Mohd Sayuti Omar
Maklumat
belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk
merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya
terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan
dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.
Tindakan
itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain
Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi
punca kemarahan?
Perkara
ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub'
kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di
Presint 19 malam tadi.
Menurut
wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan
perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat
dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin
akan menyiarkannya," ujarnya.
Beliau
tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes
besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran
penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin
Umno Selangor yang berpengaruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan