DOA DOA MANGSA KEZALIMAN MULA TERKABUL
Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013. Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah). Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan.
Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'.
Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti.
Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak. Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN.
Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor.
Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh.
Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi.
Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya.
Kezaliman tak mungkin berterusan.Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan. Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam.
Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ? Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga.Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.
Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia.
oleh Dr.Haji Khairuddin Dato' Abd. Malik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan