan. Tidak ada sesiapa yang boleh kekal dengan Mahathir jika mempunyai pandangan yang berbeza walaupun sedikit.

Satu nilai yang mula terlihat apabila Mahathir mula mengambilalih pimpinan negara, perasaan tanggungjawab terhadap rakyat sudah mula meluntur kerana sejak itu sudah wujud sikap pimpinan hendak menjadi orang kaya-raya dan sudah ada kecenderungan yang rasuah akan menjadi budaya kepimpinan negara. Ia telah bermula dalam kadar yang agak kecil semasa setahun dua beliau (Mahathir) mengambil alih kerajaan.

Apabila kuasa sudah berada di tangan pimpinan itu, UMNO mula naik nafsu dan keinginan hendak menjadi kaya-raya itu mula bersemi. Masing-masing sudah mula menitik air liur seperti anjing nampak tulang, maka rasuah pun bermula dengan cara yang amat sistematik. Ia dilakukan dengan menggunakan nama pengswastaan, mengkorporatkan jabatan-jabatan yang menguntungkan, pengswastaan dan sebagainya.

Alasan untuk melakukan perkara-perkara yang saya sebutkan itu ialah untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan bermacam-macam alasan yang digunakan untuk menghalalkan tindakan rasuah dan salahguna kuasa itu. Masa itu jugalah slogan ‘bersih, cekap dan amanah’ diwar-warkan dan dipromosikan dengan meluas. Akhirnya ternyata ‘bersih’nya tidak ada, ‘cekap’nya entah ke mana dan ‘amanah’nya jauh sekali kedapatan selama beliau (Mahathir) mentadbir negara selama 22 tahun itu. Kalaulah slogan itu berjaya dilaksanakan, masakan rasuah begitu hebat berlaku seperti sekarang ini?

Bukan tidak ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathir membendung segala unsur rasuah ini. Ramai di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat bahagian dan yang lain-lain. Ramai pemimpin yang begitu runsing dan resah menyaksikan Dr Mahathir sudah mula bermaharajalela itu. Malahan setengah dari ahli kabinet telah berpakat untuk menyingkirkan Dr Mahathir semasa itu sehingga berlakunya pertandingan jawatan Presiden UMNO semasa itu bagi mengelakkan unsur-unsur kemungkaran ekonomi dan politik terus berlaku di depan mata dan kepala rakyat semasa itu.

Apabila beliau berjaya mempertahankan jawatan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, Mahathir tidak lagi merasa senang kerana keputusan itu memberikan makna yang beliau tidak lagi mempunyai sokongan yang padu dari ahli-ahli UMNO. Mahathir merasakan sistem yang ada dalam negara ini tidak memungkinkan beliau boleh bertahan lama, maka beliau telah membinasakan segala sistem demokrasi yang ada untuk kepentingan politik peribadi beliau.

Sistem demokrasi yang lazim diamalkan oleh mana-mana negara berdemokrasi tidak sesuai dengan Dr Mahathir. Semua sistem itu digantikan dengan sistem beliau sendiri. Beliau berkata, kita ada sistem demokrasi acuan sendiri dan berbagai-bagai lagi falsafah politik baru ciptaan Mahathir.

Lazimnya jika sistem sudah terbentuk walaupun seorang Perdana Menteri yang melanggarnya, sistem itu tetap utuh dan Perdana Menteri itu terpaksa mengundurkan diri. Bagi Mahathir jika sistem itu menghalang kehendaknya sistem itu yang terpaksa pergi. Itulah demokrasi acuan sendiri (Mahathir) yang selalu dilaung-laungkannya itu.

Jika kita serius hendakkan perubahan untuk keselamatan kita dan generasi kita, rakyat harus menolak pemimpin-pemimpin atau parti yang berada dalam sistem yang tidak bersistem itu. Sistem Mahathir ini sudah menjadi budaya yang telah diwariskan kepada pemimpin-pemimpin selepas beliau.

UMNO mentadbir negara tanpa sistem yang kekal seperti negara-negara demokrasi yang lain. Kita ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang membawa cara pentadbiran sistem peribadi individu pemimpin itu. Apabila mendapat pemimpin yang lemah seperti sekarang maka rakyatlah yang menanggung akibatnya.