Artikel ini diambil dari Homepage Pemuda Umno yang dari dahulu mengakui kegemilangan dan perubahan DS Anwar Ibrahim.
DS Anwar Ibrahim dengan corak kepimpinan dan kecenderungan beliau dalam proses islamisasi telah dilupakan oleh pemimpin yang angkuh dan takut kehilangan tempat dalam UMNO.
Mereka sanggup terlibat mendokong konspirasi kerana takut kehilangan jawatan sebagai Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan tempat dalam Majlis Tertinggi UMNO. Ini kah kewibawaan sebenar pemimpin kita yang mendokong kesongsangan perlaksanaan sistem perundangan kita dan kezaliman yang dilaksanakan.
SAYA YAKIN HISHAMUDDIN @ KHAIRY TIDAK MUNGKIN MENANDINGI ANWAR SEMASA MENJAWAT PEMUDA UMNO
Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda terus silih berganti apabila terdapatnya pertandingan untuk merebut jawatan tersebut.
Proses yang dilakukan secara demokrasi oleh UMNO dan sayap kanannya ini merupakan satu perkembangan yang sihat kerana ianya dapat memastikan badan tersebut diketuai oleh mereka yang benar-benar berwibawa dan berkelayakan. Saudara Anuar Ibrahim merupakan salah seorang Ketua Pemuda yang berjaya menjawat Jawatan tersebut setelah berjaya mengalahkan Datuk Suhaimi Kamaruddin.
Bab ini akan cuba mengkaji bagaimana Anwar yang sebelum ini menjadi penentang kerajaan yang paling lantang menjalankan tanggungjawabnya. Bagaimanakah beliau membawa Pemuda yang dipimpinnya mengikuti arus peredaran semasa dan citarasanya yang berlandaskan nilai-nilai Islam.
Kebangkitan Islam pada awal-awal 1980an di Malaysia serba sedikit telah mempengaruhi ahli-ahli Pemuda memilih Anwar untuk memimpin pergerakan itu. Kemenangan beliau juga banyak dipengaruhi faktor perubahan pucuk pimpinan parti dan kerajaan yang hendakkan nilai-nilai Islam diterapkan dalam pentadbiran parti dan negara. Melalui era ini kita akan dapat melihat bagaimana Pemuda menjalankan program kemiskinan sebagai dasar kepada perjuangannya untuk menaikkan taraf hidup orang-orang Melayu terutamanya mereka yang di luar bandar.
Era kepimpinan Anwar merupakan era terakhir perjuangan Pemuda yang ditubuhkan pada 1949. Ini kerana pada tahun 1987 UMNO dan sayap kanannya telah diistiharkan sebagai sebuah parti yang tidak sah dari segi undang-undang. Peristiwa yang menyedihkan orang-orang Melayu ini memang tidak diduga berlaku pada saat negara mencapai taraf kemajuan yang membanggakan. Namun peristiwa ini tetap menjadi lipatan sejarah bangsa dan negara yang harus direnungi oleh generasi akan datang.
Anwar Ibrahim : Pembawa Perubahan
Perjuangan Menerapkan Nilai-Nilai Islam
Keputusan Anwar untuk aktif di dalam UMNO pada bulan Mac 1982 merupakan satu keputusan yang memeranjatkan banyak pihak terutamanya ahli-ahli politik. Keadaan ini timbul kerana beliau yang pernah menjadi pemimpin Angkatan Belia Islam (ABIM) merupakan seorang tokoh yang sering mengkritik dengan keras kepimpinan UMNO dan kerajaan. Menurut beliau kemasukannya ke dalam UMNO adalah kerana terdapatnya sikap keterbukaan dan ikhlas kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya sebelum inipun Anwar pernah ditawarkan menjadi kabinet oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974 iatu ketika Tun menjadi Perdana Menteri. Datuk Harun Idris juga pernah mengajak Anwar Ibrahim supaya menyertai Pergerakan Pemuda semasa beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda tetapi pelawaan tersebut telah ditolak oleh Anwar. Hubungan baik yang wujud di antara beliau dengan Dr Mahathir telah terjalin sejak mereka sama-sama mengkritik pimpinan Tunku Abdul Rahman selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu faktor mengapa beliau mengambil keputusan untuk aktif di dalam UMNO.
Kemasukan beliau ke dalam UMNO telah mendapat sokongan bukan sahaja daripada ahli-ahli UMNO malahan daripada pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. Misalnya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan kemasukan Anwar akan membantu UMNO dan kerajaan melaksanakan dasar-dasarnya. Sokongan serta perhatian yang diberikan oleh rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO dan komponen BN yang lain telah terbukti apabila beliau memenangi pilihanraya umum pada tahun 1982 bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan mengalahkan calon Pas, Zabidi Hj Ali dengan majoriti 14,352 undi.
Kemenangan ini telah mengkagumkan banyak pihak kerana beliau baru saja aktif di dalam UMNO. Malahan dalam susunan kabinet, beliau telah dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum aktif di dalam politik UMNO, Anwar telah memimpin ABIM selama sepuluh tahun.
Di bawah kepimpinanya, ABIM telah banyak mendapat perhatian daripada masyarakat, terutamanya di kalangan belia Islam yang terpelajar. Penumpuan kegiatan pertubuhan ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai Islam dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti usrah, ceramah, forum, simposium dan penerbitan khusus bagi meningkatkan penghayatan dan penglibatan ummah terhadap Islam. Kecenderungan ABIM memperjuangkan nilai-nilai Islam serta tindakan-tindakan Anwar yang lebih menekankan konsep keIslaman di dalam arena politik, beliau akan memilih PAS sebagai wadah perjuangannya. Keputusan untuk aktif dalam UMNO telah menghampakan beberapa orang pemimpin PAS dan rakan-rakannya di dalam ABIM. Menurut J.V. Morais, ahli-ahli syura ABIM terlalu berat untuk melepaskan Anwar untuk aktif di dalam UMNO.
Menjelang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda bagi penggal 1982/84, Datuk Suhaimi yang pada ketika itu sebagai Ketua Pemuda sudah dianggap tidak sesuai dengan corak pentadbiran Dr. Mahathir dan Timbalannya, Datuk Musa Hitam. Malah menurut Saidin Tamby, bekas Setiausaha Kerja Pemuda sejak zaman dari Datuk Harun Idris sehinggalah zaman Datuk Suhaimi, jika Pemuda tidak mengubah corak bertindaknya, Pergerakan itu akan tercicir kebelakang dan imejnya sebagai sayap kanan UMNO akan terjejas. Dalam situasi ini Pemuda perlu mencari seorang tokoh yang lebih dinamik untuk memastikan Pergerakan tersebut akan dapat bergerak dengan lebih cemerlang.
Antara tokoh-tokoh baru yang dirasakan sesuai mengambilalih jawatan tersebut ialah Datuk Rais Yatim dan Abdul Rahim Bakar. Seorang lagi calon yang dirasakan berkebolehan dan layak untuk memimpin Pemuda ialah Anwar Ibrahim.
Beliau popular di kalangan ahli-ahli UMNO kerana tindakannya yang lantang dan agresif semasa memimpin ABIM. Menurut laporan daripada akhbar Berita Harian, 17 Jun 1982, tiga bulan daripada tarikh pemilihan dibuat, Anwar telah mendapat pencalonan daripada enam buah bahagian Pemuda. Bahagian-bahagian tersebut ialah Ipoh, Jelutung, Kuala Selangor, Nibung Tebal, Temerloh dan Tanjung. Dalam kerancakan kempen-kempen menjelang pemilihan tersebut, Datuk Rais telah menarik diri daripada bertanding dan beliau telah menyatakan sokongannya kepada Anwar.
Melihat kepada keadaan di mana terdapatnya persaingan di antara Anwar dan Datuk Suhaimi untuk mendapat sokongan daripada bahagian-bahagian Pemuda, Hang Tuah Arshad yang juga merupakan salah seorang tokoh Pemuda telah menyatakan kesediaannya untuk bertanding.
Oleh yang demikian pertandingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda pada 9 September 1982 adalah merupakan pertandingan tiga penjuru di antara Anwar, Datuk Suhaimi dan Hang Tuah Arshad.
Dalam Kempen-kempen yang dijalankan, Anwar menegaskan tujuan beliau menerima pencalonan untuk bertanding adalah untuk membawa perubahan sama ada dalam parti mahupun perjuangannya. Perubahan yang beliau maksudkan ialah dari segi penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, kecekapan pentadbiran, isu-isu Islam yang lebih tegas dan jelas, pembelaan nasib bangsa Melayu dan tiada tolak ansur dalam membenteras rasuah. Beliau telah bertungkus-lumus untuk menentukan kejayaannya dan telah menjelajah ke seluruh negara dan menemui lebih kurang 70 bahagian Pemuda untuk menyatakan pendiriannya. Semasa berkempen beliau telah menasihatkan penyokong-penyokongnya supaya berkompromi dengan cara yang bersih dan jangan memburuk-burukkan serta mencemarkan keperibadian lawan mereka. Slogan yang beliau gunakan semasa berkempen ialah Undi Untuk Perubahan dengan tema Era Baru yang menekankan soal bersih.
Bagi Datuk Suhaimi pula, tujuan beliau bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda yang disandangnya ialah untuk menawarkan khidmat kepada Pemuda. Untuk mengimbangi Anwar yang menonjolkan ciri-ciri keislaman dalam usaha memimpin Pemuda, Datuk Suhaimi juga telah menyatakan akan mempergiatkan usaha-usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Datuk Suhaimi mempunyai kelebihan semasa berkempen kerana ketika itu beliau sedang memegang jawatan Ketua Pemuda; maka beliau lebih mudah untuk berjumpa dengan ahli-ahli Pemuda sebelum persidangan diadakan. Hang Tuah Arshad pula menyatakan tujuan beliau bertanding adalah untuk membawa kepimpinan yang berkecuali, sama ada dari organisasi belia ataupun lain-lain pertubuhan. Kenyataan ini beliau buat kerana antara Datuk Suhaimi dan Anwar, masing-masing mewakili ABIM dan persatuan-persatuan belia.
Di dalam persidangan Pemuda yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada September 1982, Anwar telah berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda. Beliau telah mendapat 183 undi mengalahkan Datuk Suhaimi yang mendapat 173 undi dan Hang Tuah Arshad hanya berjaya mendapat tiga undi sahaja. Kelebihan sepuluh undi yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim daripada Datuk Suhaimi menunjukkan beliau belum mendapat sokongan yang padu dari anggota-anggota Pemuda. Bagaimanapun kemenangan beliau ini telah mengkagumkan ahli-ahli UMNO. Ini memandangkan beliau baru lebih kurang enam bulan (Mac – September) aktif di dalam UMNO. Untuk jawatan Naib Ketua, Datuk Najib Tun Abdul Razak telah memenanginya tanpa bertanding.
Dengan kemenangan tipis yang diperolehinya, Anwar telah mengorak langkah untuk mengkotakan janji-janji yang dibuatnya sehari sebelum pertandingan itu. Beliau berjanji akan membawa perubahan dalam Pemuda terutamanya dalam perjuangan dan pentadbiran tersebut. Beliau telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam Pemuda dan menjadikan Pergerakan itu lebih dinamik selaras dengan dasar UMNO dan kerajaan. Sehari selepas kemenangannya, beliau telah memberikan jaminannya sekali lagi bahawa Pemuda akan menerapkan nilai-nilai Islam dengan cara yang berkesan dan akan menjalinkan persefahaman dengan anggota-anggota BN.
Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam terhadap perjuangan dan cara bekerja, Pemuda di bawah kepimpinannya telah mempergiatkan usaha-usaha meningkatkan program-program berbentuk keislaman serta memberikan penerangan seluas mungkin kepada masyarakat Islam dan bukan Islam melalui proses pendidikan yang berterusan. Menurut beliau, walaupun penerapan nilai-nilai Islam merupakan salah satu soal pokok yang akan dilakukan oleh Pemuda tetapi ianya tidak akan mencapai matlamatnya jika tidak ada ketahanan jiwa, aqidah dan kekuatan semangat di kalangan ahli-ahli Pemuda. Untuk itu, Pemuda telah menubuhkan Biro Dakwah untuk melicinkan perlaksanaan program-program tersebut. Biro ini telah dipengerusikan oleh Haji Awang Jabar dan ahli-ahli jawatankuasanya adalah terdiri daripada wakil-wakil Biro Dakwah Pemuda dari setiap negeri.
Antara kegiatan-kegiatan yang dijalankan melalui biro ini ialah ijtimak kepimpinan dan dakwah peringkat negeri dan kebangsaan, seminar dan penerbitan jurnal dakwah. Jurnal Dakwah yang diterbitkan pada bulan Ogos 1983 adalah merupakan satu-satunya jurnal yang diterbitkan oleh Pemuda sejak ianya ditubuhkan.
Anwar tidak mengalami sebarang masalah besar untuk menggerakkan Pemuda yang dipimpinnya dalam usaha untuk menyerapkan nilai-nilai Islam. Ini kerana sebelum menjadi Ketua Pemuda beliau telah pun terlibat dalam gerakan-gerakan Islam seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam (PKPIM), Perhimpunan Belia Islam Se Dunia (WAMY) dan ABIM. Sewaktu memimpin ABIM beliau sering memberi ceramah kepada belia-belia Islam sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Sebagai seorang pemimpin gerakan Islam, beliau juga sering bertemu dengan pemimpin-pemimpin Islam dunia seperti Presiden Ghadaffi dari Libya dan Pemimpin Iran Ayatollah Khomeini. Beliau juga pernah mendapat jemputan khas daripada kerajaan Islam Iran.
Usaha-usaha Anwar untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbirannya tidak menghadapi masalah kerana usaha ini adalah selari dengan hasrat dan cita-cita Dr Mahathir Mohamad.
Apabila Dr Mahathir mengambilalih teraju pemerintahan negara, soal penerapan nilai-nilai Islam juga telah diberikan penekanan yang serius oleh beliau. Beliau telah melancarkan dasar tersebut di dalam pentadbirannya. Oleh itu, usaha yang dilakukan oleh Anwar adalah merupakan pengisian terhadap dasar yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri itu.
Kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan kerajaan telah banyak membantu pihak kerajaan menjayakan dasar tersebut. Bahkan dalam merealisasikan penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa, tanggungjawab ini telah diberikan kepada beliau. Kejayaan kepada penubuhan kedua-dua institusi tersebut merupakan satu bukti bahawa usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran merupakan satu usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan.
Penekanan terhadap nilai-nilai yang murni ini juga diketengahkan oleh Anwar dalam pentadbiran serta cara bertindak Pemuda telah berjaya melahirkan serta mengenengahkan pemimpin-pemimpin pelapis yang lebih cenderung kepada konsep dan cara bekerja Islam.
Perkara ini merupakan satu kejayaan yang besar kerana gelombang kebangkitan serta kesedaran terhadap Islam yang berlaku di dalam negara memaksa pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui pimpinan parti dan negara mestilah seorang yang mempunyai pegangan Islam yang teguh dan mendalam.
Faktor Islam di dalam politik Malaysia merupakan satu faktor yang dapat menyatupadukan penduduk terutamanya orang-orang Melayu.
Selain daripada ketokohan, pengetahuan serta pengalaman yang ada pada Anwar, faktor kebangkitan Islam di dalam negara, merupakan salah satu faktor yang telah membantu beliau dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam Pemuda. Gaya serta pendekatan beliau telah mula diterima oleh anggota-anggota Pemuda. Ini dapat dibukti apabila beliau dapat mengekalkan jawatannya untuk penggal 1984/86 dengan mengalahkan Datuk Suhaimi dengan majoriti yang lebih besar daripada pemilihan tahun 1982.
Generasi Penggerak Zaman
Di bawah kepemimpinan Anwar, Pergerakan Pemuda telah memberikan keutamaan kepada semangat perjuangan meliputi kekuatan daya tahan, imam, kemurnian jiwa dan peningkatan akhlak dalam kegiatan-kegiatan yang dijalankannya. Corak serta gaya bertindak Pemuda dalam era ini lebih mirip kepada gaya bertindak Senu Abdul Rahman dan Sardon Jubir yang lebih menyokong serta mendukung segala dasar-dasar parti dan kerajaan. Keadaan ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Pemuda di dalam era Anwar yang menjadikan perjuangan serta dasar Pemuda selari dan selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh parti dan kerajaan.
Anwar tidak menjadikan Pemuda sebagai Pressure Group kerana ketika itu para pemimpin UMNO mempunyai sikap yang terbuka dan sedia mendengar teguran serta pandangan daripada anggota-anggota Pemuda UMNO. Segala teguran-teguran boleh dibuat melalui perjumpaan-perjumpaan dengan pucuk pimpinan parti. Oleh itu tidak ada sebab mengapa Pemuda perlu membuat kenyataan-kenyataan terbuka yang boleh menyinggung perasaan pemimpin parti dan akan mewujudkan konflik di antara Pemuda dengan badan induknya.
Pemuda dalam era ini lebih menumpukan kepada perlaksanaan tanggungjawab untuk meninggikan moral rakyat serta usaha-usaha mempertahankan maruah bangsa dan negara. Menurut Anwar kejayaan Pemuda ketika ini tidak diukur daripada kelantangan bersuara tetapi ianya terletak pada kebijaksanaan akal serta bertindak untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan dan memastikan agar jaminan serta dasar yang dijanjikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Malahan Anwar secara terbuka telah menyatakan pendirian Pemuda dan dirinya apabila terdapat suara-suara sumbang yang menyatakan Pemuda dalam era ini sudah kehilangan bisanya.
Menurut beliau;
“…..Jangan minta saya serang Presiden parti kerana saya merasakan perjuangan Pemuda UMNO mesti seiring dengan pucuk pimpinan dan jika ada sebarang teguran, ia hendaklah dibuat mengikut saluran tertentu sama ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri atau Majlis Tertinggi…”
Walaupun Pemuda di bawah kepimpinan Anwar sentiasa mendukung serta bertindak selari dengan badan induknya, ini tidak bermakna Pemuda mengiakan sahaja apa yang berlaku. Dalam hal-hal rasuah, keangkuhan dalam kuasa, kemiskinan masyarakat, kebebasan bersuara dan soal perpaduan sering mendapat perhatian dan teguran daripadanya. Segala teguran-teguran dan cadangan daripada Pemuda akan diselesaikan melalui perjumpaan-perjumpaan dan perbincangan dengan badan induknya dan kerajaan. Kadangkala dialog serta perbincangan yang diadakan itu telah menimbulkan suasana yang tegang tetapi ianya akan kembali reda setelah satu-satu keputusan diambil.
Pada pertengahan tahun-tahun 80an, Pemuda telah menjadikan soal membasmi kemiskinan sebagai dasar utama perjuangannya.
Mengikut angka-angka hasil penyelidikan Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU), Jabatan Perdana Menteri, kadar kemiskinan bagi tahun 1982 ialah 42.8 peratus. Mereka ini adalah terdiri daripada para petani, nelayan dan pekebun kecil. Kajian ini juga menunjukkan duapuluh daerah yang paling miskin di Semenanjung ialah kawasan-kawasan desa yang didiami oleh orang-orang Melayu. Sebagai langkah awal Pemuda telah mewujudkan Biro Khas Kemiskinan pada bulan Julai 1983. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan sendiri oleh beliau. Tujuan utama jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan memerangi kemiskinan selaras dengan matlamat DEB.
Melalui Jawatankuasa Khas Kemiskinan ini satu Bengkel Kemiskinan dan Peranan Pemuda telah diadakan di kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, dari 16 – 18 Disember 1983. Bengkel ini telah dihadiri oleh 280 orang peserta yang mewakili 76 bahagian Pemuda. Hasil daripada bengkel ini, satu ketetapan diambil untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Kemiskinan di setiap bahagian Pergerakan Pemuda. Satu perjumpaan dan perbincangan telah diadakan dengan badan-badan kerajaan yang terlibat dengan masalah kemiskinan seperti SERU, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kesihatan. Setiap saranan serta teguran telah dibuat di dalam perjumpaan-perjumpaan tersebut.
Berlandaskan resolusi bengkel tersebut Pemuda telah memilih dua buah kampung sebagai kampung angkat kepada rancangan itu. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Tengkek, Ulu Jempol, Kuala Pilah dan Kampung Air Deras, Sungai Manik, Perak. Segala pengurusan mengenai kampung angkat ini adalah dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Khas Kemiskinan. Segala bantuan dan keperluan yang dikehendaki telah diberikan.
Untuk melicinkan perjalanan Jawatankuasa Khas Kemiskinan tersebut, pada 1 Mei, 1984, Yayasan Gerak Bakti yang bertindak sebagai dana kepada Jawatankuasa tersebut telah dibentuk. Wang yang diperolehi daripada yayasan ini akan digunakan oleh ahli jawatankuasa ini melakukan program-program kajian dan penyelidikan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk miskin di negara ini. Program-program serta usaha-usaha yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini telah berjaya mendekatkan lagi Pemuda dengan penduduk desa yang rata-rata memerlukan bantuan untuk meningkatkan pendapatan serta memperbaiki kehidupan mereka.
Perjuangan untuk membasmi kemiskinan ini bukanlah satu yang baru kerana sejak dari zaman Datuk Harun lagi, Pemuda telah membangkitkan soal ini tetapi pendekatan yang digunakan oleh mereka di dalam era Anwar ini sahaja yang berbeza.
Semasa memperjuangkan soal-soal ekonomi orang-orang Melayu, Datuk Harun lebih banyak menumpukan kepada perkara-perkara mengenai penglibatan mereka dalam bidang perniagaan dan iktisas. Manakala di bawah kepemimpinan Anwar pula perhatian Pemuda lebih ditumpukan kepada peningkatan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu di kawasan luar bandar yang rata-rata merupakan golongan petani, nelayan dan pekebun kecil. Soal Kemiskinan ini juga merupakan soal dasar yang diperjuangkan oleh Pemuda dan ianya menjadi pengukur kepada kemampuan dan kejayaan Generasi Penggerak Zaman di bawah kepimpinan Anwar.
Sikap berkompromi dan bekerjasama Pemuda dengan pucuk pimpinan parti yang dijalankan di dalam era ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan peranannya untuk membenteras gejala rasuah dan politik wang yang melanda UMNO pada pertengahan tahun-tahun 1980an. Pada Perhimpunan Agung ke 34 pada 26 September 1985, Anwar telah mendedahkan bahawa terdapatnya tokoh-tokoh politik di dalam UMNO yang membeli undi, menipu, mengugut dan hidup berpura-pura. Mereka telah menggunakan jentera kerajaan untuk memelihara kepentingan sukuan dan sanggup melakukan kegiatan rasuah untuk memastikan kemenangan mereka.
Untuk ini Pemuda menyeru pihak kerajaan melalui Badan Pencegah Rasuah menjalankan siasatan terhadap mereka yang terbabit dalam melakukan perkara tersebut. Menurut Anwar, tindakan haruslah diambil ke atas mereka sama ada mereka pemimpin politik, pegawai kerajaan, pengusaha ataupun orang-orang tertentu yang memegang teraju kerajaan. Beliau dan Pemuda telah berusaha untuk menyingkirkan pengaruh golongan tersebut kerana jika dibiarkan ianya akan menghancurkan parti.
Pemuda juga melalui Ketuanya, Anwar telah memberikan perhatian kepada kegiatan pembaziran yang dilakukan oleh pihak kerajaan terutama kerajaan-kerajaan negeri.
Perang menentang projek-projek mewah dan membazir telah diumumkan oleh Anwar semasa beliau mengadakan Mesyuarat Kerja Pemuda pada 27 Mei 1985. Menurut Pemuda, kerajaan-kerajaan negeri telah menjalankan projek-projek mewah yang kurang memberi keuntungan kepada rakyat. Anwar telah membuat teguran-teguran terbuka kepada pihak berkenaan agar tidak menjalankan satu-satu projek yang hanya menguntungkan golongan tertentu semata-mata.
Teguran terbuka oleh Anwar terhadap kerajaan-kerajaan negeri ini telah mendapat reaksi daripada Menteri-menteri Besar di semua negeri. Mereka mendakwa projek-projek mewah seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda itu tidak pernah wujud di negeri-negeri mereka. Walaupun teguran yang dilakukan itu telah dinafikan oleh semua Menteri-menteri Besar, tetapi melalui teguran tersebut Pemuda telah menyedarkan kerajaan-kerajaan negeri agar lebih mementingkan projek-projek yang dapat menguntungkan rakyat dan bukan hanya menguntungkan segelintir rakyat sahaja.
Dalam menangani soal-soal antarabangsa, Pemuda di bawah kepimpinan Anwar telah menubuhkan Biro Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa. Melalui biro ini Pemuda telah mengadakan program lawatan ke negara-negara jiran, negara-negara Islam dan lain-lainnya. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membantu pihak kerajaan mengeratkan hubungan dengan negara-negara luar. Ianya juga dapat memberikan pendedahan kepada anggota-anggota terhadap isu-isu antarabangsa.
Beberapa siri lawatan ke luar negara telah diadakan. Antaranya lawatan ke Indonesia pada 20 hingga 30 Oktober 1983. Lawatan ini telah diketuai sendiri oleh Anwar di samping Exco-exco Pemuda yang lain. Selain daripada perbincangan-perbincangan yang telah diadakan termasuk perbincangan dengan Presiden Suharto, beberapa persetujuan dan kerjasama telah pun dicapai untuk merapatkan hubungan melalui aktiviti sukan, kebudayaan dan pertukaran belia.
Manakala dalam lawatan ke Libya yang dilakukan dari 19 hingga 23 Januari 1984, beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah bantuan dan kerjasama kerajaan Libya terhadap Pembangunan Islam di Malaysia, pembinaan Universiti Islam Antarabangsa, pembinaan pusat dakwah, pertukaran belia-belia dan lain-lain kerjasama antara kedua-dua negara. Pemuda juga telah menerima kunjungan-kunjungan daripada Christian Democratic Union (Youth), Jerman Barat; Liberal Democratic Party (Youth), Japan dan rombongan Dr Abdul Ghafur, Menteri Negara Pemuda dan Olahraga Indonesia. Perbincangan-perbincangan serta kerjasama di antara kedua-dua negara telah dilakukan.
Pemuda di bawah kepimpinan Anwar juga sering menghantar ahli-ahlinya menyertai seminar serta forum-forum antarabangsa di luar negara. Antaranya ialah seminar penyatuan rakyat Korea yang diadakan di Tokyo. Seminar ini telah diwakili oleh Mohd. Nazri Tan Sri Abdul Aziz Yeop.
Selain daripada itu, Pemuda juga telah menghantar saudara Nazri dan saudara Abu Bakar Dewa untuk menyertai seminar mengenai dunia ketiga yang telah diadakan di Prague. Bagi membantu perjuangan Rakyat Palestin dan Mujahiddin Afghanistan pula Pemuda telah mengadakan tabung kutipan derma untuk disalurkan kepada perjuangan mereka. Melalui kegiatan-kegiatan antarabangsa yang disertai oleh Pemuda dalam era ini, mereka telah berjaya memperkenalkan Pergerakan tersebut kepada dunia luar, di samping pendedahan-pendedahan yang diperolehi oleh anggota-anggota Pemuda.
Satu lagi kejayaan besar yang dicapai oleh Pergerakan Pemuda dalam era ini ialah kejayaannya mengadakan hubungan yang baik dengan pemuda-pemuda Barisan Nasional. Hasil daripada kerjasama ini, satu Jawatankuasa Tertnggi Pemuda Barisan Nasional telah dibentuk dengan Anwar sebagai Pengerusinya. Kerjasama serta semangat perpaduan yang terjalin ditunjukkan semasa berlakunya rapat umum anti Russia yang diadakan di Kuala Lumpur dan semua negeri di Malaysia. Rapat umum yang dilakukan adalah reaksi daripada amaran terbuka yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar Soviet Union iaitu Mikhail Kapitsa di Singapura. Dalam kenyataan terbukanya, beliau telah memberi amaran agar negara-negara Asean menamatkan konfrontasi terhadap negara Vietnam dan sekiranya negara-negara Asean tidak berbuat demikian negara-negara Asean akan menghadapi kemusnahan melalui tindakbalas daripada Vietnam dan sekutu-sekutunya.
Amaran yang dilakukan oleh Mikhail Kapitsa ini telah mencabar negara-negara Asean termasuk Malaysia dan ianya dirasakan boleh menjejaskan keutuhan hubungan di antara negara-negara Asean. Sebagai membantah terhadap apa yang diperkatakan oleh pemimpin Soviet itu, maka pada 16 April 1983, Pemuda Barisan Nasional telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Anwar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Duta Besar Soviet di kedutaannya. Anggota-anggota lain rombongan itu adalah terdiri daripada Datuk Lee Kim Sai (Pemuda MCA), Haji Lampong Yahya (Pemuda Berjaya), Muthupalianiapan (Pemuda MIC), Dr Koh Tsu Koon (Pemuda Gerakan) dan beberapa orang exco-exco Pemuda Barisan Nasioanl.
Barisan pemuda-pemuda komponen Barisan Nasional juga telah mengadakan satu majlis sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke 29 pada 6 September 1986 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Majlis ini telah dihadiri oleh Pemuda-pemuda Barisan Nasional dari seluruh negara. Kerjasama serta semangat perpaduan yang tinggi yang telah ditunjukkan itu telah membantu pemuda-pemuda Barisan Nasional mengadakan perbincangan-perbincangan apabila berlakunya perselisihan pendapat di antara parti-parti komponen.
Yang nyata, Pemuda di bawah era Anwar telah menunjukkan kematangan, terutama dalam perjuangannya serta corak bertindak yang dilakukan terhadap satu-satu isu yang timbul. Tiada lagi kritikan-kritikan terbuka yang dilakukan terhadap isu-isu yang timbul.
Keadaan ini bukan bererti Pemuda sudah kehilangan bisa atau kurang berperanan tetapi segala masalah yang wujud telah dapat diselesaikan dengan cara yang baik bersesuaian dengan kematangan yang berlaku terhadap Pergerakan ini. Penyelesaian masalah yang dilakukan dengan cara diplomasi itu telah dapat mengurangkan ketegangan di antara Pemuda dengan badan induknya.
Kurangnya ketegangan yang timbul di antara parti induk dengan sayap kanannya telah membantu UMNO menumpukan perhatian terhadap kemajuan serta kekuatan parti. Pemuda pula dapat menumpukan kegiatan mereka untuk membantu parti dan kerajaan membasmi kemiskinan serta menaikkan lagi taraf kehidupan orang-orang Melayu terutamanya di desa-desa.
Semasa Anwar mengambilalih teraju kepimpinan Pemuda, negara sedang mengalami kepesatan pembangunan dan ini telah membuatkan Pemuda terpaksa melakukan banyak kerja. Oleh itu, di awal kepemimpinannya beliau telah menggariskan perjuangannya untuk mengembalikan maruah bangsa, meningkatkan taraf hidup orang Melayu, meningkatkan kesungguhan bekerja dan mengemblengkan tenaga muda ke arah mencapai cita-cita negara.
Cabaran Serta Rintangan Pemuda Era Anwar Ibrahim
Kelembapan ekonomi negara akibat kemelesetan ekonomi dunia telah menjejaskan usaha penyusunan semula masyarakat melalui DEB.
Keadaan ini telah menunjukkan bahawa matlamat kerajaan untuk meletakkan Bumiputera memegang sekurang-kurangnya 30 peratus kegiatan ekonomi negara tidak akan tercapai. Kesan daripada kelembapan ekonomi ini juga telah menyebabkan penyusunan semula guna tenaga turut terencat, malahan ianya telah memburukkan lagi keadaan.
Pada tahun 1985, pengangguran di kalangan Bumiputera ialah 8.7 peratus berbanding dengan Cina 5.5 peratus dan India 8.4 peratus.
Berdasarkan kepada pencapaian DEB sehingga 1986 jelas menunjukkan matlamatnya tidak akan tercapai apabila tempohnya tamat pada 1990. Oleh itu Pemuda telah mengambil ketetapan mendesak agar semangat serta falsafah DEB dilanjutkan sesudah tahun 1990 bagi meneruskan perjuangan membela nasib golongan miskin serta menyusun semula masyarakat Malaysia.
Pemuda di akhir kepimpinan Anwar telah menghadapi masalah krisis kepemimpinan di peringkat pucuk pimpinan UMNO.
Pada 16 Mac 1986, UMNO telah mengalami kejutan besar apabila Datuk Musa Hitam, selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri telah meletakkan semua jawatannya di dalam parti dan kerajaan.
Kesan daripada tindakan Datuk Musa itu, menyebabkan UMNO berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menjadi penyokong kepada regu Dr Mahathir-Ghafar Baba dan regu Tengku Razaleigh-Musa Hitam.
Perpecahan yang berlaku di dalam UMNO itu telah mempengaruhi Pergerakan Pemuda.
Krisis yang berlaku dalam badan induknya itu telah menyebabkan Pemuda berada didalam dilema. Anggota-anggota Pemuda telah berbelah bagi ketika itu, sama ada menyokong perletakan jawatan Datuk Musa atau berusaha mnegusahakan supaya Datuk Musa kembali memegang jawatannya. Anwar secara terang-terang telah menyatakan sokongannya kepada Dr. Mahathir.
Lanjutan daripada krisis yang berlaku itu, di dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda bagi penggal 1986/88, Anwar telah ditentang oleh seorang calon yang dikatakan mewakili regu Tengku Razaleigh-Musa Hitam iaitu Syed Hamid Syed Jaafar Albar. Akan tetapi menurut Syed Hamid, faktor yang menyebabkan beliau bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda adalah kerana beliau telah mendapat pencalonan yang banyak daripada Pemuda UMNO. Dalam pertandingan tersebut, Anwar Ibrahim telah berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda dengan mengalahkan Syed Hamid Albar dengan kelebihan 194 undi.
Kemenangan Anwar mengekalkan jawatan Ketua Pemuda yang disandangnya menunjukkan beliau telah berjaya meyakinkan anggota-anggota Pemuda terhadap kepimpinannya di dalam Pergerakan tersebut. Malahan semasa kempen-kempen sebelum Persidangan Pemuda itu diadakan, beliau telah mendapat sokongan daripada hampir keseluruhan bahagian Pemuda. Bahagian-bahagian Pemuda itu mengharapkan agar Anwar terus memegang jawatan Ketua Pemuda.
Ketua-ketua Pemuda Kedah, Perlis dan Pulau Pinang semasa menyatakan sokongannya kepada Anwar telah menegaskan bahawa Anwar telah berjaya mewujudkan suasana mesra di kalangan anggota-anggota Pemuda. Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Dr Sulaiman Mohamad, menyatakan Anwar telah berjaya membawa satu perubahan besar terutama dalam menerapkan nilai-nilai Islam sejajar dengan perjuangan Pergerakan Pemuda serta telah berjaya menanamkan semangat nasionalisma dan ketahanan Melayu di jiwa anggota-anggota Pemuda.
Kepimpinan Anwar di dalam Pergerakan Pemuda berakhir apabila beliau meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda dan bertanding untuk jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada 24 April 1987. Keputusannya bertanding jawatan tersebut adalah kerana beliau merasakan pengaruhnya di dalam UMNO telahpun kukuh jika dibandingkan semasa beliau menerima pencalonan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda mula-mula dahulu. Semasa ucapan terakhirnya di dalam Persidangan Agung Pemuda pada 23 April 1987, beliau telah menegaskan kepada anggota-anggota Pemuda tujuan beliau bertanding jawatan Naib Presiden.
Menurut beliau:
“…Keputusan yang saya ambil ini (iaitu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO) dibuat memandangkan rakan seangkatan dengan saya telahpun menganggotai badan induk UMNO dan di sini saya fikir sudah sampai masanya saya mengikuti jejak langkah mereka…”
Selama lima tahun memimpin Pergerakan Pemuda Anwar telah berjaya membawa perubahan kepada pergerakan itu dengan menonjolkan ciri-ciri keislaman dan menjadikan perjuangan Pemuda selari dengan perjuangan badan induknya.
Kesimpulan
Kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan seterusnya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan beberapa orang pemimpin UMNO. Walau bagaimanapun setelah memimpin Pemuda lebih dari dua penggal dan berjaya menjadikan Pergerakan tersebut sebuah Pergerakan yang disegani, akhirnya Anwar Ibrahim telah diterima oleh anggota-anggota Pemuda dan pemimpin-pemimpin UMNO.
Dalam era ini satu perkembangan baru dapat dilihat iaitu peranan Islam telah diserapkan dalam tindakan-tindakan Pergerakan Pemuda. Program-program seperti membasmi kemiskinan, membenteras rasuah, politik wang, pembaziran dan sebagainya yang dijalankan sepanjang era ini adalah berlandaskan penerapan nilai-nilai Islam. Ketokohan yang ada pada Anwar Ibrahim telah berjaya menaikkan semula imej Pemuda di mata masyarakat setelah sering dipertikaikan peranannya di akhir kepimpinan Datuk Suhaimi Kamaruddin.
Anwar juga telah berjaya membuktikan bahawa tanpa bertindak secara lantang dan melakukan kritikan-kritikan secara terbuka, Pergerakan Pemuda masih dapat menjalankan peranannya dengan berjaya.
Lebih baik mata itu buta, jika tidak menghargai keindahan Allah. Lebih baik lidah itu bisu, jika tidak menyebut nama Allah. Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar ayat ayat Allah. Lebih baik anggota badan itu mati, jika tidak melakukan suruhan Allah. Kalau matahari memancar cahayanya siang hari sahaja, maka Nur(cahaya) Allah itu sentiasa cerah siang dan malam. Sebaik-baik manusia ialah apabila ia redha menerima bala dan Allah Taala menetapkan Imannya
Jumaat, 5 Oktober 2012
Jumaat, 28 September 2012
Asal Usul Raja, Ilmu adalah Raja yang sebenar
Untuk kesekian lamanya, manusia dikuasai oleh sekumpulan elit yang bergelar Raja atau Sultan. Untuk membezakan dua kumpulan manusia yang menguasai dan dikuasai ini, maka satu terma digunakan iaitu Raja dan rakyat. Raja adalah kumpulan yang berkuasa dan rakyat menjadi kumpulan yang dikuasai.
Raja bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa kerana ilmunya. Ilmu yang diikitiraf pada masa dulu ialah ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu ghaib. Sesiapa yang penuh dengan ilmu didada akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan ilmunya.
Maka berlakulah peperangan dan pertentangan diantara mereka yang berilmu ini, dan sesiapa yang mampu mengusai jin dan makhluk ghaib yang lain, maka dialah menjadi juara. Ganjaran daripada kemenangan ini ialah kuasa yang cukup luas untuk menguasai manusia.
Rakyat menjadi takut kepada Raja kerana kuasa yang dimiliki oleh Raja. Raja pula terus berusaha untuk memastikan dia terus berkuasa.
Maka dilantiklah beberapa orang untuk mengisi jawatan sebagai cop getah, hanya untuk mengiyakan apa yang dititahkan oleh Raja. Seorang Pawang Diraja dilantik yang kononnya untuk mengesahkan keturunan diraja. Pawang diraja juga sebenarnya bukanlah orang yang berkuasa atau tinggi ilmunya, tetapi hanyalah untuk menjadi orang suruhan diraja.
Penyimpan Mohor kemudian dilantik sebagai Menteri Penerangan dan satu "kabinet" dilantik yang diberikan gelaran Raja Bergelar. Undang-Undang Tubuh diwujudkan untuk memastikan kuasa itu tidak terlepas ketangan orang lain.
Dalam masa yang sama, "rakyat" tidak berpeluang untuk menuntut ilmu yang dipelajari oleh golongan Raja ini. Rakyat perlu dibodohkan untuk memastikan tidak ada yang berani menentang kuasa diraja.
Tetapi satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja-Raja ialah sikap leka, berpoya-poya dan malas belajar dikalangan anak-anak mereka. Anak-anak Raja tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana merasakan bahawa masa depan mereka akan sentiasa cerah hanya kerana mereka "anak Raja". Mereka boleh hidup dengan elaun dan pencen yang dibiayai oleh rakyat.
Inilah yang kepada ramai anak-anak raja di Tanah Melayu dulu, dimana anak-anak raja hidup dengan berpoya-poya.
Apabila British datang ke Malaya, sebahagian besar orang Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukanlah hebat sangat. Raja Melayu hanya hebat dikalangan orang Melayu yang terus mendewakan mereka
Kuasa ghaib, kesaktian dan jin penunggu tidak mampu menewaskan British. Raja-raja Melayu yang dianggap berkuasa dan berdaulat terpaksa tunduk kepada British dan menjadi boneka British.
Selepas merdeka dari British, sebahagian orang Melayu yang berilmu merasakan bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Raja-Raja atau Sultan tetapi sebahagian besar pula masih menganggap bahawa Raja dan Sultan perlu dikekalkan.
Orang-orang Melayu yang berilmu pada masa itu yang kebanyakannya menyertai Umno sedar bahawa orang Melayu masih ramai yang menghormati dan mahukan Raja-Raja, mungkin kerana masih menganggap bahawa Raja-Raja ini sebagai warisan yang perlu dipertahankan. Ramai yang menganggap, kalau tiada Raja, maka akan hancurlah umat Melayu didunia ini.
Kebangangan orang Melayu ini dieksploit sepenuhnya oleh cerdik pandai didalam Umno. Raja-Raja Melayu diberikan kemewahan sehingga mereka lupa daratan. Kehidupan keluarga diraja diselimuti kemewahan manakala tanggungjawab kepada rakyat hanyalah ketika upacara-upacara rasmi.
Rakyat terputus hubungan dengan keluarga diraja. Raja-raja tidak peduli kesusahan rakyat, manakala rakyat pula tidak tahu pembolotan kekayaan keluarga diraja.
Itu sebabnya, apabila jatuh seseorang anak raja itu, maka tidak ada sesiapa yang tahu nasibnya. Hari ini, ramai anak-anak raja yang dulunya hidup dengan kemewahan, tetapi sekarang terpaksa merempat. Jangan terkejut kalau ramai diantara anak-anak raja ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, setaraf dengan pendatang Myanmar atau Bangladesh.
Bagaimana Azlan Shah yang bukan berdarah Raja boleh menjadi Sultan, manakala anak-anak raja yang berdarah raja sudah tersingkir?
Evolusinya tetap sama dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mereka yang bijak dengan ilmu kebatinan, berupaya menguasai alam ghaib, akan mampu menguasai manusia lain dengan perang dan strategi, hari ini mereka yang mampu menguasai ilmu perundangan dan boleh memanipulasi keadaan akan diangkat menjadi Raja.
Sesiapa pun boleh menjadi raja sekiranya mereka berilmu. Dan apabila berkuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada. Kuasa hampir mutlak terhadap rakyat ini menjadikan Raja itu bersikap tamak, rakus dan kadangkalanya zalim terhadap rakyat sendiri.
Allah swt telah menunjukkan kuasanya bahawa walaupun tanpa berdarah raja dan hanya berasal dari rakyat biasa namun Azlan shah boleh menjadi sultan Perak.
Sumber uncleseekersIII

Isnin, 24 September 2012
Cerita Anak Orang Pas Meminang Anak Orang Umno
PEMILIHAN PRESIDEN KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA ( KOM )!!!!
Khamis, 20 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (4)
Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (4): ( Sebelum kami meneruskan siri Misteri Sultan Azlan Shah, kami juga mahukan pembaca menilai satu lagi sudut pandang dari seorang yang menunt...
Selasa, 18 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (3)
Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (3): Datuk Seri Ramli Ngah Talib samasekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan, apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat...
Ahad, 16 September 2012
Najib minta semua rakyat berkorban. Dia bila pula nak berkorban?
Saya ingin menyambung posting saya siang tadi dan saya masih mahu menyebut tentang bagaimana pentingnya perlembagaan negara dihayati dan dijunjung oleh semua. Perlembagaan itu memberikan jaminan kepada semua rakyat untuk hidup aman dan damai dikalangan semua rakyat berbilang kaum.
Perlembagaan itulah yang menjaga segala-galanya untuk sebuah negara dan rakyat yang merdeka. Apabila ada kerajaan yang berpelembagaan maka tentulah ada undang-undang untuk menjamin keselamatan bagi semua pihak untuk melakukan apa yang boleh dilakukan oleh perlembagaan serta undang-undang itu sendiri maka ia bukanlah negara yang bertamaddun.
Hishamuddin Hussein semalam berkata yang kerajaan tidak menjamin keselamatan penggerak dan penjelajahan pembangkang. Sebagai seorang menteri yang menjaga keselamatan negara, jika keselamatan untuk menjauhi tindakan membaling cat dan kerja mensabotaj kegiatan siasah mana-mana pihak maka beliau adalah seorang menteri yang tidak bertanggungjawab atau pun tidak mengetahui tanggungjawab yang terbeban keatas bahu beliau.
Hisham tahu yang melakukan kerja-kerja hina itu adalah penyokong UMNO yang beliau menjadi pemimpin besarnya. Jika untuk menjaga keselamatan sebuah bas dan program parti-parti politik pun tidak ada kesanggupan bagaimana rakyat hendak meletakkan harapan untuk keselamatan negara keseluruhannya? Hisham tahu yang penyokong UMNO akhir-akhir ini mempunyai moral yang rendah. Beliau sepatutnya bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan ini. Hisham tahu yang UMNO memang suka mensabotaj. perbuatan pihak lain termasuk mensabotaj calon mereka sendiri.
Sebelum pilihanraya ahli-ahli UMNO akan sabotaj program parti-parti pembangkang, tetapi apabila sampai waktu pilihanraya mereka akan sabotaj parti dan calon partinya sendiri. Ahli-ahli UMNO serta penyokongnya sememangnya mempunyai ‘attribute’ yang buruk ini. Justeru adalah tidak wajar lagi parti ini untuk terus di berikan mandat kerana parti ini tidak mahu menjamin keselamatan rakyat yang ingin melaksanakan kehidupan biasa dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada hari ini elok kita melakukan segala introspeksi terhadap kita sendiri samada kita ini benar-benar berada di dalam sebuah negara yang aman dan selamat untuk hidup.
Semalam juga kita mendengar ucapan PM Najib semasa merasmikan perwakilan UMNO bahagian Pekan. Beliau melandaskan ucapan beliau kepada agama dan tuntutanNya. Kata beliau jika UMNO tidak bersatu segala usaha UMNO tidak akan di berkati Tuhan.
Najib berkata pemimpin wajib berkorban untuk kepentingan negara dan bangsa. Najib juga memberi ingatan yang Melayu hancur lebur jika UMNO diketepikan dan banyak lagi nasihat yang beliau berikan. Semuanya bersandarkan kepada kehendak Tuhan dan agama.
Tetapi persoalannya adakah Najib dan kumpulan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban? Bersediakah Najib berhenti dan bersara kerana kepimpinan beliau merupakan kepimpinan yang paling di ragui oleh rakyat. Jika dulu orang berkata yang kepimpinan Pak Lah merupakan kepimpinan yang paling buruk tetapi kita sekarang sedar yang kepimpinan Najib sendiri adalah yang lebih buruk dalam sejarah negara. Kalau tidak masakan beliau sendiri mengakui yang pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang di hadapi oleh UMNO.
Tidak kah pimpinan Najib dan kumpulan mereka ini sedar yang mereka perlu melakukan pengorbanan seperti yang di sebutkan Najib itu? Apa yang rakyat mahu Najib berkorban ialah untuk menahan nafsu menggunakan kedudukan beliau untuk memerah rakyat. Jika harga kontrak MRT Ampang itu berharga RM1.1 billion biarkan lah harga itu bertahan setakat itu. Janganlah memberikan kontrak itu kepada kroni beliau dengan harga yang di tambah sampai RM1.8 billion.
Kerja seperti ini bukan Najib yang berkorban. Kerja ini merupakan kerja mengorbankan rakyat. Begitu juga dalam isu Scorpene yang pada asalnya berharga lebih kurang RM3.8 billion akhirnya dibeli barangan pertahanan itu dengan harga RM7.6 billion. Apakah ini pengorbanan Najib. Sebaliknya rakyat lah yang selalu berkorban untuk pemimpin-pemimpin rakus di negara ini.
Cakap-cakap berkorban yang diluahkan oleh Najib itu memedihkan telinga yang mendengarnya kerana Najib beranggapan yang semua rakyat boleh di perbodohkan dengan retorik liar dan kata-kata seperti ini tidak lagi laku kepada mereka yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin beliau boleh bercakap di Pekan tetapi janganlah hendak beliau bercakap di tempat lain.
Dalam dua isu dari yang banyak-banyak itu, saya ingin bertanya kepada Najib samada Tuhan marah atau tidak kepada beliau. Jika beliau berkata Tuhan marah kepada pimpinan yang tidak jujur, agaknya Tuhan marah atau tidak kepada siapa yang bertanggungjawab memerah wang rakyat dalam jumlah berbillion untuk kroni dan diri mereka. Tidak ada pula dalam sedikit yang saya tahu tentang agama ini Tuhan memberikan ‘exemption’ kepada setengah manusia seperti PM dan Menteri Pertahanan negara Malaysia.
Adakah Najib berfikiran membeli kelengkapan untuk pertahanan negara dengan harga yang tinggi dengan menggunakan wang rakyat dan mendapat komisyen yang ratus kali ganda itu hanya salah kepada orang lain dan tidak terhadap beliau dan kroni beliau?
Itulah sebabnya rakyat tidak lagi memberikan penghormatan kepada kepimpinan sekarang. Alasan yang Melayu akan hilang di dunia ini jika UMNO tidak dikekalkan berkuasa itu merupakan retorik yang sudah basi. Najib mesti berfikir yang Melayu wujud lebih lama dari UMNO. Sebenarnya keadaan itu adalah terbalik. Jika UMNO masih mahu memimpin Melayu UMNO mesti berubah secara ‘drastic’. Barisan pimpinan sekarang wajar meletakkan jawatan dan serahkan kepada ahli-ahli untuk memilih barisan kepimpinan baru.
Sekaranglah waktunya kalau Najib benar-benar hendak menunjukkan yang beliau melakukan apa yang beliau katakan iaitu BERKORBAN! Jangan hanya pandai mengorbankan rakyat sedangkan beliau sedikit pun tidak mahu berkorban untuk negara dan rakyat yang sangat diperlukan oleh mereka sekarang.
Bagaimana pun rakyat tetap mahu menjaga negara yang merdeka ini dan mereka (rakyat) bertanggungjawab untuk memilihara negara dengan memberikan peluang kepada kumpulan pilihan. Ini sahajalah caranya untuk kita memilihara negara dan rakyat dan hentikan memberikan sokongan kepada pihak yang telah terlalu lama memerintah yang kini boleh dikatakan sebagai kumpulan yang kufur nikmat itu. Ramai yang percaya jika Najib melakukan pengorbanan bersama-sama berisan kepimpinnya dengan bersara sahaja maka ia merupakan satu nikmat yang bakal di alami oleh rakyat yang sedang dalam pencarian sekarang ini.
Kita pelihara negara kita dan di ucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke 49 tahun.
Oleh Aspan Alias

DS Nizar Berani Kerana Benar
Sebelum merungkai seterusnya siapa Ku ann@Raja Amran@Tengku Amran yang menuntut waris Kesultanan Perak, kami ingin membawa pembaca untuk melihat satu lagi misteri yang mempunyai hubungkait dengan istana. Ia melibatkan seorang yang tiba-tiba menjadi popular selepas Pilihanraya Umum 2008. Beliau adalah Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin.
Dalam isu WWW1 yang melibatkan Sultan Johor, DS Nizar telah membabitkan dirinya dalam isu tersebut dengan mengkritik pembaziran yang dibuat kerana menghabiskan sejumlah wang yang banyak hanya untuk membeli nombor plet kereta. DS Nizar adalah satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik pembaziran tersebut manakala pemimpin yang lainnya hanya mendiamkan diri.
Tindakan DS Nizar itu telah mendapat kecaman bukan saja dari pihak istana, pemimpin Umno malah pemimpin Pas sendiri mengecam tindakan DS Nizar tersebut. Mengapa DS Nizar begitu berani menegur istana sedangkan pemimpin lain semuanya takut?
DS Nizar tidak kesaorangan dalam mengkritik istana Johor. Dalam masa yang sama, Uncleseekers tiba-tiba menjadi blogger terkenal kerana pendedahan beliau tentang istana Johor. Uncleseekers bukan saja berani, malah mencabar sesiapa saja yang boleh membuktikan apa yang ditulisnya adalah salah.
DS Nizar akhirnya disiasat polis dan komputer beserta handphonenya dirampas oleh polis. Sehingga kini, semua barangan yang dirampas masih lagi belum dipulangkan.
Uncleseekers juga mengalami nasib yang sama dimana dia ditangkap, dituduh menagih dadah, komputernya juga dirampas tetapi akhirnya dibebaskan. Sehingga kini, kedua-dua mereka, DS Nizar Jamaludin dan Uncleseekers masih lagi tidak didakwa.
Umum mengetahui bahawa Uncleseekers bukanlah sebarang rakyat biasa.Bapanya ialah Syed Hussien Al-Attas dan mereka berasal dari orang besar Johor. Malah, Sultan Johor sepatutnya menghormati keluarga Al-Attas kerana keluarga inilah yang banyak membantu Istana Johor.
Tetapi apa kaitan keluarga Al-Attas dengan DS Mohd. Nizar?
Perlu juga diingat, isteri Sultan Johor adalah Raja Zarith Sofia yang merupakan anak kepada Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke 33.
Dalam krisis Perak pada tahun 2009, DS Nizar berhadapan dengan Sultan Azlan Shah.
Pada 4 Februari 2009, DS Nizar telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Azlan Shah untuk memohon supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga orang ADUN yang melompat. Keesokan harinya, DS Nizar dipanggil mengadap, bersaorangan. DS Nizar beranggapan bahawa dia berhadapan dengan seorang Sultan yang arif tentang undang-undang dan berharap agar Raja Azlan dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya baru diadakan.
Apa yang berlaku adalah mengejutkan dimana Raja Azlan telah menitahkan DS Nizar supaya meletakkan jawatan. Apa yang dilakukan oleh Raja Azlan adalah bertentangan dengan undang-undang, malah bertentangan dengan apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri bahawa Menteri Besar tidak boleh disingkir oleh Sultan.
DS Nizar berhujah dan akhirnya berkata, "Ampun Tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Patik mohon sembah derhaka."
DS Nizar menggunakan bahasa istana yang bermaksud, "saya tidak bersetuju." tetapi ayat yang digunakan telah diputarbelit oleh Umno untuk menggambarkan bahawa DS Nizar adalah seorang penderhaka. DS Nizar tumbang tetapi sehingga hari ini beliau tidak menerima apa-apa surat untuk membuktikan bahawa beliau telah disingkir sebagai Menteri Besar.
Semasa krisis Sidang DUN, Speaker V.Sivakumar telah diheret oleh anggota polis yang menyamar sebagai pegawai Dewan supaya seorang Speaker baru dilantik. Kejadian ini berlaku semasa Raja Muda, Raja Nazrin Shah sendiri berada didalam Dewan. Apabila semua kekalutan reda, Raja Nazrin mengiktiraf Speaker baru yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional.
Mengapakah Raja Azlan begitu marah kepada DS Nizar dan menyuruh DS Nizar meletak jawatan? Mengapakah Raja Nazrin sama-sama bersubahat menyingkir Speaker dari kerusinya dan mengiktiraf Speaker baru dalam sekelip mata?
Apakah terdapat isu lain yang menyebabkan Sultan mahukan DS Nizar disingkir? Siapakah DS Nizar sebenarnya?
Credit to Uncleseekers III blog

Sabtu, 15 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (2)
Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (2): Beberapa tahun selepas menghilangkan diri, Ku Ann telah kembali kerumah mereka di Canning Garden, Ipoh. Ketika itu, Raja Azlan bertugas seb...
Langgan:
Catatan (Atom)