Selasa, 23 April 2013

Haram Jadah 1Malaysia- Haram Jadah 1Malaysia



Mat Taib Lebih Ikhlas Dari Hasan Akidah


ULASAN PERISTIWA                                                                                                   

Panjang lebar Hasan Ali alias Hasan Akidah mengulas dan memberi pandangan ke atas tindakan bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang menyertai PAS dua hari lalu. Hasan melahirkan nada kesal atas tindakan Mat Taib itu yang dianggapnya sebagai tidak tepat. Dalam masa sama katanya Mat Taib tersalah pilih wadah?

Seperti biasalah Hasan Akidah menggunakan bahasa dan pelek motivatornya untuk memberi gambaran dan menginsafkan Muhamad Taib. Hasan memancing dan menidur orang dengan simpulan-simpulan kata-kata bergandanya.

Antara katanya untuk menyedar dan agar Mat Taib berfikir semula, PAS kini bukan lagi PAS di zaman aruah Mohd Fadzil Noor, tetapi PAS yang tunduk kepada nakhoda bernama Anwar Ibrahim dan jurumudinya Karpal Singh, Lim Kit Siat dan Lim Guang Eng (DAP). Hasan cuba menjual PAS hari ini sudah tidak mempunyai roh Islam lagi.

Perbezaan itu, keadaan PAS katanya menyebabkan ciat-cita murni Mat Taib untuk perjuangkan Islam bersama PAS akan sia-sia sahaja.

Hasan juga menyifatkan penyertaan Mat Taib itu ke dalam Pas tidak menguntungkan PAS dan tidak juga merugikan Umno. Tetapi yang rugi ialah umat Islam kerana beliau (Mat Taib) yang dianggap hebat tidak boleh melakukan sesuatu untuk Islam kalau bersama PAS? Di sini Hasan cuba gumba Mat Taib. Saya turunkan sedikit tulisan Hasan;

PAS sekarang bukanlah PAS seperti dahulu yang telah berjaya menambat hati saya untuk menyertainya hampir 15 tahun yang lalu. PAS sekarang adalah PAS yang sedang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pengkalan asalnya. PAS sekarang sanggup mengikut apa sahaja kehendak rakan-rakan Pakatan Rakyat hatta “menjualkan” kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut-penganut bukan Islam.

Itulah pandangan Hasan. PAS kemaruk kuasa kononnya. Apakah beliau bukan sebahagian ahli PAS yang pernah kemaruk kuasa tiga atau empat tahun lalu? Hasan tidak boleh menafikan yang dia ada agenda besar dan nafsu besar untuk jadi MB.

Disebabkan beliau tidak mencapai cita-cita itulah maka beliau menuduh PAS kini macam anggur yang masam seperti mana dilakukan oleh serigala yang tangan dan kaki pendek mengatakan anggur masam apabila ia tidak dapat mengambil anggur dikatakan aggur itu masam. Jadi Hasan Akidah ini samalah jenisnya dengan serigala.

Nescaya kalau Hassan menjadi MB, dia akan kekal bersama PAS dan tidak akan membuat onar  untuk PAS memecatnya. Hasan tidak akan beranggapan PAS kini sudah berubah kalau dia masih bersama PAS dan mendapat manfaat menjadi MB. Tetapi kerana tidak, maka Hasan jadikan Hasan seperti hari nini yang berakidah.

Pertautan dan pertalian Hasan dengan orang Umno akhirnya menenggelamkan dirinya. Hasan mulaya ingin berkawan dengan orang Umno tetapi kerana kelemahan Hasan tanpa disedari pemimpin Umno berjaya menyututik dogma Umno - Melayu Islam dan sekluar, dan akhirnya Hasan melalikan Hasan  kemudian membuntuti Umno.

Hasan hanya bijak cakap tetapi dia seorang yang mudah cair dan tidak kukuh dalam pegangan politiknya. Hasan dalam dunia politik seperti pendekar sumbang, belum bukan langkah kaki sudah terbelit selempang.


Justeru Hasan merayu kepada Mat Taib supaya menyemak balik keputusan menyertai PAS. Katanya dan akui Hassan Umno lebih baik dan Islamik.  Katanya;

Dengan rendah diri saya hanya dapat mendoakan supaya percikan-percikan hidayah yang telah menembusi hati Tan Sri terus dibaja dan disuburkan. Bagi saya proses pembajaan dan penyuburan itu sukar dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang PAS merupakan salah satu parti komponennya. 

Sebaliknya dengan pimpinan Umno yang ada sekarang yang telah menunjukkan tanda-tanda membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk membawa Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara mungkin boleh dilihat sebagai opsyen yang lebih munasabah bagi Tan Sri untuk menghabiskan sisa-sia usia berjihad untuk terus mengahungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Waduh waduh...Hasan barang kali tidak kenal Mat Taib atau kenal tidak mengetahui lurah dan sejarah perjuangan. Mat Taib bukan kecil anak dalam Umno. Beliau sama taraf dengan Hasan dalam PAS, pernah menjadi Naib presiden Umno. Bahkan penglaman dan sejarah Mat Taib lebih 'kengkang'  beliau pernah menajdi ketua penerangan Umno Malaysia, MB, menteri kabinet dan senator.  Manakala Hassan setakat exco adat istiadat Melayu saja.

Hasan tidak perlu pesimis dan kesal atas apa yang dilakukan Muhammad Taib. Sebagai mana Hasan masuk PAS 15 tahun dulu, begitulah fikirna dan iltizam Mat Taib kepada PAS hari ini. Beliau tidak mempercayai kepada Umno yang sudah busuk sampai ke usus dan berikan peluang dia berjinak dan mengenali PAS. Masa dan keadaan akan menentukan nasib untung seseorang.

Hendaknya pemikiran dan langkah Mat Taib tidak songsang seperti Hasan, dia maju ke depan dalam lanskap politik PAS dan negara kini menyakinkan. Sebaliknya Hasan mundur ke belakang untuk menebas tebang semula semak samun dalam Umno yang telah ditinggalkan Mat Taib. Hassan cuba menanam benih baru dalam Umno dengan harap dia dapat melihat hasilnya.

Syabas dan tahniah kepada Mat Taib. Dan untuk Hasan menebas menebanglah bersama Mat. Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Maslan apa khabar, Felda sihat ke?  [*** kl. 11:25 am 23/04/13]

Sambutan Rakyat Terhadap Pakatan Rakyat


Desa Pandan bersama UAI
Berhampiran Pasar Seremban DAP
Bekas MB Selangor Mike Tyson di Shah Alam
Skudai Johor bersama Salahuddin Ayub bakal MB Johor dari PAS
Selat Klang bersama Dr Halimah Ali
Kuala Selangor bersama DS Anwar Ibrahim
DSAI di Sabak Bernam
Sauk Perak sebelum bertolak ke Selangor

Calon BN di DUN Manjoi Adalah Dari Kilang Asuhan Pas


Dalam Pilihanraya Umum ke-13, UMNO ternyata tersilap strategi ketika memilih seorang calon baru BN bernama Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin untuk bertanding di kerusi DUN No.23 Manjoi, Perak. Umum mengetahui bahawa BN, dalam keadaan terdesak, memerlukan seorang calon berlatarbelakang pendidikan agama bagi menentang calon PAS, Haji Asmuni bin Awi yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Perak dan bekerja sebagai Peguam. Justeru, pemilihan menantu bekas Menteri Besar Perak, Tajol Rosli, menepati keperluan terdesak ini. Apa yang tidak diketahui umum adalah Mohamad Ziad sebenarnya seorang strategis licik PAS yang bekerja secara tersendiri tetapi berjaya melaksanakan misi merekrut ramai professional muda ke dalam PAS.


Penglibatan Mohamad Ziad dengan PAS bermula semenjak zaman persekolahan lagi. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian A-Level di Maktab Sains Mara, Kuala Lumpur (Kini Kolej Politek Mara) pada tahun 1993. Dengan asas sekolah agama, beliau berkeupayaan membimbing rakan-rakannya memahami Islam dan matlamat perjuangan PAS. Kedudukan Maktab Sains Mara KL yang berada tidak jauh dari Taman Melewar juga memudahkan pelajar-pelajar ini mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS bagi memahami dengan lebih lanjut perjalanan organisasi itu. Pelajar-pelajar ini kemudiannya menubuhkan kumpulan yang dipanggil tanzim. Mohamad Ziad adalah seorang yang low-profile. Beliau tidak memegang jawatan Amir. Sebaliknya, beliau selesa memegang jawatan Ketua Lujnah Tarbiyyah; satu lujnah yang amat strategik dalam merekrut anggota baru.

Tanzim yang diasaskan di Maktab Sains Mara berjaya menarik keanggotaan pelajar dan seterusnya Mohamad Ziad dan rakan-rakannya membuat tour ke kolej persediaan lain seperti Kolej NCUK Shah Alam dan Kolej Mara Banting. Mereka meminjamkan buku-buku kepada kenalan mereka di kolej ini seperti buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam dan Risalah Usrah. Bermula dari tour yang dibuat, mereka membentuk jaringan kenalan yang akhirnya membantu Mohamad Ziad dan rakan-rakannya menyusun tanzim di UK yang dikenali sebagai Hizbi UK.

Mohamad Ziad tiba di UK pada tahun 1995. Walaupun bertaraf senior di dalam Hizbi UK, beliau memilih untuk bergerak di belakang tabir. Beliau bersama rakan-rakannya menubuhkan kumpulan nasyid yang menyampaikan mesej Hizbi yang digelar Suara Tajdid. Mohamad Ziad adalah seorang pemidato dan pendeklamator sajak yang handal. Ketika peristiwa Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Yahudi tercetus di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya tahun 1997 dan berkesudahan dengan kekerasan pasukan FRU terhadap demonstran, Mohamad Ziad mengecam Dr Mahathir melalui sajak “Engkaukah Yang Angkuh?”. Rakaman ini diedarkan melalui talian Internet bersama-sama dengan lagu “Tragedi Masjid Ar-Rahman”.

Pernah ketika Raihan melonjakkan irama nasyid di Malaysia, Mohamad Ziad dan rakan-rakannya membuat rancangan menganjurkan Malam Kesenian Islam peringkat UK di Birmigham pada musim dingin tahun 1996. Mohamad Ziad bertindak sebagai pengarah pementasan dan penulis skrip bagi pementasan bertajuk “Salahuddin Al Ayyubi”. Mohamad Ziad dan rakan-rakannya kemudiannya menjemput Ketua Pemuda PAS ketika itu, Ustaz Abu Bakar Chik untuk datang ke Birmingham,UK merasmikannya. Program tersebut berjaya menarik kehadiran seramai 2000 pelajar dari serata UK. Ia satu catatan sejarah bagi Hizbi.



Mohamad Ziad juga berperanan membuat jalinan persahabatan pelajar di peringkat antarabangsa. Beliau pernah ke Jordan bertemu rakan-rakannya di sana dan mengajak mereka ke UK membantunya menjayakan aktiviti perkaderan. Antara pelajar yang ditemuinya termasuklah Hasrizal yang kemudiannya datang menginap di UK membantunya menggerakkan Hizbi. Beliau juga pernah berhubung dengan sekutu Hizbi di US iaitu MISNA. Hizbi berjaya menganjurkan himpunan pelajar Malaysia sedunia di Manchester pada tahun 1998. Wakil MISNA, Zuhairi, yang juga merupakan ahli kumpulan nasyid MISNA, Usrah Ar-Raihan, hadir mewakili badan itu. Wakil PMRAM, Aminurrasyid, hadir mewakili negara Timur Tengah. Tahun-tahun berikutnya perhimpunan ini dipindahkan ke Madinah untuk membolehkan pesertanya hadir dan mengambil kesempatan mengerjakan Umrah. Melalui jalinan antarabangsa ini, Mohamad Ziad dan rakan-rakannya berjaya merekrut pelajar Malaysia yang menuntut di universiti serata dunia ke dalam PAS. Golongan ini kemudiannya pulang ke Malaysia dan memegang berbagai jawatan penting di dalam Kerajaan dan GLC. Mohamad Ziad berperanan sebagai salah satu communication hub di antara mereka.



Pada tahun 1999, Mohamad Ziad bersama seorang lagi rakannya di dalam kumpulan Suara Tajdid mengambil keputusan menyambung pelajaran di London dan seterusnya membantu mengukuhkan Hizbi di London. Dengan kehadirannya, Hizbi menjadi kuat sehingga akhirnya menyebabkan Menteri Noh Omar datang ke London membuat kenyataan mengharamkan Hizbi. Ketika pengharaman itu dibuat, Mohamad Ziad telahpun pulang ke tanahair, namun sajak yang dideklamasikannya tetap dimainkan oleh rakan-rakannya sebagai pemangkin semangat mereka. Rakan-rakannya membalas kenyataan pengharaman tersebut dengan membuat kenyataan akhbar.


Sepertimana sebelum ini, Mohamad Ziad memilih untuk hidup low profile tetapi penuh strategik. Sebagaimana Khairy Jamaludin mengahwini anak Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia, Mohamad Ziad mengambil langkah berani mengahwini anak Tajol Rosli Menteri Besar Perak. Akan tetapi beliau tidak terlalu terburu-buru melompat ke dalam hirarki UMNO. Beliau bergerak dengan penuh berhati-hati agar tidak dikesan musuhnya terutama sekali bekas ahli Kelab UMNO UK yang sudah tentu berjaya menghidu kisahnya di UK.

Kini, setelah 10 tahun menanti, beliau bolos masuk sebagai calon BN di DUN Manjoi. Sukar diramal strateginya kali ini.