Selasa, 23 April 2013

Sambutan Rakyat Terhadap Pakatan Rakyat


Desa Pandan bersama UAI
Berhampiran Pasar Seremban DAP
Bekas MB Selangor Mike Tyson di Shah Alam
Skudai Johor bersama Salahuddin Ayub bakal MB Johor dari PAS
Selat Klang bersama Dr Halimah Ali
Kuala Selangor bersama DS Anwar Ibrahim
DSAI di Sabak Bernam
Sauk Perak sebelum bertolak ke Selangor

Calon BN di DUN Manjoi Adalah Dari Kilang Asuhan Pas


Dalam Pilihanraya Umum ke-13, UMNO ternyata tersilap strategi ketika memilih seorang calon baru BN bernama Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin untuk bertanding di kerusi DUN No.23 Manjoi, Perak. Umum mengetahui bahawa BN, dalam keadaan terdesak, memerlukan seorang calon berlatarbelakang pendidikan agama bagi menentang calon PAS, Haji Asmuni bin Awi yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Perak dan bekerja sebagai Peguam. Justeru, pemilihan menantu bekas Menteri Besar Perak, Tajol Rosli, menepati keperluan terdesak ini. Apa yang tidak diketahui umum adalah Mohamad Ziad sebenarnya seorang strategis licik PAS yang bekerja secara tersendiri tetapi berjaya melaksanakan misi merekrut ramai professional muda ke dalam PAS.


Penglibatan Mohamad Ziad dengan PAS bermula semenjak zaman persekolahan lagi. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian A-Level di Maktab Sains Mara, Kuala Lumpur (Kini Kolej Politek Mara) pada tahun 1993. Dengan asas sekolah agama, beliau berkeupayaan membimbing rakan-rakannya memahami Islam dan matlamat perjuangan PAS. Kedudukan Maktab Sains Mara KL yang berada tidak jauh dari Taman Melewar juga memudahkan pelajar-pelajar ini mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS bagi memahami dengan lebih lanjut perjalanan organisasi itu. Pelajar-pelajar ini kemudiannya menubuhkan kumpulan yang dipanggil tanzim. Mohamad Ziad adalah seorang yang low-profile. Beliau tidak memegang jawatan Amir. Sebaliknya, beliau selesa memegang jawatan Ketua Lujnah Tarbiyyah; satu lujnah yang amat strategik dalam merekrut anggota baru.

Tanzim yang diasaskan di Maktab Sains Mara berjaya menarik keanggotaan pelajar dan seterusnya Mohamad Ziad dan rakan-rakannya membuat tour ke kolej persediaan lain seperti Kolej NCUK Shah Alam dan Kolej Mara Banting. Mereka meminjamkan buku-buku kepada kenalan mereka di kolej ini seperti buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam dan Risalah Usrah. Bermula dari tour yang dibuat, mereka membentuk jaringan kenalan yang akhirnya membantu Mohamad Ziad dan rakan-rakannya menyusun tanzim di UK yang dikenali sebagai Hizbi UK.

Mohamad Ziad tiba di UK pada tahun 1995. Walaupun bertaraf senior di dalam Hizbi UK, beliau memilih untuk bergerak di belakang tabir. Beliau bersama rakan-rakannya menubuhkan kumpulan nasyid yang menyampaikan mesej Hizbi yang digelar Suara Tajdid. Mohamad Ziad adalah seorang pemidato dan pendeklamator sajak yang handal. Ketika peristiwa Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Yahudi tercetus di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya tahun 1997 dan berkesudahan dengan kekerasan pasukan FRU terhadap demonstran, Mohamad Ziad mengecam Dr Mahathir melalui sajak “Engkaukah Yang Angkuh?”. Rakaman ini diedarkan melalui talian Internet bersama-sama dengan lagu “Tragedi Masjid Ar-Rahman”.

Pernah ketika Raihan melonjakkan irama nasyid di Malaysia, Mohamad Ziad dan rakan-rakannya membuat rancangan menganjurkan Malam Kesenian Islam peringkat UK di Birmigham pada musim dingin tahun 1996. Mohamad Ziad bertindak sebagai pengarah pementasan dan penulis skrip bagi pementasan bertajuk “Salahuddin Al Ayyubi”. Mohamad Ziad dan rakan-rakannya kemudiannya menjemput Ketua Pemuda PAS ketika itu, Ustaz Abu Bakar Chik untuk datang ke Birmingham,UK merasmikannya. Program tersebut berjaya menarik kehadiran seramai 2000 pelajar dari serata UK. Ia satu catatan sejarah bagi Hizbi.



Mohamad Ziad juga berperanan membuat jalinan persahabatan pelajar di peringkat antarabangsa. Beliau pernah ke Jordan bertemu rakan-rakannya di sana dan mengajak mereka ke UK membantunya menjayakan aktiviti perkaderan. Antara pelajar yang ditemuinya termasuklah Hasrizal yang kemudiannya datang menginap di UK membantunya menggerakkan Hizbi. Beliau juga pernah berhubung dengan sekutu Hizbi di US iaitu MISNA. Hizbi berjaya menganjurkan himpunan pelajar Malaysia sedunia di Manchester pada tahun 1998. Wakil MISNA, Zuhairi, yang juga merupakan ahli kumpulan nasyid MISNA, Usrah Ar-Raihan, hadir mewakili badan itu. Wakil PMRAM, Aminurrasyid, hadir mewakili negara Timur Tengah. Tahun-tahun berikutnya perhimpunan ini dipindahkan ke Madinah untuk membolehkan pesertanya hadir dan mengambil kesempatan mengerjakan Umrah. Melalui jalinan antarabangsa ini, Mohamad Ziad dan rakan-rakannya berjaya merekrut pelajar Malaysia yang menuntut di universiti serata dunia ke dalam PAS. Golongan ini kemudiannya pulang ke Malaysia dan memegang berbagai jawatan penting di dalam Kerajaan dan GLC. Mohamad Ziad berperanan sebagai salah satu communication hub di antara mereka.



Pada tahun 1999, Mohamad Ziad bersama seorang lagi rakannya di dalam kumpulan Suara Tajdid mengambil keputusan menyambung pelajaran di London dan seterusnya membantu mengukuhkan Hizbi di London. Dengan kehadirannya, Hizbi menjadi kuat sehingga akhirnya menyebabkan Menteri Noh Omar datang ke London membuat kenyataan mengharamkan Hizbi. Ketika pengharaman itu dibuat, Mohamad Ziad telahpun pulang ke tanahair, namun sajak yang dideklamasikannya tetap dimainkan oleh rakan-rakannya sebagai pemangkin semangat mereka. Rakan-rakannya membalas kenyataan pengharaman tersebut dengan membuat kenyataan akhbar.


Sepertimana sebelum ini, Mohamad Ziad memilih untuk hidup low profile tetapi penuh strategik. Sebagaimana Khairy Jamaludin mengahwini anak Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia, Mohamad Ziad mengambil langkah berani mengahwini anak Tajol Rosli Menteri Besar Perak. Akan tetapi beliau tidak terlalu terburu-buru melompat ke dalam hirarki UMNO. Beliau bergerak dengan penuh berhati-hati agar tidak dikesan musuhnya terutama sekali bekas ahli Kelab UMNO UK yang sudah tentu berjaya menghidu kisahnya di UK.

Kini, setelah 10 tahun menanti, beliau bolos masuk sebagai calon BN di DUN Manjoi. Sukar diramal strateginya kali ini.

Selasa, 16 April 2013

Manifesto Pakatan Rakyat Perak


IPOH, 15 April  Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan pembaharuan cukai tanah dan ketelusan penuh mengendalikan kerajaan dalam manifesto pilihan raya mereka hari ini, usaha yang dilihat untuk merampas negeri yang suatu ketika dahulu kaya dengan hasil perlombongan bijih timah.

Mengikut jejak rakan di Pulau Pinang, gabungan tersebut juga berjanji untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, menghapuskan kemiskinan dan memastikan semua pentadbir negeri mengisytiharkan aset mereka kepada umum.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pelancaran manifesto hari menunjukkan pemimpin PR lebih daripada bersedia untuk berhadapan lawan mereka Barisan Nasional (BN) pada hari pilihan raya 5 Mei depan, disamping semangat untuk menebus kemarahan akibat rampasan kuasa pada 2009 lalu.

“Hari ini, kami lebih bersedia berbanding pada tahun 2008 lalu untuk memerintah negeri ini.

“Kami sudah lama rindukan dan idamkan hari Perak dapat dikembalikan semula sebagai salah sebuah negeri terkaya dalam negara,” kata beliau dalam ucapannya semasa pelancaran pagi ini.

“Kita adalah antara negeri terkaya dalam negara. Tapi sekarang kita ketiga termiskin.

“Bagaimana ini terjadi? Ia kerana selama 55 tahun, kita membenarkan kerajaan yang memerintah secara tidak adil dan tidak seimbang,” tambahnya lagi.
M/Insider

PAPAGOMO LAGI……










Papa Gomo akan di soal siasat oleh SKMM dan Polis tidak lama lagi. Pautan yang di terima menunjukkan penulis blog lucah tersebut ialah PapaGomo. Seseorang yang tidak mahu di kenali namanya telah membuat laporan Polis dan beliau ialah seorang pakar computer. Tempat tidak mahu di sebut bertindak menganalisa video tersebut bersama laporan dan jelas ia telah di ubah suai dan video tersebut adalah fitnah dari pautan PapaGomo. Wooooiii… Dah takde orang lain lagi ke umno tukang buat benda2 lucah ni? Pakar edit video lucah umno selama ini telah berpaling tadah. Kerana DUIT!!





Mashukkk lagi RM100 juta nih. Nasib baik la ada seorang Hamba Allah yang memecah rahsia pembikinan video tersebut. Dan beliau adalah hero yang telah mendedahkan Sebuah Komplot Nadi Berita Fitnah tersebut. Ade ke PapaGomo mintak tolong budak tu. Lepas tu Papa Gomo kencing lak tak mahu bayor…


Salinan aduan bernombor 0400/04/13 (klik http://bit.ly/XxHM8F)disahkan oleh pegawai Biro Aduan Pengguna SKMM, Nurhaliza Yahaya. NANTIKAN PENDEDAHAN INI NANTI.. Muuuaaaahahahaaa.. PAPAGOMO, U’RE DEAD!!!






Inilah Hamzah hacker yang menjahanamkan website Israel yang bernilai jutaan USD




Inilah dia Hanzah, pemuda dari aljazair telah membongkar dan merosak Website kejahatan Israil yang bernilai 3 Juta, Kini Hamzah tertangkap dan disuruh membetulkan website yang telah ia hack tetapi beliau tidak mau walaupun dibayar jutaan dolar, bahkan Dia memilih mati syahid atau penjara, tak peduli walaupun disiksa,

Hebat kau Hamzah

Adios

Selasa, 29 Januari 2013

SURAT TERBUKA UTK NAJIB DARI AHLI UMNO JOHOR

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

29hb Januari 2013

Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.
Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?

Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.

Sekian

Warga-warga Johor

Jumaat, 11 Januari 2013

Rakyat Boleh Berhimpun Di Stadium Merdeka Tetapi Dengan Syarat

HKR mendapat persetujuan polis untuk berhimpun secara aman apabila penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki melalui 27 syarat ketat. Menurut syarat-syarat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersetuju memberi kerjasama untuk berhimpun secara aman. Antara syarat yang ditetapkan polis adalah:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.

Blogger umno mendapat hidayat

Blogger blogger umno semakin gusar dan takut akan nasib diri mereka sekiranya mereka disaman atas cerita fitnah yang dihebahkan. Pihak kerajaan juga nampaknya seolah olah banyak mahu berselindung dan bersembunyi atas setiap isu yang diwar warkan. Malah pemimpin umno juga banyak mendiamkan diri dan tidak berani tampil kehadapan untuk menjawab dan menjelaskan satu satu isu.

Ada dikalangan blogger bloger pro umno yang sudah beralih arah dalam penulisan mereka dan kini lebih banyak menulis kepada artikel yang berbentuk lebih santai dan tidak lagi dalam tajuk politik. Mereka berpendapat usaha mereka yang selama ini membantu umno untuk mengekalkan kuasa hanyalah sia sia kerana usaha mereka tidak pernah dihargai dan pemimpin umno berterusan dengan aktiviti membahagikan kekayaan sesama kroni mereka.

Malah terdapat pemimpin umno yang masih meneruskan tabiat lama iaitu mencari populariti dan tidak mengendahkan nasib rakyat malah nasib blogger blogger yang berhempas pulas mempertahankan isu isu moral pemimpin juga tidak diambil peduli.

Ramai blogger berpendapat sekiranya nasib mereka diwaktu umno yang begitu terdesak inipun tidak dihargai, inikan pula selepas umno menang besar pada Pru 13 nanti. Malah pemimpin umno lupa bahawa para blogger juga adalah pengundi di waktu PRU nanti.

Sekiranya dilihat flow perubahan artikel blogger pro umno didalam mengeluarkan artikel kita dapat melihat kini blogger pro umno lebih menumpukan kepada artikel berkenaan dengan cerita cerita seks dan artis artis popular. Nampaknya mereka seolah olah mahu menunjukkan isyarat kepada pemimpin umno bahawa cerita seks lebih bernilai dan bermakna daripada cerita wakil rakyat atau pemimpin umno yang jauh lebih rosak.

Selasa, 8 Januari 2013

Umno Bukit Gantang Juga Cempera Pasal Calon

Dari sumber yang digali,dikorek dan ditemui menyenaraikan 2 nama bakal calon UMNO untuk DUN Changkat Jering.

Mereka ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang,Cik Jamilah Binti Zakaria dan Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jama'ei Idris telah disenaraicalon oleh pimpinan UMNO Pusat bagi bakal calon DUN Changkat Jering dalam PRU13 nanti.

Ini bermakna UMNO mengenepikan calon tua bangka mereka yang tewas pada PRU 12 iaitu Datuk Mat Isa begitu juga YB katak yang melompat kerana dikatakan diupah oleh UMNO diibaratkan jauh panggang dari api dari disenaraikan.

Cik Jamilah Zakaria yang disenarai calonkan untuk bakal calon ini ialah isteri kepada seorang yang dikenali oleh penduduk disini sebagai "Ali Balak".

Nampaknya banyaklah balak-balak sekitar Changkat Jering bakal dibalak mereka...haha...

Manakala Setiausaha UMNO Bahgian Bukit Gantang pula masih dikatakan tercari-cari rentak dan sokongan dek kerana Ketua UMNO Bahagian YB Rosli masih dalam dilema yang besar tentang arena politiknya bakal diakhirkan oleh rakan-rakan seUMNOnya...hahaha....

Apapun dilaporkan kedua-dua nama ini masih belum turun padang dan masih belum diketahui masyarakat tentang mereka ini bakal calon...elok-lah dok diam-diam pada pendapat aku, sebab masaalah dalaman UMNO Bukit Gantang masih bergantang-gantang belum diselesaikan...hahaha.....

DUN Changkat Jering didalam Parlimen Bukit Gantang ini menimbulkan konterversi yang menjadi salah satu punca tercetusnya sejarah hitam negeri Perak pada feb 2012 yang mana tiga ekor katak telah melompat parti menjadi Adun Bebas.

Tiga katak tersebut termasuklah YB Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang menang didalam PRU 2008 diatas tiket PKR bagi DUN Changkat Jering dengan mejoriti 1102 menewaskan calon UMNO BN Datuk Mat Isa Ismail.

Nampaknya setelah habis madu sepah dibuang begitulah keadaan-nya Osman Jailu yang mengesahkan tidak akan bertanding lagi untuk PRU akan datang.

Siapa lagi mau ambil katak...hahaha...UMNO Bahagian Bukit Gantang pun tak berani nak letak Osman Jailu sebagai calon,apatah lagi Pakatan Rakyat khususnya Bukit Gantang.

YB yang lompat ini dikatakan terus meminggirkan diri serta dipinggirkan oleh semua lapisan masyarakat disini.
Itulah hukuman yang selayaknya bagi individu yang bergelar YB katak di Changkat Jering.
Semoga tiada lagi katak akan muncul di Changkat Jering, se-elok dan semoleknya bakal calon Changkat Jering dari parti yang teruji sejak sekian lama.
* Sepekara lagi Aku juga berharap Menteri Besar Perak yang sah (DS Nizar) bertanding disitu dan berdepan dengan Bini Tokey Balak merebut dan memenangi Dun Changkat Jering untuk dibersihkan dari najis pengkhianatan YB Katak dan kroni-nya....hahaha... (Sekadar pendapat aku...).

Rujuk blog orangni.spot