Isnin, 30 Julai 2012

Ramai Orang Umno Dah Pecahkan Tembelang Umno

Ini adalah diantara status dalam facebook pejuang lama parti umno yang sedar umno sebenarnya memperalatkan orang melayu untuk kepentingan pemimpin umno.

Dalam umno ia menanamkan satu perjuangan untuk merebut kuasa demi ekonomi diri dan suku sakat.

1.Saya bersetuju ketuanan melayu dihapuskan tetapi kedaulatan melayu di kekalkan. kerana ketuanan melayu tidak tulis dalam Perlembagaan Malaysia tetapi kedaulatan melayu tertulis dengan nyata dalam Perlembagaan Malaysia. Jika hendak ketuaan melayu kekal.. hendaklah di dahulu melayu itu didaulatkan.. Bolehkah melayu berdaulat sekarang dengan orang melayu berpecah belah kerana politik dan agama?

2.Bagi kepentingan bersatunya Bangsa Melayu di Malaysia ini.. cara yang terbaik ialah menghapuskan DASAR EKONOMI BARU, kerana dasar itulah yang memecah belahkan orang Melayu.. Sejak 40tahun yang lalu dasar itu hanya indah dipermukaan tetapi berserabut didasarnya.. dan dasar itu hanya menguntongkan segelintir melayu.. dan melayu akhirnya menjadi pengemis dinegeri sendiri kerana masih membawa dan menyokong semboyan itu. Fikir fikir semasaknya yang baik dan buruk jika masih bergantong dengan dasar yang sudah lapok itu.

3.Lagi kebodohan Nor Mohamad Yaakub yang buat alasan negara akan rugi jika cukai kereta import diturunkan sebanyak RM7B. Selama ini Rakyat tidak tahu bahawa cukai kereta import itu menjadi pendapatan utama negara, ingat dari cukai perkilangan dan eksport. Jika begitu kenapa lagi nak kenakan cukai jalan? yang sebenarnya nak menolong kapitalis melayu yang punya AP ribu2 khasnya Syed Azman.. AP King.. Apa sumbangan pun tak ada.. minta derma untuk orang miskin, dia boleh jawab syarikatnya akan rugi. Kementerian Pertahanan dan Petronas bagi lagi projek berbillon..disana sapu.. disini sapu. yang untong kroni.. Melayu begitu juga.

4.Saya masih lagi mencatatkan dlm nota saya dlm satu kuliah kepimpinan organisasi ialah penunjuk yang boleh dipercayai tentang organisasi yang ahlinya tidak percaya lagi kepada pemimpinnya ialah tidak memiliki semangat dan kehilangan komitmen dengan ketidakhadiran dalam majlis yang dijemput, maka mana2 YB dan Ketua UMNO Bahagian yang majlisnya tidak ramai hadir satelah sekian banyak orang di jemput.. sedarlah diri.

5.Umno Selangor janganlah main 'wayang' masa yang sama pertikaikan Kerajaan PKR Selangor bayar hutang dengan TaLam berjumlah berjuta-juta dan masa yang sama Kerajaan Persekutuan bagi pula Syarikat Europlus Berhad, syarikat sekutu Talam projel Berbiliion Lebuhraya Pantai dari Taiping ke Port Dickson. Kenapa kita selalu berdusta?

Ahli ahli yang sokong umno bagai nak rak harus sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya telah dipermainkan oleh pemimpin umno turun temurun.

Jom ubah....


Tiada ulasan: